Thursday, August 11, 2011

Peristiwa Hari Jumaat 2 Tahun Lalu.....

“Alamak.. Apsal cikgu pilih kita pulak? Orang lain kan ada?” Anissina mengeluh sambil berjalan menuju ke kelas 5 Aurora. Sue dan Wan hanya mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Anissina.
“Dah nak buat macam mana? Kan cikgu dah kata kita ni berbakat dalam seni. So, kita buat sajalah. Kenapa korang tak kata apa-apa tadi?” Ana memprotes kata-kata Anissina. Anissina, Wan dan Sue senyap. Tiada sepatah perkataan pun yang dimuntahkan oleh mereka. Suasana antara mereka kembali sunyi. Masing-masing teringat akan peristiwa pagi tadi.
“Ana and the gang, Puan Zul nak jumpa masa rehat. Hapis sekali,” Azizah menyampaikan pesan dari Puan Zul kepada Ana dan Hapis.
“Kenapa?” hampir serentak pertanyaan tersebut diajukan ibarat peluru kepada Azizah oleh Ana, Anissina dan Wan. Sue pula hanya memerhati sahaja, menanti jawapan dari Azizah.
“Tak tahulah. Jangan Tanya kita. Tanyalah Puan Zul,” jawapan Azizah mengecewakan Ana dan rakan.
“Entah-entah, cikgu nak sound pasal korang dah lama tak pergi bertugas kot,” Salwa membuat andaian. Andaiannya itu menyebabkan hati Ana, Anissina, Wan dan Sue kecut.
“Ish, takkanlah. Salwa ni saja jer nak buat orang takut,” kata Anissina sambil cuba menenangkan hatinya yang gundah gulana itu. Yang lain hanya mengangguk.
Semasa waktu rehat, mereka berlima pergi ke perpustakaan untuk berjumpa dengan Puan Zul seperti yang disampaikan. Sebaik sahaja mereka tiba di perpustakaan, kedengaran suara hingar bingar dari dalam perpustakaan. Mereka tidak menghiraukan scenario tersebut lalu terus berjalan masuk ke dalam bilik Puan Zul.
“Ha, ada apa jumpa cikgu ni?” soal Puan Zul kepada mereka berlima. Ana dan Anissina memandang sesame mereka. Adakah cikgu sudah lupa akan pesanannya atau Azizah hanya ingin bergurau sahaja.
“Cikgu ingatlah. Ni, cikgu nak minta tolong kamu berlima,” Puan Zul memulakan bicara sebaik menyedari keadaan sunyi sepi.
“Err.. Tolong apa, cikgu?” soal Ana sambil mengheret kerusi mendekati Puan Zul. Yang lain turut mengikut tingkahlaku Ana.
“Minggu depan, hari jadi pengetua. Kamu jangan bagitahu sesiapapun tau. Ni rahsia. Jadi, kalau boleh cikgu nak kamu buat kad ucapan khas untuk pengetua. Pengawas PSS yang lain cikgu dah suruh diorang menyanyi lagu ‘happy birthday’. Jadi, cikgu bagi peluang kepada kamu, pengawas PSS tingkatan lima untuk sertai persiapan ini. Jadi, bila kamu boleh mula buat kad ucapan?” terang Puan Zul panjang lebar. Ana, Wan, Sue dan Anissina hanya memandang sesama mereka.
“Emm... Mungkin esok kot cikgu,” Ana bersuara memecahkan keheningan antara mereka berlima.
“Baiklah. Kalau macam itu, ni barang-barang untuk membuat kad ucapan. Kertas berwarna ada dalam bilik cikgu ya. Ok, itu sahaja. Kamu boleh balik ke kelas,” setelah Puan Zul usai berkata sedemikian, mereka berlima bingkas bangun dan berlalu pergi dari perpustakaan kembali ke kelas.
“Eh, Puan Ain dah masuklah. Ana, tolong  ya,” kata Wan, memecahkan lamunan mereka semua.
“Yalah. Asyik saya jer kena bagi reason masuk kelas lambat,” rungut Ana sambil berjalan mendahului Wan.
“Dah nak buat macam mana? Dia sorang jer yang pandai bercakap,” Anissina sempat berbisik kepada Sue ketika masuk ke dalam kelas. Sue hanya tersenyum, tanda setuju dengan kata-kata Anissina. Mereka terus berjalan ke tempat masing-masing dan mengeluarkan buku Add Math lalu terus menumpukan perhatian terhadap topic baru tersebut.
