Monday, April 29, 2013

Cerpen 2... Part 2


Ketika sedang asyik mengenang nasibnya, hujan turun dengan lebat. Kali ini Farhana sudah tidak mampu berlari. Dia hanya mampu menangis di dalam hujan lebat itu sehingga pengsan.
            “Yu Na, where have you been the whole night? You made me worry, you know?” soal Jeremy sebaik sahaja melihat wajah kekasihnya di depan pintu bilik hotelnya.
            “I’m sorry darling. My friend invited me to a party. I can’t make her disappointed. So, i just went to the party with her,” terang Yu Na sambil berjalan masuk ke dalam bilik hotel.
            “A party? Why you didn’t tell me? Or asked me to join too? I can accompany you to the party. But you just left me alone last night. That make me so sad,” kata Jeremy.
            “Oh, please. Stop the nagging. I’m tired now. Can you please let me sleep for a while?” kata Yu Na sambil berjalan masuk ke dalam bilik.
            “Wait!” belum sempat Jeremy melarang Yu Na, kekasihnya sudahpun membuka pintu bilik tidurnya.
            “Jeremy, who is she? Are you....” Yu Na tidak mampu menghabiskan ayatnya. Bimbang sekiranya apa yang difikirnya betul.
            “No. Please listen to me,” kata Jeremy lembut. Dia berharap agar Yu Na mendengar penjelasannya dahulu.
            “No! You lie to me! How could you sleep with... Urgh.. I cant say it,” kata Yu Na sedikit menjerit. Siapa tidak terkejut melihat perempuan lain di dalam bilik tidur teman lelaki.
            Suasana bising membuatkan Farhana terjaga. Siapa pula yang memekik di waktu pagi. Kepalanya sedikit sakit apabila dia cuba bangun. Apabila mata terbuka, dia terkejut melihat suasana di sekelilingnya. Ini bukan bilik hotelnya. Keadaan ini menyebabkan Farhana sedikit panik. Dia cuba mengingati peristiwa semalam. Selepas turun dari teksi, dia berjalan di sekitar taman. Kemudian, hujan turun dengan lebat. Selepas itu, dia langsung tidak ingat apa-apa.
            “Starting from today, we are not lovers any more. So, goodbye. I don’t want to see your face again,” kata Yu Na lalu terus keluar dari bilik hotel itu. Hatinya sungguh sedih dan sakit. Sakit dengan perbuatan Jeremy yang sanggup menduakannya.
            Farhana terkejut mendengar pintu bilik dihempas. Dia segera keluar untuk melihat apa yang berlaku. Di ruang tamu, kelihatan seorang lelaki sedang duduk termenung. Farhana terkejut melihat lelaki itu.
            “You awake now?” soal lelaki itu seolah sedar akan kehadirannya.
            “Yes. Anyway, who are you?” soal Farhana.
            Langsung tiada balasan daripada lelaki itu. Mungkin mood lelaki itu tidak baik. Mungkin juga, dia baru bergaduh dengan kekasihnya itu. Hati Farhana berteka-teki. Apabila dia mahu berjalan ke dalam bilik semula, baru dia teringat sesuatu. Bagaimana dia boleh berada di sini? Adakah lelaki itu yang membawanya ke sini? Adakah sesuatu telah terjadi antaranya dan lelaki itu? Hatinya menjadi resah pabila memikirkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku semalam.
            Tanpa membuang masa, Farhana segera berlari masuk ke dalam bilik dan mengambil barangnya lalu terus berjalan ke arah pintu utama. Sebelum dia melangkah keluar, dia sempat menjeling lelaki itu.
            “Thanks for everything last night even though I am not sure what have you done with me,” setelah usai berkata, Farhana segera berjalan keluar.
            Jeremy yang sedang bingung memikirkan status hubungannya dengan Yu Na baru tersedar akan apa yang dikatakan oleh perempuan itu. Dia bingkas bangun dan cuba mengejar perempuan itu namun, usahanya gagal. Dia dapat melihat kelibat perempuan itu menaiki teksi dari ruang lobi hotel. Jeremy tidak sempat mengejar perempuan itu setelah teksi tersebut bergerak menghilang dari pandangannya.
            Kini, menyesal pun sudah tiada gunanya. Jeremy langsung tidak sempat bertanya akan nama perempuan tersebut. Apa yang dia tahu tentang perempuan itu hanyalah perempuan itu merupakan seorang rakyat Malaysia. Jeremy segera berjalan semula ke biliknya dengan perasaan kecewa.

