Sunday, August 18, 2013

Jalan2 dengan BFF~

Assalam...

Hohoho... Setelah lame tak berjumpe, hurm ader lah dalam beberapa bulan, aku dengan best friends aku pegi lepak kat Aeon.. Hohoho.. Kitorang pergi tengok movie... Guess what? Kitorang pergi tengok the Conjuring... Hah, nie die poster citer tue...


Hurm. Citer nie best gak.. Banyak unsur2 suspens. Sebenarnye, aku nie bukannye berani sangat nak tengok citer camnie. Tapi, aku mencabar diri aku dan pergi tengok citer seram kat pawagam buat kali pertama. Memang 70% maser citer tue dimainkan, aku dok cover muke... hehehe.. Tapi, memang ending die, wow... Hahaha.. Korang tengoklah sendiri ye.. (^_^)

Lepas tengok movie, kitorang pergi lepak kat kedai Daiso. Wow.. Nie first time aku pergi kedai nie. Rasenye kedai Daiso nie jual barang harian dari Jepun sebab aku tengok hampir semua barang kat Daiso nie comel2... ^^

Then, kitorang pon pergi tengok baju. Hurm, banyak baju formal. Aku hanya mampu membelek jer baju2 kat sana. Lepas tue, kitorang try la sunglasses yang ade kt sane. Hihihi.. Lepas puas dok bergambar, (sorry, gambar x der... ) kitorang pon bertolak pergi ke rumah salah sorang kawan..

Wah~~ Sampai kat rumah kawan tue, kitorang dihidangkan dengan murtabak. Sedapnyee... Sebenarnya, ayah kawan aku nie buat bisnes murtabak dan memang murtabak die sedap. Hohoho.. Setelah hampir setahun, kitorang dapat gak merasa murtabak ayah kawan aku nie.. Hurm.. Memang sedap. Kitorang makan sampai nak pecah perut. LORL...

Dalam kul 6, BFF aku hantar aku balik rumah. Pastue, diorang p mane entah. Huhuhu.. Aku memang kena balik awal. Rumah aku ader peraturan... huhuhu.. Ok, tue jelah yang aku nak share... Hehehe.. 

