Tuesday, September 13, 2011

Ni Hao!!!!

Salam... Wah~ Dah lame aku x update blog nie... Bukannye pe... aku x der mase dan kat sini x der wifi.. So, agak susah skit la nak online. Nie pon nasib bek housemate aku baik, bagi aku pinjam broadband die.. Thanks ya!!! (^_^)

Yeah, sekarang nie aku berazam nak blaja mandarin... Yupp... Mandarin. Saje suka2 nak blaja.. Dengan pertolongan housemate aku gak, aku kini da improve skit.. (housemate aku cakap)... Dan, dengan rasminya kini da bergelar sebagai mahasiswa... !! Yippi!!

Yeah, nie nak citer... Hari first pergi kuliah, dengan semangat yang berkobar-kobar... Tp, biaselah.. Hari first, sume introduction... Bosannya!!! Dan perkara yang aku x suke, kena perkenalkan diri depan org ramai... Huhu.. Aku x leh la... aku nervous....

Then, hari ni plak ok2 lah... Aku ngan kawan aku, yumi, pergi setelkan sume prob. Dan, hati aku rase lega bile da setelkan masalah tue. Anyway, wanna say thanks to yumi coz sudi teman aku pergi kg. Wai.... Huhu... terharu btul aku dengan yumi. Stakat nie, aku paling rapat ngan die la.. Ngan budak lain kurang skit.. Tp, ader gak la kwan Malay yang baik ngan aku!! THanks ya, sudi jadi kawan aku!!! N for those yang x brape nak layan aku, hope korang buka mata dan minda agar dapat trime aku sbg salah satu kawan korang.

Hurm, rasenye stakat nie jelah kot... Ramai yg nak online nie!! Hihi.. Ok, kepada sume kwan2, thanks coz sudi berkawan ngan aku dengan hati yang ikhlas!!! Korang x tengok paras rupa utk berkawan! Ok, zia juan! ( btul ke nie?? hihi)

Wednesday, August 24, 2011

Masyarakat Zaman Skarang~~~~

Salam again.

Hari nie aku nak share skit pendapat aku tentang masyarakat zaman skarang. Hurm, nth la.. Tetiba terdetik di hati aku nak wat post nie mase tgh berbuka td, tengok citer Kasih Alia tue. Dalam citer tue, lepas diorang mesyuarat, pakat g makan ramai2. Padahal tue bulan puasa. Then, bile org cakap puasa, die leh lak main perli gitu.

So, di sini aku nak luahkan perasaan aku. Kenapa aku rasa skarang nie macam ramai umat Islam di Malaysia yang langsung tidak kisah dengan bulan puasa. Maksudnya, kalau korang x puasa pon, hormat la skit kat org puasa! Nie x, dengan selambanye makan depan orang puasa.

Aku ingat lagi, awal Ramadhan tahun nie, aku ngan mak aku pergi la shopping. Kitorang pergi awal pagi coz nak singgah bank jap. Then, lepas habis shopping, kitorang balik dalam kul 12 gitu. Apa yang membuatkan aku terkejut beruk ialah ader la plak hamba Allah tue bukak kedai makan. Aku tanya mak aku (die keje dekat ngn tempat kitorang shopping) tue kedai melayu ke bukan. Die kate tue kedai melayu lah. Mak aku pon heran. Pehal org tue bukak kedai awal2.

Hurm... Aku ingat lagi, klu mase aku kecik dulu nak makan ais krim pon rase pelik jer sebab org len sume puasa. Tp, bdk2 skang selamba jer beli ais krim, air etc. Then, klu zaman dulu bg org2 yang x berpuase tanpa sebab2 yg munasabah, rela pergi mkn kat kedai non muslim... Tapi skarang..... Hurm, pandai2 la korang pikir sendiri ekk...

Nasihat aku, walaupon korang2 nie liat nak berpuasa tp hormat la skit kat org yg berpuasa. Hurm, aku x reti wat kesimpulan lah.. sorry2... Tapi, aku harap korang paham apa yang aku cuba sampaikan..... ok, trima kasih kerana sudi membaca post nie.... ^^

Tuesday, August 23, 2011

Kisah Bulan Ramadhan....

Salam...

Kali nie aku nak citer skit pasal kisah seorang kawan aku yang bekerja sebagai seorang nurse di salah sebuah klinik swasta. Kisahnya bermula sewaktu para nurse ingin berbuka puasa. Ketika azan Maghrib sedang berkumandang, ader la patient yang tekan loceng memanggil nurse ke bilik mereka. Bila ditanya kenapa, jawapannya mudah sahaja.
" Boleh tolong turunkan katil nie?"

Jadi, aku nak mintak pendapat korang. Kalaulah korang berada dalam situasi nie, ape perasaan korang? Marah? Geram? Tak de perasaan? Lagipon, yang memanggil nurse time maghrib x lain x bukan, mostly melayu. Aku bukan nak kate pape tp, walaupon korang x puasa, hormat la skit kat mereka2 yang berpuasa. Diorang da guna banyak energy utk bekerja. Dan bile time berbuka bagi la mase skit kat diorang.

Kawan aku gtau, kaum lain x der lak panggil diorang time berbuka. Contohnya, ade sorang pesakit cina tengah menahan sakit. Dalam kul 8 gitu, baru die panggil nurse. Kawan aku pon pergi la tanye kenapa. Die kate da x tahan sakit. Then, die kate la lagi, die da lame dok menahan sakit. Tak sampai hati nak kacau nurse berbuka. Hurm.. Itu chinese, yang memahami keadaaan para nurse. tapi, melayu sendiri, beragama islam panggil nurse demi hal remeh-temeh.

Then, ader lak sorang patient tue nak turun. Time tue tengah azan maghrib. Kawan aku gtau la x leh nak turun coz pak cik guard pegang kunci (aku pon x tau la kunci pe.......... tue kena tanye kawan aku la...) dan die tengah berbuka puase. So, patient tadi dengan muka yg masam ngalahkan cuka pergi masuk dalam bilik die. Ingatkan knape nak turun. Rupa2nye, kawan2 die datang melawat.. Ok, Kat sini aku da pelik. Persoalan pertama yang bermain di minda aku mase dgr kwn aku citer, diorang tue x berbuka ke? Ke diorang x puasa? Pelik tol.. Dan kul 8 (kot la... aku x brape ingt sgt bab mase nie) brulah kwn2 patient td leh pergi melawat... HUh, biar padan muke dok menunggu kat bawah... Heran aku. Time maghrib la nak diorang sume nak melawat kwn la, sedara la, mak la, adik la, atuk la... haish... mcm2...