Saturday, April 27, 2013

Cerpen 2.... Part 1


“Im sorry. Can we share the taxi? I really need the taxi. Please,” rayu seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 20-an, bertudung lingkup dan berpakaian sopan.
“Oh. Sure. Please, come in,” jawab seorang lelaki berbangsa Korea sambil keluar dari tempat duduk belakang dan mengambil tempat di sebelah pemandu. Buat seketika, lelaki itu terpesona memandang dirinya. Terutamanya wajahnya yang kelihatan manis dengan adanya tahi lalat kecil di bawah bibirnya.
“Thank you,” kata wanita itu dengan wajah gembira lalu terus melabuhkan punggungnya di tempat duduk belakang.
Semasa dalam perjalanan ke The Louvre, suasana di dalam teksi sunyi sepi. Masing-masing hanya merenung ke luar tingkap, tenggelam dalam khayalan masing-masing.
            “Suasana malam nie gelap seolah-olah memahami apa yang terbuku di hati saya. Cahaya-cahaya dari bangunan pun tak mampu menerangi waktu malam nie,” kedengaran wanita tersebut bercakap seolah-olah meluahkan perasaan yang terbuku di hatinya.
            Maybe she is talking to herself....  Hati pemuda itu berkata-kata.
“Hurm, malam nie gelap mungkin kerana bintang-bintang terlindung disebalik awan,” laju saja mulut pemuda itu menuturkan ayat tersebut walaupun ada sedikit pelat korea.
“Hurm. Betul jugak,” kata wanita itu. Entah kenapa suaranya kedengaran sedih sahaja. Pemuda itu cuba melihat wajah wanita itu. Kelihatan wanita itu meletakkan tapak tangannya ke tingkap teksi dan merenung jauh. Wajahnya kelihatan sedih. Entah kenapa hati pemuda itu turut berasa sedih. Entah apa yang dilaluinya di sini, sehingga membuatkannya begitu sedih.
“Sir, I want to stop here. Thank you,” kata wanita itu setelah tiba di destinasinya.
            “Miss, are you Malaysian?” soal pemuda tersebut sebelum wanita itu turun dari teksi. Wanita itu hanya mengangguk dan berlalu pergi dalam kegelapan malam. Matanya terus melihat kelibat wanita itu hilang dalam kegelapan malam.
            Semasa dalam perjalanan ke The Louvre, wajah sedih wanita itu terbayang-bayang di mindaku. Tanpa aku sedari, tapak tanganku telah berada di kaca tingkap dan aku hanya memerhati suasana di luar tingkap dengan pandangan kosong. Siapakah wanita itu? Kenapa wajahnya kelihatan sedih? Apa yang telah berlaku kepadanya? Pelbagai soalan yang berlegar-legar di mindaku.
            “Kau ingat aku kahwin dengan kau sebab aku cintakan kau? Heh, jangan mimpilah! Aku kahwin dengan kau sebab mak ayah aku paksa. Jadi, aku nak kau keluar dari hotel ni dan berambus. Aku tak nak tengok muka kau! Keluar!” tengking Khai kepada Farhana.
            “Sampai hati abang buat Hana macam ni. Kalau abang tak mahu kahwin dengan Hana, kenapa abang tak bantah?” soal Farhana sambil menahan esak tangis. Tidak  sangka, bulan madu yang dianggap indah bertukar menjadi mimpi ngeri.
            “Wei, pompuan. Dengar sini, aku dah puas membantah tapi mak ayah aku langsung tak nak dengar cakap aku. Jadi, pompuan, aku nak kau dengar baik-baik apa yang aku nak cakap nie. Sekarang, aku ceraikan kau dengan talak tiga! Dah, sekarang kau boleh berambus dari sini,” kata Khai. Bulat mata Farhana sebaik sahaja mendengar kata-kata Khai.
            “Wei, kau termenung apa lagi kat situ? Kau dah tak jumpe jalan keluar ek? Mari sini aku bukakan pintu khas untuk kau ye. Sekarang, dipersilakan berambus,” kata Khai.
            Farhana tidak mampu berkata apa-apa. Kata-kata Khai amat sukar untuk di terima. Begitu mudah dia diceraikan. Tanpa membuang masa, dia segera mengambil tas tangannya dan keluar dari bilik tersebut.
            Kakinya melangkah tanpa arah. Dia berjalan dan berjalan selagi kakinya masih berdaya untuk melangkah. Sudah puas dia menitiskan air mata setiap kali peristiwa sebentar tadi bermain di fikirannya. Setelah lama berjalan, dia berehat sebentar di salah sebuah bangku. Sungguh, hatinya sangat sedih. Begitu senang dia diceraikan dan dihalau keluar pada malam buta tanpa mengetahui tempat yang selamat untuknya berlindung.
            Kemudian, dia teringat lelaki tadi yang sanggup berkongsi teksi dengannya. Dia amat berterima kasih dengan lelaki tadi. Kalau tidak, dia terpaksa menunggu lebih lama di hadapan hotel tempat Khai menginap. Tidak sanggup dia berlama di situ. Semakin lama dia menunggu di situ, semakin sakit hatinya.
            Dirinya terasa sejuk. Baru dia teringat, ketika keluar dari bilik hotel, dia langsung tidak membawa beg pakaiannya. Dia Cuma membawa tas tangannya sahaja. Aduh, kenapalah masa seperti ni dia terlupa membawa beg pakaiannya? Rungut hatinya.
            Farhana memerhati keadaan di sekelilingnya. Suasana sunyi sepi dan gelap gelita. Dirinya menggigil kesejukan. Keadaan pada malam itu sungguh sejuk. Dia hanya memeluk tubuhnya menahan sejuk.
            “Hey, lady. What are you doing here, alone? Wanna come home with me?” tegur seorang lelaki asing yang mabuk.
            “No thank you,” kata Farhana lalu segera bangun dan beredar dari situ.
            “Hey, come on. I know you cold here. I’ll make you hot,” kata lelaki itu sambil tersenyum sumbing. Farhana hanya melihat lelaki itu dengan sinis. Geli melihat wajah lelaki itu.
            “Oh, come on baby. Dont leave me. Let’s go to my house,” kata lelaki itu lalu terus memegang tangan Farhana dan mengheretnya mengikuti langkah lelaki itu.
            “Hey, what are you doing? Let me go!” jerit Farhana sambil cuba melepaskan pegangan lelaki itu.
            “Just shut up and follow me. I’ll make you hot,” kata lelaki itu.
            “I don’t want to follow you!” jerit Farhana lalu segera menyepak lelaki itu di bahagian yang sensitif.
            Lelaki itu mengaduh kesakitan. Tanpa membuang masa, Farhana segera melarikan diri jauh daripada lelaki itu. Setelah penat berlari, dia berehat sebentar. Entah apa yang tidak kena dengan dirinya malam ni. Mula-mula diceraikan oleh suaminya, kemudian diganggu oleh orang mabuk.

