“Syairah, please book a ticket to South Korea as soon as possible,” arah
Farhana kepada setiausahanya. Kali ini dia ingin melarikan diri daripada
sebarang gangguan.
“Ok miss. I’ll book a flight for tomorrow morning. Is it ok?” soal
Syairah kepada majikannya. Dia berasa sangat kasihan melihat nasib yang menimpa
majikannya itu. Setiap hari diganggu oleh seorang lelaki sejak dia mula
bekerja. Namun, gangguan itu tidak mematahkan semangatnya untuk Berjaya. Kalau
aku di tempat cik Farhana, sudah lama aku berhenti kerja di syarikat ini. Bisik
hati Syairah.
“Ok. Thank you Syairah. Tolong jangan beritahu sesiapapun tentang hal
ini. Saya nak melepaskan tension. Hanya awak yang dapat memahami saya,” kata
Farhana. Ya, dia memang bersyukur kerana mendapat setiausaha yang setia dan
boleh menjadi teman untuk berbual.
Keesokan harinya, Farhana bertolak ke lapangan terbang untuk bercuti.
Hatinya menjadi sedikit lapang sebaik saja menjejakkan kaki di lapangan
terbang. Akhirnya, tiada siapapun yang dapat mengganggu ketenangannya. Lalu dia
segera berjalan menuju ke ruang menunggu.
Sebaik saja Jeremy membuka mata, kelihatan susuk badan seseorang. Dia
bingkas bangun, memikirkan orang asing berada di biliknya.
“Hey, wake up and read this,” kata pengurus Jeremy sambil
melempar sekeping surat khabar kepadanya. Kelam kabut Jeremy menyambut surat
khabar tersebut.
Sebaik saja surat khabar berada dalam tangan Jeremy, dia segera membaca
berita di muka depan. Alangkah terkejutnya dia sebaik membaca berita itu.
Tambahan pula, di muka depan akhbar itu terpampang gambarnya dan Yu Na sedang
berkucupan.
“What is this?” soal Jeremy kepada pengurusnya.
“You ask me what is this? Actually, I should ask you that! Now what
we’re gonna do?” soal pengurusnya. Nadanya kali ini sedikit keras.
“I want to go on a vacation. I’m
stress now. I can’t think anymore,” kata Jeremy. Kini, mindanya berserabut.
Dia tidak dapat memikirkan apa-apa lagi. Lebih baik dia berehat.
“Ok. Then, you can take a leave
for a few day,” kata pengurusnya itu lalu terus berjalan keluar dari bilik
Jeremy. Jeremy hanya mampu termenung memikirkan masalahnya itu.
Setelah beberapa jam berada dalam kapal terbang, akhirnya Farhana tiba
juga di bumi sonata itu. Dari Lapangan Terbang Incheon, dia perlu melalui satu
lagi penerbangan untuk ke Pulau Jeju. Penerbangannya akan berlepas dalam 3 jam
lagi. Jadi, Farhana mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan
Lapangan Terbang Incheon.
“Omo, it’s Jeremy!,” bisik salah seorang pengunjung di Lapangan
Terbang Incheon. Jeremy hanya senyum ke arah mereka dan terus berjalan ke ruang
menunggu.
Semakin lama semakin ramai pengunjung di kawasan lapangan terbang itu
semakin ramai dan sesak. Sesak di satu tempat saja. Tempat di mana Jeremy
berada. Farhana yang ingin ke ruang menunggu terpaksa mengharungi orang ramai.
“Pelik, kenapa ramai sangat orang kat sini? Ada artis ke?” soal Farhana
setelah Berjaya mengharungi lautan manusia di lapangan terbang itu.
“Attention, flight to Jeju Island has
arrived. Passenger can go to the flight now,” kedengaran suara
wanita memberi pengumuman tentang penerbangan ke Pulau Jeju. Farhana segera
berjalan menyertai orang ramai yang ingin ke tempat yang sama dengannya.
Semasa dalam perjalanan, suasana di dalam kapal terbang sedikit riuh.
Farhana sendiri hairan dengan situasi tersebut. Jeremy segera mengambil tempat
di hadapan sekali. Entah kenapa pengurusnya membeli tiket kelas ekonomi. Akan
tetapi kedua-duanya tidak menyedari kehadiran masing-masing. Jarak antara
mereka hanyalah selang tiga barisan kerusi.
No comments:
Post a Comment