So, aku nk pesan kat sini.. Kepada korang2 di luar sana, tolong la bertimbang rase skit. Kot ye pon korang x puase, tapi pikirlah. Staff2 klinik yg islam berpuasa dan berilah mereka masa untuk berbuka.. Kang x sempat berbuka punya pasal ada lak nurse2 yang masuk wad... Hish.. mintak dijauhkan.... Kepada pesakit lak, jangan mengada-ngada nak panggil nurse pasal hal remeh, nak tengok anak time berbuka... bukannya anak korang nak lari pon.... So, tolong ubah skit perangai tue....

Hurm.. Tue jelah aku nk citer.. Ok.... Thanks kpd sesiapa yg sudi bace post nie...


Friday, August 12, 2011

Baca jer...

Salam... Hari nie aku nk share satu benda ngn korang... Nk hilangkn penat berpuase tue... hihihi.. ok2.. enjoy ekk..


1- erm,nk cakap sikit dekat awak.. baca NO 5
2- Mmmm..cmnar na cakap? baca je la NO 8
3- na tahu ekh? ermm , baca NO 9
4- huh, drpd pening baek baca jap NO 15
5- cmna ek na cakap.. NO 17 je k
6- kite nk ckp skrang tapi lebeh baek baca NO 16
7- kite akan ckp tp baca dulu NO 2
8- yg kite nk ckp neh simple ja..tp baca dlu NO 4 k?
9- tak payah la b’debar2 cm2..cume baca jap NO 18
10- Blom lg la..baca NO 19 ye..
11- da pnt ke? Baca jap NO 13
12- sbnrnye kite nk ckp kalau...(ah baca no 3 la)
13- tggal sikit ja lg bce NO 20
14- argh,pnt nih..bce NO 1
15- adush,dah pning dh ni.. baca la NO 6
16- laa, masih tak phm lg ka? Baca NO 12
17- ades, nk ckp nih..baca NO 7
18- kite ta tahu klu awk paham..tlg baca NO 10
19. Baca NO 11 dgn tenang ye..nanty awk akan tahu..
20- okex okex,skg kite ckp..bce NO 14, tp slow2 ja

Thursday, August 11, 2011

Peristiwa Hari Jumaat 2 Tahun Lalu.....

