Setelah tiba di Pulau Jeju, Jeremy terus diserbu oleh peminatnya
sehingga dia tidak boleh berjalan. Farhana yang kehairanan melihat sekumpulan
orang berkumpul dan terjerit-jerit segera menghampiri kumpulan tersebut dan
melihat apa yang berlaku. Sangkanya ada persembahan namun, tiada apa pun. Dia
segera berlalu pergi.
Ketika sedang sibuk memberi autograf, Jeremy ternampak kelibat perempuan
Malaysia itu. Dia cuba mengejar perempuan itu namun gagal kerana perempuan itu
telah pergi. Jeremy segera menuju ke hotel. Setelah check-in, dia segera
menghempaskan badannya di atas tilam yang empuk itu sambil memikirkan kejadian
sebentar tadi. Sambil berfikir, dia terlelap kepenatan.
Malam itu, Farhana hanya mampu merenung kosong makanan tradisional Korea
yang terhidang di hadapannya. Sejak tiba di Korea Selatan, hatinya sentiasa
berasa kosong, seolah-olah ada sebahagian dari dirinya yang hilang. Ketika ini,
dia teringat nasihat yang diberikan oleh ibunya agar mencari pasangan hidup. Pasangan
hidup? Huh, tak mungkin aku nak cari lagi. Aku dah serik dengan lelaki seperti
Khai. Bisik hati Farhana sambil tersenyum sinis.
Hidangan yang terpampang di depan mata amat menarik. Dirinya sudah tidak
sabar lagi menikmati hidangan tersebut. Dalam masa beberapa minit saja, Jeremy
telah menghabiskan makan malamnya. Mana tidaknya, sejak dia sampai di Pulau
Jeju petang tadi, dia tidur sehingga malam. Setelah selesai menjamu selera, dia
mengambil keputusan untuk keluar menikmati angin malam Jeju.
“How much is this?” soal Farhana sambil matanya melilau
sekeliling kedai. Malu sekiranya ada orang lelaki di dalam kedai. Entah kenapa
dia tidak terfikir untuk membawa tuala wanita. Sudahnya, dia terpaksa membeli
barang itu di sini.
“5000 won,” kata jurujual itu, acuh tak acuh saja.
“Oh, ok.” Farhana segera mengambil dompetnya di dalam tas tangan. 100 00
won dihulurkan kepada jurujual itu.
“Er, you.. Small money?” soal jurujual itu dengan bahasa Inggeris yang
tunggang-langgang. Farhana tersenyum melihat gelagat jurujual itu. Bukannya dia
tidak tahu bahawa kebanyakan rakyat Korea tidak mahir berbahasa Inggeris.
“Sorry, I don’t have small money,” kata Farhana. Aduh, masalah pula.
Kenapa kedai runcit tak ada duit kecil? Sekarang macamana? Bisik hati Farhana.
Bimbang dengan keadaan itu.
“How much is it?” kedengaran suara seorang lelaki bercakap dengan
jurujual itu. Farhana segera berpaling, melihat siapa lelaki itu.
Sebaik saja melihat wajah lelaki Korea itu, Farhana kaget. Bukankah
lelaki itu lelaki yang pernah membawanya ke bilik hotel milik lelaki itu 5
tahun yang lalu? Apabila teringat peristiwa tersebut, mukanya segera menjadi
merah. Malu dan geram dengan lelaki itu. Kenapalah lelaki itu perlu berada di
sini dan mengganggu ketenangannya?
“5000 won. This lady doesn’t have small money and I don’t have the
change,” kata jurujual itu. Farhana hanya memandang jurujual itu dengan
wajah keliru kerana tidak faham apa yang mereka bercakap.
“It’s ok. I’ll pay for her,” kata Jeremy lalu segera mengeluarkan
not 5000 won. Dia segera mengambil barang wanita itu dan menghulurkan kepada
Farhana. Sempat lagi dia melihat barang apa yang dibeli oleh Farhana. Dia hanya
tersenyum melihat tuala wanita. Farhana segera mengambil barangnya dengan muka
yang merah.
“Thank you,” kata Farhana ringkas lalu segera berjalan keluar dari kedai
itu. Dia cuba mengelak dari memandang muka lelaki itu.
“Wait! I know you!” jerit Jeremy sambil mengejar Farhana. Langkah
Farhana terhenti sebaik saja mendengar jeritan Jeremy.
Alamak,
dia panggil akulah. Apa yang aku nak buat sekarang ini? Baik aku lari sebelum
dia datang... Bisik hati Farhana. Lalu, dia segera berlari menuju ke hotel.
Sebaik saja sampai di lobi hotel, dia berehat sebentar. Penat berlari dalam
sejuk malam. Apabila pasti lelaki itu tidak lagi mengejarnya, dia berjalan
dengan tenang menuju ke lif. Apabila sedang menunggu lif, dia terasa seseorang
sedang memegang lengannya. Terkejut dengan tindakan itu, dia segera menampar
orang itu. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat lelaki tadi yang
ditamparnya.