p/s: malam tue, aku x leh tdo sebab teringat citer conjuring tue.. LOL

Tuesday, August 13, 2013

Cerpen 2... Part 6

“Syairah, please book a ticket to South Korea as soon as possible,” arah Farhana kepada setiausahanya. Kali ini dia ingin melarikan diri daripada sebarang gangguan.
“Ok miss. I’ll book a flight for tomorrow morning. Is it ok?” soal Syairah kepada majikannya. Dia berasa sangat kasihan melihat nasib yang menimpa majikannya itu. Setiap hari diganggu oleh seorang lelaki sejak dia mula bekerja. Namun, gangguan itu tidak mematahkan semangatnya untuk Berjaya. Kalau aku di tempat cik Farhana, sudah lama aku berhenti kerja di syarikat ini. Bisik hati Syairah.
“Ok. Thank you Syairah. Tolong jangan beritahu sesiapapun tentang hal ini. Saya nak melepaskan tension. Hanya awak yang dapat memahami saya,” kata Farhana. Ya, dia memang bersyukur kerana mendapat setiausaha yang setia dan boleh menjadi teman untuk berbual.
Keesokan harinya, Farhana bertolak ke lapangan terbang untuk bercuti. Hatinya menjadi sedikit lapang sebaik saja menjejakkan kaki di lapangan terbang. Akhirnya, tiada siapapun yang dapat mengganggu ketenangannya. Lalu dia segera berjalan menuju ke ruang menunggu.
Sebaik saja Jeremy membuka mata, kelihatan susuk badan seseorang. Dia bingkas bangun, memikirkan orang asing berada di biliknya.
Hey, wake up and read this,” kata pengurus Jeremy sambil melempar sekeping surat khabar kepadanya. Kelam kabut Jeremy menyambut surat khabar tersebut.
Sebaik saja surat khabar berada dalam tangan Jeremy, dia segera membaca berita di muka depan. Alangkah terkejutnya dia sebaik membaca berita itu. Tambahan pula, di muka depan akhbar itu terpampang gambarnya dan Yu Na sedang berkucupan.
What is this?” soal Jeremy kepada pengurusnya.
You ask me what is this? Actually, I should ask you that! Now what we’re gonna do?” soal pengurusnya. Nadanya kali ini sedikit keras.
            “I want to go on a vacation. I’m stress now. I can’t think anymore,” kata Jeremy. Kini, mindanya berserabut. Dia tidak dapat memikirkan apa-apa lagi. Lebih baik dia berehat.
            “Ok. Then, you can take a leave for a few day,” kata pengurusnya itu lalu terus berjalan keluar dari bilik Jeremy. Jeremy hanya mampu termenung memikirkan masalahnya itu.
Setelah beberapa jam berada dalam kapal terbang, akhirnya Farhana tiba juga di bumi sonata itu. Dari Lapangan Terbang Incheon, dia perlu melalui satu lagi penerbangan untuk ke Pulau Jeju. Penerbangannya akan berlepas dalam 3 jam lagi. Jadi, Farhana mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan Lapangan Terbang Incheon.
Omo, it’s Jeremy!,” bisik salah seorang pengunjung di Lapangan Terbang Incheon. Jeremy hanya senyum ke arah mereka dan terus berjalan ke ruang menunggu.
Semakin lama semakin ramai pengunjung di kawasan lapangan terbang itu semakin ramai dan sesak. Sesak di satu tempat saja. Tempat di mana Jeremy berada. Farhana yang ingin ke ruang menunggu terpaksa mengharungi orang ramai.
“Pelik, kenapa ramai sangat orang kat sini? Ada artis ke?” soal Farhana setelah Berjaya mengharungi lautan manusia di lapangan terbang itu.
Attention, flight to Jeju Island has arrived. Passenger can go to the flight now,” kedengaran suara wanita memberi pengumuman tentang penerbangan ke Pulau Jeju. Farhana segera berjalan menyertai orang ramai yang ingin ke tempat yang sama dengannya.

Semasa dalam perjalanan, suasana di dalam kapal terbang sedikit riuh. Farhana sendiri hairan dengan situasi tersebut. Jeremy segera mengambil tempat di hadapan sekali. Entah kenapa pengurusnya membeli tiket kelas ekonomi. Akan tetapi kedua-duanya tidak menyedari kehadiran masing-masing. Jarak antara mereka hanyalah selang tiga barisan kerusi.

Saturday, August 10, 2013

Korea Day at Mid Valley, Kuala Lumpur

Assalam~

Berdasarkan tajuk di atas, aku dengan adik aku pergi ke Korea Day yang dianjurkan oleh Korean Society in Malaysia. Tapi, banyak jugak dugaan yang kitorang terpaksa tempuhi mase otw nak pergi ke Mid nie. Ya Allah, dalam KTM, orang ramai sangat.. Rase macam dok dalam tin sardin.. Dalam pukul 12, kitorang sampai kat Mid. So, ape lagi? Kaki nie laju jer melangkah p tingkat 3. Hohoho...


Hah, tue dia...  Pastue, masuk jer dalam tue, ader banyak booth makanan... Antaranya ader ddeokbukki, korean pancake, set nasi korea (aku tak tau name die per), keropok2 dari korea dan macam2 lagi..


kat booth nie die ader jual buah melon n kalau tak silap Fuji Apple... Selain tue, booth nie ader gak jual paste2 from korea...


kat booth nie plak jual keropok2 dari korea.. Ader keropok yang dibuat dari seaweed..


Hah, nie makanan korea yang femes tue... ddeokbukki.. Aku nak try, tapi takut tak halal... hurmm...



ok, gerai nie ader jual set nasi korea.... 1 set rm 15....


Hah, nie plak wat korean tradisional pancake... da tertulis da halal... dibuat ngan sayur... So, korang leh la try... ^^


Yang nie... Aku x sure die wat ape... Rasenye macam pancake jugak.. ntah la..