“Alamak.. Apsal cikgu pilih kita pulak? Orang lain kan ada?” Anissina mengeluh sambil berjalan menuju ke kelas 5 Aurora. Sue dan Wan hanya mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Anissina.
“Dah nak buat macam mana? Kan cikgu dah kata kita ni berbakat dalam seni. So, kita buat sajalah. Kenapa korang tak kata apa-apa tadi?” Ana memprotes kata-kata Anissina. Anissina, Wan dan Sue senyap. Tiada sepatah perkataan pun yang dimuntahkan oleh mereka. Suasana antara mereka kembali sunyi. Masing-masing teringat akan peristiwa pagi tadi.
“Ana and the gang, Puan Zul nak jumpa masa rehat. Hapis sekali,” Azizah menyampaikan pesan dari Puan Zul kepada Ana dan Hapis.
“Kenapa?” hampir serentak pertanyaan tersebut diajukan ibarat peluru kepada Azizah oleh Ana, Anissina dan Wan. Sue pula hanya memerhati sahaja, menanti jawapan dari Azizah.
“Tak tahulah. Jangan Tanya kita. Tanyalah Puan Zul,” jawapan Azizah mengecewakan Ana dan rakan.
“Entah-entah, cikgu nak sound pasal korang dah lama tak pergi bertugas kot,” Salwa membuat andaian. Andaiannya itu menyebabkan hati Ana, Anissina, Wan dan Sue kecut.
“Ish, takkanlah. Salwa ni saja jer nak buat orang takut,” kata Anissina sambil cuba menenangkan hatinya yang gundah gulana itu. Yang lain hanya mengangguk.
Semasa waktu rehat, mereka berlima pergi ke perpustakaan untuk berjumpa dengan Puan Zul seperti yang disampaikan. Sebaik sahaja mereka tiba di perpustakaan, kedengaran suara hingar bingar dari dalam perpustakaan. Mereka tidak menghiraukan scenario tersebut lalu terus berjalan masuk ke dalam bilik Puan Zul.
“Ha, ada apa jumpa cikgu ni?” soal Puan Zul kepada mereka berlima. Ana dan Anissina memandang sesame mereka. Adakah cikgu sudah lupa akan pesanannya atau Azizah hanya ingin bergurau sahaja.
“Cikgu ingatlah. Ni, cikgu nak minta tolong kamu berlima,” Puan Zul memulakan bicara sebaik menyedari keadaan sunyi sepi.
“Err.. Tolong apa, cikgu?” soal Ana sambil mengheret kerusi mendekati Puan Zul. Yang lain turut mengikut tingkahlaku Ana.
“Minggu depan, hari jadi pengetua. Kamu jangan bagitahu sesiapapun tau. Ni rahsia. Jadi, kalau boleh cikgu nak kamu buat kad ucapan khas untuk pengetua. Pengawas PSS yang lain cikgu dah suruh diorang menyanyi lagu ‘happy birthday’. Jadi, cikgu bagi peluang kepada kamu, pengawas PSS tingkatan lima untuk sertai persiapan ini. Jadi, bila kamu boleh mula buat kad ucapan?” terang Puan Zul panjang lebar. Ana, Wan, Sue dan Anissina hanya memandang sesama mereka.
“Emm... Mungkin esok kot cikgu,” Ana bersuara memecahkan keheningan antara mereka berlima.
“Baiklah. Kalau macam itu, ni barang-barang untuk membuat kad ucapan. Kertas berwarna ada dalam bilik cikgu ya. Ok, itu sahaja. Kamu boleh balik ke kelas,” setelah Puan Zul usai berkata sedemikian, mereka berlima bingkas bangun dan berlalu pergi dari perpustakaan kembali ke kelas.
“Eh, Puan Ain dah masuklah. Ana, tolong  ya,” kata Wan, memecahkan lamunan mereka semua.
“Yalah. Asyik saya jer kena bagi reason masuk kelas lambat,” rungut Ana sambil berjalan mendahului Wan.
“Dah nak buat macam mana? Dia sorang jer yang pandai bercakap,” Anissina sempat berbisik kepada Sue ketika masuk ke dalam kelas. Sue hanya tersenyum, tanda setuju dengan kata-kata Anissina. Mereka terus berjalan ke tempat masing-masing dan mengeluarkan buku Add Math lalu terus menumpukan perhatian terhadap topic baru tersebut.
Keesokan harinya, setelah tamat sesi persekolahan, Ana, Anissina, Sue dan Wan tidak terus pulang. Mereka berjalan menuju ke perpustakaan dengan langkah yang berat. Masing-masing mahu pulang awal seperti pelajar lain. Hafis pula, terus pulang ke rumah kerana perlu menunaikan solat Jumaat.
“Eh, jom pergi beli burger Cik Milah. Dah lama tak makan. Emm.. Hampir sebulan,” Anissina memberi cadangan.
“Alah, jauh sangat la. Malas nak jalan,” kata Wan sambil membelek rekod bertugas pengawas pusat sumber.
“Tak apalah, Wan. Sekali sekala kita pergi jauh sikit. Bukannya selalu. Jomlah,” kali ini, Ana pula memujuk Wan. Anissina dan Sue mengangguk.
“Yelah,” akhirnya Wan mengalah juga setelah terkena pancaran mata Ana, Anissina dan Sue yang comel ala-ala Shin Chan.
            Lalu, mereka terus memulakan perjalanan ke kedai burger Cik Milah yang terletak hampir 1 kilometer dari sekolah. Setelah memesan burger masing-masing,  mereka berehat sebentar di kedai burger tersebut. Setelah burger mereka siap, mereka memulakan semula perjalanan mereka kembali ke sekolah.
            Setelah sampai di perpustakaan, mereka terus menikmati burger masing-masing di dalam bilik Puan Zul.
            “Wow, sedapnya! Dah lama tak makan burger special black pepper nie... Rindu sangat dengan baunya yang wangi dan rasanya yang sedap sehingga menjilat jari kaki,” kata Anissina dengan penuh perasaan.
            “Dah, dahlah tu. Makan je lah burger tu. Nanti saya makan baru tau,” tegur Wan kepada Anissina. Mereka semua ketawa sebaik sahaja melihat reaksi  Anissina yang seolah-olah kanak-kanak kecil dimarahi oleh ibunya.
            “Ok, sekarang kita nak buat apa?” soal Ana dengan serius sambil memandang ke arah kad board berwarna hitam putih itu sambil memikirkan idea.
            Namun, pertanyaannya itu tidak mendapat sebarang respons daripada Anissina, Wan dan Sue. Mereka semua hanya mendiamkan diri dan suasana sepi kembali menyelubungi diri mereka.
            “Hei, tolonglah beritahu idea korang tentang kad ni. Sebenarnya saya dah ada idea. Tapi, tak tahulah kalau korang ada idea lain,” terang Ana panjang lebar sambil melihat ke arah kawannya satu persatu.