Wednesday, April 24, 2013

I'm Bored....

Assalam and hello.... (^_^)

Hahaha... yeah, i am really bored right now... Hurm, why i am write this post in English? Well, dunno... Suddenly i feel like wanna write this post in English... And i am trully sorry for bad English and grammar... (My bad for not focused in class years ago...)

You know what, actually i have a test tomorrow.... Test for reading subject... eh, then why you still updating your blog? Go study now! yeah i know.. But right now i dont have da mood to study... Hurm, maybe tonight? hohoho....

ok2, i will study now.... dont be mad at me...... hihihi... ok, bye2 guys... (totally bored)

Konnichiwa~~~~~

Assalam....

Wah~ da lame giler tak update blog nie... bukannye ape, malas + busy dengan assignment... Heee.... Eh, apsal tetibe title kot jepun nie???

Hahha... Bukannya ape... Sekarang nie aku da beralih arah from kpop to jpop or jrock... Yeah! Hahah... macamana aku boleh terjebak dengan jpop/ jrock nie? Semuanyer bermula dari anime... hohoho... Dok layan anime. Pastue dengar open ngan ending theme... Terdetik kat hati, hurm... Best gak lgu tema anime nie... So, bermulalah proses meng'download' lagu...

Dari situlah aku mula kenal group SID ngan the Gazette... hohoho... its all thanks to kuroshitsuji... (^_^) Lepas aku dengar lagu-lagu diorang, hurm... aku rasa not bad jugak.. So, aku download la hampir semua album diorang. Dan, ternyata tekaan aku tepat... Mostly lagu-lagu group SID best dan lagu group the Gazette pon boleh tahan.. Cume, aku tak berapa suke part diorang menjerit... tue jer.. (sorry the Gazette fan!!) but still, the Gazette ader lagu-lagu sweet.

Hurm, then aku check lyric translation tuk lagu-lagu dari SID ngan the Gazette... Ok, maksud lagu-lagu diorang hampir semua ok dan tak ada maksud yang pelik... Cume, ader sesetengah lagu yang gune ayat yang  x sepatutnya digunakan... (faham-faham sendirilah ekk... hoho)

Lepas SID ngan the Gazette, entah macamana aku bleh layan lagu Yuya Matsushita... Lagu Yuya plak sangat-sangat sweet and soft.... kirenyer tergolong dalam kategori jpop... (^^,) Hahha... itu jerlah aku nak cerita..... hohoho...


nie gambar yuya.... Handsome kan??? hehehe


Ok, yang nie plak group SID... My fav group... :3


And lastly, group the Gazette..... hohoho