Lepas surveyu makanan, kitorang p tengok barang2 kraftangan yang dipamerkan.. Hurm, tak der lah banyak sangat... Tapi, oklah... At least kiter bleh kenal dengan barang kraftangan diorang.. Oh ya, ade jugak booth yang jual alat pertukangan..




Antara patung2 yang comel yang dipamerkan.... Cute kan? Sorry, gambar kurang jelas...


Kat sini ader dipamerkan kipas buatan tangan dan kalau tak silap, kiter boleh melukis kat kipas nie...


Hah, nie diorang tengah buat rice cake... Ingatkan senang jer nak buat rice cake.. Tapi, dari demonstrasi yang ditunjukkan, fuhh... agak susah jugak la.. 

Lepas tengok pameran, aku dengan adik aku pergi cuba baju tradisional korea, Hanbok.. Hehehe....







Hahah.. Itu sajalah aku nak citer.. Oh ya, kat sini pon ader jual paste untuk buat kimchi.. So, kepada sesapa yang berminat ingin membuat atau mencuba sample kimchi, boleh la datang kat sini... Then, ader jugak fashion show berdasarkan korea... hohoho

Thursday, August 8, 2013

Raya 2013

Assalam~

Selamat Hari Raya Aidilfitri aku ucapkan kepada seluruh umat Islam di dunia.. Ok, tahun nie aku tak beraya kat kampung sebab mak ayah aku kerja... Huhuhu.. Agak sedih jugak sebab takder saudara kat sini. Tapi, raya tahun nie lain skit sebab kitorang pergi ke Istana Negara.. Kirenya, pagi tue pergi beraya kat sanelah. Walaupon dah brape tahun kitorang tinggal kat sini, tapi tak pernah pergi mana-mana rumah terbuka yang dianjurkan oleh PM ataupun YDPA....

Jadi, dipendekkan cerita, mase kitorang sampai kat depan pintu pagar istana, dah nampak banyak kereta parking kat kiri kanan bahu jalan dan kitorang ternampak orang ramai beratur nak masuk dalam istana tue..


Hah, nampak tak? Lepas tue, kitorang parking kereta jauh dari pintu pagar istana nie. Then, mak ayah pun tanyelah nak pergi ke tak? Sebab kena jalan jauh. Last2, kitorang pon pergi jelah. Huh, terpaksa bersabar jelah sebab kena beratur panjang dibawah panas terik.... huhuhuhu... Tunggu dalam hampir sejam lebih, barulah sampai giliran kitorang. Rupa2nya ade bas rapid K.L yang disewa untuk mengangkut para tetamu yang hadir. Oklah, kirenya tak payah nak kena jalan naik bukit nak pergi open house kat istana nie. hihihi




Ok, sampai jer kat dalam istana tue, wow... memang ramai orang... hampir semua meja makan penuh.. Nak amik makanan pon kena beratur panjang... Dan ade jugak persembahan tapi aku tak pasti saper yang buat persembahan. Yang aku tau, ader RTM. Tue jer.. Mak aku kater die nampak Shila Amzah.. Tapi tak taulah betul ke x... 




Hurm, disebabkan orang ramai sangat, kitorang sempat makan mee goreng jer. Ingat nak try lagi makanan yang lain. Tapi disebabkan kekangan masa sebab mak aku kena kerja, so kitorang terus balik... 

 

ayah dok makan mee goreng.. p/s, makcik baju ungu tue bukan mak aku yer.. hihihi



Menikmati mee goreng... hohoho


Hurm, yang ramai orang beratur nie, diorang nak p bersalam dengan YDPA.. Aku ingat nak pergi jugak.. Tapi, itulah.. disebabkan kekangan masa, so aku tak dapat pergi bersalam dengan YDPA.. Kalau tak, boleh dapat biskut raya dengan duit raya... hihihi...




Ok, time nie kitorang dah nak balik... So, aper lagi? Pakat posing la depan sign Istana Negara tue... Oh, klu korang perasan, huruf T tue agak pelik skit kan? Hohoho..

Ok, itu jelah yang aku nak share hari nie... Huhuhu... agak penat jugak la....