            “Apa idea Ana?” soalan dijawab dengan soalan daripada Anissina.
            “ Macam ni.....” lalu Ana terus menerangkan ideanya kepada Sue, Anissina dan Wan. Kelihatan mereka bertiga mengangguk kepala tanda faham akan penerangan Ana.
            “Tapi, cara ni payah sikit. Lagipun kertas berwarna pun tak banyak dan bahan-bahan yang lain tak ada. Cuba korang cari gam, gunting dengan cellotape dalam bilik cikgu,” arah Ana ibarat seorang majikan mengarah pekerjanya. Sua, Anissina dan Wan pula hanya menurut kata-kata Ana.
            “Emm... Kita jumpa banyak gam, riben dengan salotep,” kata Anissina kepada rakannya.
            “Errr. Riben tu nak buat apa?” soal Wan pula sambil mencari gunting di dalam laci meja Puan Zul.
            “ Riben tu boleh dijadikan sebagai hiasan. Kalau tak nak guna pun tak apa,” balas Anissina sambil membawa barang-barang tersebut kepada Ana.
            “Ni aje yang kita jumpa,” Sue pula menyerahkan sebuah gunting kepada Ana lalu duduk di sebelah Anissina. Kemudian, Wan pula menyerahkan kertas-kertas berwarna.
            “Ok. Anissina, tolong ‘on’kan computer cikgu,” arah Ana sambil melihat barang-barang yang dijumpai.
            “Anissina, tolong taip ‘selamat hari ulang tahun’ dengan nama pengetua kita. Sue dengan Wan nanti tolong gunting font yang akan di’print’kan oleh Anissina. Ok, kita start sekarang,” setelah Ana usai menjelaskan tugas setiap orang, masing-masing mula bertindak.
            “Wan, Sue. Boleh tolong pilih font yang lawa sikit? Biar Nampak menarik. Ana, tolong pilih kertas warna yang sesuai ya,” kata Anissina selepas menyiapkan tulisan seperti yang diarahkan.
            “Alah, Anis pilihlah sendiri,” kata Wan sedikit malas.
            “Nanti kita pilih tak lawa. Cepatlah tolong,”  sekali lagi Anissina meminta bantuan dari kawannya.
            “Iyalah. Sue, yang mana lawa?” akhirnya Wan mengalah dengan Anissina.
            “Emm.. Rasanya font Kristen ITC tu lawa. Betul tak Ana?” kata Sue sambil memandang ke arah monitor computer, sedang memikirkan sesuatu.
            “Saya ikut saja. Suka hati koranglah nak font mana,” kata Ana ringkas lalu menyambung tugasnya.
            “Ok. Kalau macam tu, kita pilih font ni ya? Semua setuju ya?” kata Anissina sambil melihat ke arah Sue dan Wan lalu meneruskan kerjanya setelah melihat Sue dan Wan mengangguk kepala.
            “Ok, dah siap. Kita print ya,” kata Anissina tidak lama kemudian dan terus menekan butang print di kanta computer.
            “Eh, Wan. Bukalah tv. Tengok ada cerita yang best ke,” kata Anissina kepada Wan yang sedang termenung memikirkan sesuatu.
            “Oh, ok. Nak tengok tv apa?” soal Wan yang kini sudah berada di hadapan tv. Dia menekan butang di tv, mencari saluran yang mempunyai rancangan yang menarik.
            “Ha, kita tengok tv 3 lah. Ada cerita Nur Kasih,” kata Wan setelah puas mencari saluran tv yang menarik.
            “Ha? Nur Kasih? Kita tengok ni jelah,” kata Sue lalu terus turun dan duduk di sebelah Wan. Kedua-duanya begitu asyik menonton tv.
            “Ehem. Kot ye pun tengok tv, janganlah sampai tak buat kerja,” tegur Ana kepada dua orang rakan baiknya. Wan dan Sue hanya tersenyum apabila ditegur oleh Ana.
            “Alah, Ana. Kitorang tengok sekejap saja. Bolehlah ya,” kata Sue lembut dan Wan pula mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Sue.
            “Iyalah. Suka hati koranglah. Nanti kalau kerja ni tak siap, korang bawak balik dan siapkan kat rumah ya,” perli Ana dan disertai oleh gelak ketawa Anissina.
            “Iyalah. Kitorang buat sambil tengok tv. Jom, Wan. Anis pula jahat. Gelak kat orang,” kata Sue seolah-olah merajuk. Wan pula tetap berdegil untuk menonton tv.
            “Tak adalah Sue. Kita gelak bukannya kenapa tapi kelakarlah tengok korang kena marah then merajuk. Nampak comel. Jangan marah Sue, Wan,” terang Anissina lalu terus ketawa. 
            Sue pula hanya tersenyum. Mana mungkin dia marah dengan rakan baiknya itu. Walaupun baru mengenali Anissina selama 4 tahun, namun segala tingkahlakunya dijaga dengan baik. Tetapi dengan rakan baiknya, segala taringnya keluar.
            “Emm.. Baik korang tutup tv. Nanti tak siap kerja,” kata Ana sambil memilih warna yang sesuai untuk membuat kotak hadiah 3D.
            “Anissina, tolong saya tampal kertas warna kat kad board ni,” kata Ana sambil menggunting kertas berwarna hijau.
            “Ok. Eh, nak tampal kat mana ni? Kenapa bentuknya pelik jer?” soal Anissina sambil melihat lukisan kotak hadiah yang dilukis oleh Ana.
            “Hei, jangan banyak soallah. Ikut bentuk gambar ni. Lepas tu, tampal jelah,” kata Ana dan kedengaran ketawa Anissina. Sue dan Wan pula begitu asyik dengan tugas mereka menggunting font sehingga tidak mempedulikan keadaan sekeliling.
            “I’m boring. Eh, silap. Teacher kata tue salah. I’m bored... Ha, baru betul,” bebel Wan terhadap dirinya sendiri.
            “Apa yang Wan bebelkan tu?” soal Sue sambil melihat sekilas terhadap sahabatnya itu.
            “Eh, tak ada apa-apa. Saja nak practice bi. Anis, buka tv,”arah Wan sambil menggeliat.
            “Ok. Tv berapa? 8Tv ye,” kata Anissina lalu terus menyambung kerjanya semula. Ketika mereka sedang membuat kerja sambil melihat TV yakni sewaktu 8TV mengeluarkan iklan, tiba-tiba Anissina menukar saluran. Keadaan dalam bilik Puan Zul menjadi sunyi sepi. Hanya suara dari tv sahaja yang kedengaran. Jam sudah menunjukkan pukul 4.30 petang.
            “Err... Anis, buka tv3. Kuatkan sikit volume tv,” tiba-tiba Wan bersuara dan Anissina hanya menurut.
            “Tak kuat lah. Ni baru kuat,” kata Wan sambil menguatkan volume sehingga 24.
            “Eh, kuatnya Wan. Slow sikit,” Anissina pula berkata sambil memperlahankan volume tv.
            “Err. Ana, baik kita beritahu mak cik guard yang ada orang kat library. Takut nanti dia kunci pulak pintu pagar,” Anissina menyuarakan perasaan bimbangnya.
            “Kejap lagilah. Malaslah nak turun,” Ana memberi alasan. Anissina memandang ke arah rakan-rakannya yang lain, namun tidak diendahkan.
            “Ana, jomlah... Kita dah kena dah dulu. Pak guard tu kunci pintu pagar. Kita ngan kawan kita terperangkap kat bangunan tue. Nasib baik dia dengar kitorang menjerit,” terang Anissina panjang lebar.
            “Yelah. Jom,” akhirnya Ana bersetuju untuk memenuhi permintaan Anissina. Bukannya apa, bosan mendengar Anissina membebel.
            “Yeah! Ana, bukak pintu,” kata Anissina sambil melompat gembira.
            “Bukak jelah pintu tue. Bukannya ada apa-apa pun,” kata Wan dengan perasaan kehairanan dengan sikap Anissina.
            “Tak nak. Takut,” kata Anissina perlahan. Ruang kecil itu dipenuhi dengan gelak tawa oleh ketiga-tiga rakan yang geli hati dengan gelagat Anissina.
            “Ish. Apa-apa jelah Anis nie,” kata Ana lalu segera membuka pintu. Sebaik sahaja pintu dibuka, kelihatan pemandangan perpustakaan.
            Dari belakang perpustakaan sehingga ke hadapan pintu bilik Puan Zul, suasana kelihatan gelap gelita. Seolah-olah hampir senja. Ana dan Anissina menelan liur mereka. Suasana begitu menyeramkan. Di dalam fikiran mereka, terbayang cerita-cerita menyeramkan yang pernah berlaku di perpustakaan.
            Lalu, mereka berdua memulakan langkah menuju ke pintu utama perpustakaan. Langkah yang pada mulanya perlahan menjadi semakin laju ibarat orang berlari ke garisan penamat. Ana dan Anissina merempuh pintu utama tersebut. Sebaik sahaja kedua-duanya keluar dari perpustakaan, mereka ketawa sebentar.
            “Ana, kenapa kita lari macam tu ya?” soal Anissina sambil berjalan menuju ke pondok pengawal.
            “Entahlah. Anis lari, saya pun larilah,” kata Ana yang termengah-mengah selepas berlari sebentar tadi.
            “Oh. Kita lari sebab rasa seram tengok library dalam keadaan macam tu. Kita terbayang ada benda merangkak dari belakang ke depan. Sebab tu kita lari,” kata Anissina sambil cuba menenangkan dirinya.
            “Ish, Anis tak eloklah cakap macam tu. Kita dah sampai, Anis beritahulah,” kata Ana lalu membiarkan Anissina berjalan mendahuluinya.
            “Mak cik! Saya nak beritahu mak cik, saya dan kawan saya ada buat kerja kat perpustakaan. Mak cik jangan kunci lagi pagar tu ya,” kata Anissina sambil duduk sebentar di atas kerusi di hadapan pondok pengawal.
            “Kalau macam tue, oklah. Mak cik tak kunci. Terima kasih ya kerana maklumkan pada mak cik,” kata Mak cik Yati, pengawal sekolah.
            “Oklah, kami pergi dulu ya,” kata Ana lalu mereka terus beredar dari pondok pengawal.
            “Fuh, lega sikit hati bila dah beritahu mak cik guard,” kata Anissina sambil berlari anak menaiki tangga, mengejar Ana yang sudah jauh di hadapan.
            “Hei! Tunggulah..” jerit Anissina setelah tidak larat berjalan lagi sambil termengah-mengah.
Lalu, dia berehat sebentar di tepi tangga lantas mengejar Ana yang sudah memasuki library.
            “Ahhh.. Lega.... Sejuk sikit. Ok, kita nak buat apa sekarang ni?” soal Anissina sambil memerhati Ana menyiapkan gambar kotak hadiah 3 D.
            “Hei, jangan tengok saja. Anis ambil kertas bentuk love ni dan tampal kat kotak ni. Pandai-pandailah susun biar nampak cantik,” kata Ana sambil menggunting kertas berwarna Oren.
            “Alah, kita tak pandailah nak susun-susun ni. Nanti Nampak buruk. Eh, beg kita dalam bilik bahan mengajar,kan? Jom ambil beg. Nanti nak balik senanglah. Tak payah nak pergi belakang amik beg,” usul Anissina sambil memandang rakan-rakannya satu persatu. Disebalik idea itu, Anissina takut untuk ke bilik BBM untuk mengambil beg. Takut jika berlaku sesuatu yang bisa membuatnya pengsan. Maklumlah, Anissina seorang yang penakut dalam kalangan mereka berempat.
            “Betul jugak,” tiba-tiba Sue bersuara setelah lama mendiamkan diri.
            “Nak ambil sekarang ke? Oklah. Jom,” Wan pula bersuara lalu mereka semua pergi mengambil beg masing-masing di bilik bahan bantu mengajar.
            “Semua dah beres? Tak ada tertinggal barang? Ok, kita tutup lampu bilik ni,” kata Anissina lalu terus memadamkan lampu.
            “Tunggu kita!!!” jerit Anissina lantas segera berlari mengejar rakan-rakannya sambil menggalas begnya yang berat seperti diisi oleh sebuah batu yang besar.
            “Fuh, takutlah...” kata Anissina namun tiada siapa yang mempedulikannya. Dia segera masuk ke dalam bilik Puan Zul.
            “Ok, jom teruskan kerja ni. Kalau boleh nak siapkan hari ni juga,” kata Ana ibarat seorang majikan memberi arahan kepada anak buahnya.
            “Huh, ada bakat nak jadi bos ni,” bisik Wan kepada Sue.
            “Ha’a.. Kesianlah anak buah Ana. Kena dera dengan Ana,” kata Sue lalu mereka berdua mengekek ketawa.
            “Kenapa ni??” soal Anissina yang kehairanan melihat telatah Wan dan Sue.
            “Tak ada apa-apalah. Wan ni buat lawak. Anis sambunglah kerja. Emm... Ana, macam mana kalau kita tak sempat siapkan kad ucapan ni?” soal Sue dengan sisa tawanya.
            “Kalaulah kita tak sempat siapkan hari ni, nanti saya bawak balik kad ni dan cuba siapkan,” kata Ana sambil menampal corak hati pada gambar kotak hadiah.
            “Tak apa ke?? Kitorang boleh tolong,” kata Wan pula.
            “Boleh, tapi bila? Kat mana?” soal Ana.
            “Ana, dah pukul 5.30 lah. Kita nak balik nanti tertinggal van pulak,” sampuk Anissina sambil mengemas barang-barangnya.
            “Emm. Kita balik teruslah. Anis, tolong kemas,” arah Ana dan mereka semua terus mengemas bilik Puan Zul dengan senyap dan cepat.
            “Ok, dah beres. Jom, pakai kasut,” ajak Wan dan mereka semua keluar memakai kasut. Setelah semua usai, Ana memberikan kunci library kepada Anissina sebagai tanda meminta Anissina mengunci pintu library. Anissina hanya mengambil kunci itu tanpa banyak soal.
            “Dah beres. Jom, turun,” kata Anissina lalu berjalan mendahului rakan-rakannya. Hatinya menjadi kecut apabila lalu di hadapan bilik APD. Dia hanya menundukkan kepalanya memandang lantai. Di dalam fikirannya, terbayang satu lembaga berpakaian putih di dalam bilik APD. Lalu, dia segera melajukan langkahnya itu.
            “Eh, tunggu kejap. Kita nak hantar kunci library ni kat pejabat,” tiba-tiba Anissina bersuara memecahkan kesepian di antara mereka.
            “Ok, cepat sikit tau,” kata Wan sambil berjalan ke arah pintu pejabat.
            “Eh, Pn. Jamaliah tak balik lagi ke?” soal Sue sebaik sahaja mereka lalu di hadapan tingkap bilik Pn. Jamaliah.
            “Eh, kenapa Pn. Jamaliah tak balik lagi ya?” kali ini Wan pula bersuara.
            “Yalah, kan ada majlis solat hajat hari ni. Untuk pelajar form 3,” Sue pula bersuara dan yang lain mengangguk faham. Entah kenapa masing-masing lupa akan hal tersebut.
            “Eh, kalau macam tu, tak payahlah beritahu mak cik guard.... Mesti dia tak kunci pintu pagar tu sebab budak-budak tu nak guna surau, kan?” Anissina pula bersuara.
            “Emm, Analah hantar kunci ni,” beritahu Anissina sambil menghulurkan kunci library kepada Ana. Ana hanya mengambil kunci tersebut tanpa banyak songeh.
            “Assalamualaikum.....,” Ana memberi salam. Tidak lama kemudian, muncul kelibat Puan Jamaliah di hadapan pintu pejabat, membuatkan semua orang terkejut.
            “Waalaikumussalam.. Ada apa ni? Kenapa tak balik lagi ni?” soal Puan Jamaliah bertubi-tubi kepada empat sekawan.
            “Kitorang ada kerja kat library. Ni nak pulangkan kunci ni,” kata Ana lalu menghulurkan kunci library kepada Puan Jamaliah.
            “Ok. Maaf, tadi cikgu kunci pintu pejabat. Bahaya jugak duduk kat pejabat ni sorang-sorang,” beritahu Puan Jamaliah sambil ketawa. Setelah meminta diri, empat sekawan itu berlalu pergi dari pejabat.
            “Beraninya Puan Jamaliah duduk sorang-sorang dalam pejabat, kan? Dahlah petang-petang macam nie. Kalau kitatak berani,” kata Wan sambil menuruni tangga.
            “Ha’a. Kita pun tak berani,” kata Sue pula. Dia terbayangkan sesuatu yang muncul di dalam pejabat sekiranya dia yang berada di tempat Puan Jamaliah......
            Ish, minta dijauhkan.... Bisik hati kecil Sue lalu cuba melupakan perkara-perkara mistik.
            “Oklah, kita tunggu kat pondok bas tu ya. Bye,” kata Anissina sambil bersalam dengan Sue, Ana dan Wan. Lalu terus berjalan menuju ke pondok menunggu bas dihadapan sekolah.
            Malam itu, setelah usai mengerjakan solat isyak, Anissina menelefon Ana untuk bertanyakan kejadian yang berlaku pada hari ini.
            “Hello, Ana. Hehehehe.... Takkan tak tau kot. Kita nak Tanya pasal kejadian tadi. Ana ada dengar tak bunyi orang menjerit sebelum Wan kuatkan volume tv?” soal Anissina sambil membelek kukunya.
            “Lah, tadi Sue baru call tanya benda yang sama. Itu saya  tak pasti. Kenapa? Oh ya, Wan pun ada bagitau yang dia dengar bunyi orang menjerit... Ingatkan dia main-main,” kata Ana.
            “Oh, tak adalah. Kita nak mintak kepastian... Takut kita berkhayal. Patutlah Wan kuatkan volume tv dan suruh bukak tv 3,” kata Anissina pula.
            “Sue pula ada beritahu dia rasa macam ada orang perhatikan dia dalam bilik Puan Zul. Tapi dia buat tak tau jelah,” Ana pula rancak bercerita.
            “Then, masa Anis kunci pintu library, saya ada nampak seorang perempuan pakai baju warna putih kat depan bilik computer,” sebaik sahaja Ana berkata demikian, tiba-tiba bulu tengkuk Anissina meremang.
            “Err... Betul ke, Ana? Alamak, dah meremang dah bulu tengkuk. Dahlah kita sorang jer dalam bilik nie,” beritahu Anissina sambil menggosok tangannya.
            “Oh, Anis.... Be careful... Kat belakang tue, entah-entah ada something...” usik Ana dengan suara yang dibuat-buat seram.
            “Ana!!! Janganlah cakap macam tu!! Jahatnya!! Kita nak pergi bukak pintu bilik jap,” kata Anissina lalu terus bangun dan membuka pintu bilik.
            “Apalah Anis ni... Penakut betul... Anis, walau apapun yang berlaku hari ini, anggaplah itu sebagai pengalaman baru dalam hidup.... Errr... Hidup Anis jelah... Ok?? Dah, jangan fikir-fikir lagi pasal benda ni... Saya nak siapkan kad ucapan gergasi ni. Pening kepala nak fikir idea. Ok, see you this Monday!! Bye, Assalamuaikum,” kata Ana lalu terus memutuskan talian.
            “Ok, Waalaikumussalam. Betul tu... Semua ni sebagai pengalaman yang berharga dan mungkin manis untuk di kenang. Eh, Kimia tak study lagi!!! Arghhh!!!! Kena start study sekarang!!!!” kata Anissina separuh menjerit lalu terus mendapatkan buku rujukan Kimia dan mula membaca.
            Itulah kisah yang benar-benar berlaku pada hari Jumaat... Terpulanglah kepada anda samada mahu percaya atau tidak... Itulah kisah hari Jumaat...

Wednesday, July 27, 2011

Kekejaman Terhadap Binatang

Salam dan hai... ^^

Hari nie aku nk cakap pasal banyak kes yang berlaku skang nie.. Ntah la... Aku pon x tau pe nk jd ngn manusia zaman skang.. Mcm yang tertera kat tajuk tue, aku nk luahkan perasaan...

Ngape ramai orang yang sanggup menganiaya binatang2 yang comel nie? Diorang ader wat salah ke kat korang?  Binatang2 tue ade rampas pakwe korang ke? Kikis duit korang? Rasenye x kot. Tapi kenapa ekk korang tergamak seksa binatang nie? Ke, korang da x der keje lain nak wat atau tue hobi korang? Hobi menyeksa binatang?

Baru2 nie, aku ade bace kt yahoo cerita pasal orang bakar anak anjing hidup2 kat khalayak ramai.. Masyaallah. Apa nak jadi la dengan dunia nie? Aku pelik la... Pe motif diorang bakar anak anjing tue? Nk makan sebab x de duit nk beli makanan? Aish... Ngeri aku.... Even kitorang orang Islam nie pon yang diharamkan sentuh anjing x boleh seksa binatang tue.....

Pastue ader lak cerita len, ader orang seksa anak kucing dengan merendamkan anak kucing tue dalam lumpur..... adusss.... Kesiannya... Then, dalam berita kat tv3, ade kes sorang mamat seksa 2-3 ekor kucing.. Die pijak, pukul ngn mende nth (aku x nmpk... mcm kayu  besbol) dan sepak camtue jer... Sedih aku tengok.. Anak kucing tue da lemah tak bermaya, die leh sepak lagi... Ciss... Then, die dikenakan tindakan undang2... Well, aku rase bagus gak. Biar padan muke die... Aku rase memang patut la diwujudkan undang2 berkaitan dengan kes seksaan binatang nie.. Biar diorang takut skit.... Kalau diorang terlepas dari undang2 dunia, nanti di akhirat kelak akan ada balasan utk diorg..

Hurm... Tue jelah yang aku nak luahkan... Yupp, aku memang sedih dengan sikap manusia sekarang.... Dan aku nak minta maaf sekiranya aku terkasar bahasa dalam post kali nie.... Oleh itu, sayangilah haiwan... Peace no war...





Friday, July 22, 2011

Biasiswa Lepasan Matrikulasi dan sewaktu dengannya.... 2011

Slm..

Ok, aku tau skang nie budak2 matrik, stpm, dan yg lain2 sibuk dok cari biasiswa kn? OK, skang nie aku nk share 1 link yg sgt... sgt.. sgt.. berguna... Walaupon byk biasiswa da tutup tp, well, link nie tetap membntu... So, berusahalah ya.. ^^

http://poobalan.com/eduhelp/index.php?option=com_sobi2&letter=G&Itemid=68&limitstart=8

Monday, July 18, 2011

Pizza....

Hello... ^^

Hari tue aku share resepi makaroni bakar.. so, skang mcm yg tertera di atas, aku nk shara ngn korang tentang resepi pizza.. 

Bahan - bahan:
Doh pizza
  • 200g (2 cawan) tepung gandum
  • 20g (2 sudu teh) yis segera
  • 3g ( 1/2 sudu teh) garam
  • 5g (1 sudu makan) minyak sayuran @ minyak zaitun
  • air suam untuk menguli
Sos Tomato
  • 360g (3 biji) tomato masak, dicincang besar
  • 60g (3 sudu makan) pes tomato
  • 90g (1 biji) bawang besar, dicincang halus
  • 10g (1 sudu makan) minyak sayuran
  • 30g (2 sudu makan) gula merah
  • 3g (1 sudu teh) oregano
Topping
  • 180g ayam (bahagian dada) dibuang kulit dan didadu
  • 100g nenas dalam tin (ditapis daripada sirapnya), didadu
  • 50g lobak merah, dikisar nipis
  • 120g keju mozzarella, diparut kasar
Cara penyediaan
(a) Doh piza
  1. Campurkan tepung gandum, yis, garam, gula dan minyak dalam mangkuk besar. Masukkan air suam.
  2. Uli adunan tersebut sehingga ia menjadi satu doh yang lembut dan elastik.
  3. Masukkan doh ke dalam bekas yang disapu minyak dan diletakkan di tempat yang panas selama 40 minit. Doh ini akan naik seganda.
  4. Minyakkan acuan piza.
  5. Canaikan kepada bentuk bulat dengan ketebalan 2 sm.
  6. Masukkan ke dalam acuan yang telah diminyakkan dan tinggalkan selama 10 minit sebelum diletakkan topping.
(b) Sos
  1. Tumis bawang besar sehingga lembut. Kemudian masukkan tomato yang dicincang dan kacau sehingga ia lembik.
  2. Masukkan tomato paste, oregano/basil serta gula merah dan masak atas api yang perlahan selama beberapa minit sehingga pekat. Sejukkan.
(c) Topping

  1. Hiaskan piza dengan topping.
  2. Piza kemudian diakhiri dengan taburan keju mozzarella dan oregano.

Saturday, July 16, 2011

Pesta Flora & Fauna

Hohoho... hi again... hari nie bru aku nk citer pasal pesta nie padahal semalam aku pergi... lol.. x per la.. blik tue penat sgt nk update blog... ok2 aku nk citer nie... Kitorg 1 family bertolak pergi Putrajaya lepas maghrib... Hohoho.. Tp mlm tue hujan... so, x brape best sgt nk jln2 kat sane..

Mule2 sampai tue, kitorg nmpk bot berhias... lawa gak.. ader bot Melaka, Brunei... (tue jer yg aku nmpk... Yg len x prasan bot pe...) So, nie gmbrnyer.... Klu x jelas, maaf la yer...






ha... tue antara gmbr2 bot yg ader... sbnrnyer ader byk lg tp, lmbt sgt nk upload gmbr... Then, kitorg g tengok bunye2 yg ader....




Hurm... tue dia.. Then, ader lak kolam berbentuk bunga ros... hihihihi...


ha... cntik x?? Tp, gmbr nie terbalik.. daun bunya kat atas... lol... maser tue kitorang tak perasan... lepas amik gmbr bru prasan... hihihi...Selepas itu.... kitorg pergi kt maner nth ader mcm seni yg diperbuat drpd kain cerca... (tue la... mls bace description die...)




 Pastu dlm kul 10 mlm, ade pertunjukan bunga api.... Nie dia...


Ha.. Nie jer gmbr fireworks yg ader.. Selebihnye, aku rakam.. tp, ok la kn... korang dpt gak tengok.. hihihi..  Hurm... lepas tue, abis la... byk tempat da nk tutup.. Rasenye tmpt nie tutup dlm kul 10.30.. ok la... bye2.. ^^


Hohoho.... UPU

Hai.... N Salam!! ^^

Hari nie aku nk citer pasal tawaran upu... Ho3.. Yup, result upu hari nie la... Nk citer, aku ingat laman web upu tue jem... (cehh... website pon leh jem gak ke???) Rupe2nye x.. so, aku check dlm kul 12.45 gitu dan aku dpt....

UNIMAP, course KEJURUTERAAN BANGUNAN...

Hurm..... Pe tue? Aku x pernah dengar pon... hurm... nth la...
So, aku harap korang yg bace blog dapat berikan aku skit info pasal course nie... ok... tue jer nk citer ari nie... Bye2.. ^^


Monday, July 11, 2011

Hari nie Jerebu Ka.....

Haish.....
Hari nie, aku tengok luar tingkap, nampak pemandangan mcm kabur jer... Aku pun wat x tau jelah... Then, tengok berita kat tv3, rupa2nya jerebu melanda putrajaya.. Lol, patutlah keadaan cmtue, rupa2nya jerebu.. Tp, yg peliknya dlm berita tue ader sebut cuaca panas tak berangin melanda putrajaya.. Tapi, kt rumah aku nie panas gak.. Panas dan berangin.. Best wooo.. Kdg2 tue rase mcm kat tepi pantai.... Angin kuat sampai bju yg aku sidai terbang melayang ke rumah sebelah... Huhuhu... Malu giler.. Nasib baik bju yg terbang, klu benda lain? Lagi dahsyat... Huhuhu...


Sajer je letak gmbr nie... Gmbr nie mcm membygkn betapa kuatnya angin kt umah ku... hohoho.. (???????)

Sunday, July 10, 2011

Jalan-Jalan Kt ..........

Hari nie aku ingat just stay kat rumah... Tapi, ayah aku nk kluar pergi jln2 satu family... Hoohoho... Sampai jer kat tempat tue, kitorang trus masuk dan semua mcm terpegun... (wowww)... Biaselah, tempat lawa kn.... Pastue, kitorang trus bergambar sakan.. Sampai satu tempat, semua berebut nak duduk kat kerusi lawa.. X dpt aku nk gambarkan keadaan mase tue.. Memang kecoh.. Yang belum msuk tempat tue cume adikku, sepupuku, red dan ayah aku... Bila Red masuk tempat tue, semua yang telah meng'cop' kerusi tue hulurkan kamera masing2 tanda meminta red mengambil gambr...

Dari satu tempat kitorg pergi tempat lain... Memang puas la jalan2 kat situ... Kitorang lepak kat situ dari pukul 2.30 ptg sampai kul 4.30 ptg... wow! Memang lamakan kitorg lepak kat situ... Tue sampai adik aku merengek sebab penat berjalan.. Tempat tue plak besawww... Hahaha.. Then, kitorg singgah mkn kat Sg. Buloh... Patutlah semua mengadu lapar mase otw balik... Rupe2nye, kitorg x mkn sejak tghari.. Kiranye, kitorg just sarapan jelah.. Hahaha... dahsyat kn? Ok2.. Ptg tue, aku order kuew teau kungfu, udang bersalut tepung dan air limau ais...

Lepas makan, kitorg g hantar red kt KTM Sg. Buloh... Die nk blik da.. Huhuhu.... Then, singgah kat Mc D.. Tue pun sbb adik aku la merengek nk pergi sane.. Dari mule2 kluar jln2 sampai balik dia ingt lg nk pergi McD... Lol... Nasib baik die tue kecil lagi... Hohoho... Mlm tue, aku wat air fresh oren ala2 mamak... Sedap...... hahahah..... OK lah... tue jerlah yg aku nk citer...

erm... sorry, aku x leh nk gtau tempat tue kt mane... tempat tue rahsia.... hehehehe

Friday, July 8, 2011

Gaya Pemakaian Tudung Zaman Skarang.......

Mesti semua sudah maklum pasal style tudung yg bermcm jenis dan gaya kn? Sampai aku naik rimas tengok style tudung yg pelik dan ade setengah tue berbelit-belit sekeliling leher... Satu jer yang aku fikir.. X rimas ke diorang pakai tudung berbelit-belit nie? Kalau setakat gaya tudung biasa tu, kira ok la.. tp, yg pelik2 nie aku x tahan... So, aku akan sertakan beberapa contoh gaya tudung terkini.. Mengikut arus zaman dan fesyen... (lol)

1. Gaya Afrika....



Haish..... Aku x paham la... Pe yang lawa sgt style nie?? Rimas aku tengok.. Nk same ngn gaya wanita afrika.. X caye, try bandingkan gmbr nie...

Same, kan? Kalau x.. Erm.. xtau la nak kata pe...

2. Gaya Tudung Ariani....



Hurm... nie aku nk komen skit jer.. (kot).. First skali, tudung nie pendek!!! Menampakkan bahagian dada + bju lak ketat... (Ish3)..

3. Gaya Tudung Siti


Ok, aku tengok ramai gak la remaja yang pakai tudung camnie.. Katanye, simple jer... Just sarung mcm tue saja. X payah susah-susah nak guna kerongsang... Hurm... Tp, korang pakai nie utk fesyen atau menutup aurat? Aku x kisah org yang pakai anak tudung.... Tp, yg x pakai tue la aku kisah... Hurm...

4. Gaya Tudung Bienda


Bienda..... Nie style apa nie?? Dengan penyepit sanggul kat atas tue... Simpan sebagai senjata utk mempertahankan diri ka??? Adusss... Satu lagi yang aku perasan, ramai artis memakai tudung serta subang.. Apa nie? Bukan ke pakai tudung sepatutnya menutup seluruh bahagian kepala dan leher? Tapi ada juga yang pakai sekadar menutup kepala dan tinggalkan sedikit bahagian telinga agar dapat memakai anting-anting.... Aduss... Memang sekarang nie sudah jadi trend ke?

Oklah... Aku rasa setakat nie je kot aku nak komen pasal tudung nie. Sebenarnya banyak lg jenis tudung yg aku sendiri pun x berapa berkenan nak pakai. cuma aku tak tau nama jenis2 tudung tue. Anyway, aku bukannya anti ngn diorang tue. Aku nie leh kira peminat no. 1 dato' siti la... So, aku harap korang dapat baca blog nie dengan hati yang terbuka dan sekiranya korang x setuju dengan pendapat aku nie, sila la komen... Lastly, aku harap artis2 Malaysia yang bertudung dapat memakai tudung  yang mematuhi syarak.... Amin...

Monday, May 30, 2011

Hai.... ^^

Wow, nie first time aku tulis blog... Sebenarnyer aku x tau nk tulis ape nie... x der idea lg... So, hope ader yang sudi membantu aku dlm penulisan blog nie... ^^