Keesokan harinya, setelah tamat sesi persekolahan, Ana, Anissina, Sue dan Wan tidak terus pulang. Mereka berjalan menuju ke perpustakaan dengan langkah yang berat. Masing-masing mahu pulang awal seperti pelajar lain. Hafis pula, terus pulang ke rumah kerana perlu menunaikan solat Jumaat.
“Eh, jom pergi beli burger Cik Milah. Dah lama tak makan. Emm.. Hampir sebulan,” Anissina memberi cadangan.
“Alah, jauh sangat la. Malas nak jalan,” kata Wan sambil membelek rekod bertugas pengawas pusat sumber.
“Tak apalah, Wan. Sekali sekala kita pergi jauh sikit. Bukannya selalu. Jomlah,” kali ini, Ana pula memujuk Wan. Anissina dan Sue mengangguk.
“Yelah,” akhirnya Wan mengalah juga setelah terkena pancaran mata Ana, Anissina dan Sue yang comel ala-ala Shin Chan.
            Lalu, mereka terus memulakan perjalanan ke kedai burger Cik Milah yang terletak hampir 1 kilometer dari sekolah. Setelah memesan burger masing-masing,  mereka berehat sebentar di kedai burger tersebut. Setelah burger mereka siap, mereka memulakan semula perjalanan mereka kembali ke sekolah.
            Setelah sampai di perpustakaan, mereka terus menikmati burger masing-masing di dalam bilik Puan Zul.
            “Wow, sedapnya! Dah lama tak makan burger special black pepper nie... Rindu sangat dengan baunya yang wangi dan rasanya yang sedap sehingga menjilat jari kaki,” kata Anissina dengan penuh perasaan.
            “Dah, dahlah tu. Makan je lah burger tu. Nanti saya makan baru tau,” tegur Wan kepada Anissina. Mereka semua ketawa sebaik sahaja melihat reaksi  Anissina yang seolah-olah kanak-kanak kecil dimarahi oleh ibunya.
            “Ok, sekarang kita nak buat apa?” soal Ana dengan serius sambil memandang ke arah kad board berwarna hitam putih itu sambil memikirkan idea.
            Namun, pertanyaannya itu tidak mendapat sebarang respons daripada Anissina, Wan dan Sue. Mereka semua hanya mendiamkan diri dan suasana sepi kembali menyelubungi diri mereka.
            “Hei, tolonglah beritahu idea korang tentang kad ni. Sebenarnya saya dah ada idea. Tapi, tak tahulah kalau korang ada idea lain,” terang Ana panjang lebar sambil melihat ke arah kawannya satu persatu.
            “Apa idea Ana?” soalan dijawab dengan soalan daripada Anissina.
            “ Macam ni.....” lalu Ana terus menerangkan ideanya kepada Sue, Anissina dan Wan. Kelihatan mereka bertiga mengangguk kepala tanda faham akan penerangan Ana.
            “Tapi, cara ni payah sikit. Lagipun kertas berwarna pun tak banyak dan bahan-bahan yang lain tak ada. Cuba korang cari gam, gunting dengan cellotape dalam bilik cikgu,” arah Ana ibarat seorang majikan mengarah pekerjanya. Sua, Anissina dan Wan pula hanya menurut kata-kata Ana.
            “Emm... Kita jumpa banyak gam, riben dengan salotep,” kata Anissina kepada rakannya.
            “Errr. Riben tu nak buat apa?” soal Wan pula sambil mencari gunting di dalam laci meja Puan Zul.
            “ Riben tu boleh dijadikan sebagai hiasan. Kalau tak nak guna pun tak apa,” balas Anissina sambil membawa barang-barang tersebut kepada Ana.
            “Ni aje yang kita jumpa,” Sue pula menyerahkan sebuah gunting kepada Ana lalu duduk di sebelah Anissina. Kemudian, Wan pula menyerahkan kertas-kertas berwarna.
            “Ok. Anissina, tolong ‘on’kan computer cikgu,” arah Ana sambil melihat barang-barang yang dijumpai.
            “Anissina, tolong taip ‘selamat hari ulang tahun’ dengan nama pengetua kita. Sue dengan Wan nanti tolong gunting font yang akan di’print’kan oleh Anissina. Ok, kita start sekarang,” setelah Ana usai menjelaskan tugas setiap orang, masing-masing mula bertindak.
            “Wan, Sue. Boleh tolong pilih font yang lawa sikit? Biar Nampak menarik. Ana, tolong pilih kertas warna yang sesuai ya,” kata Anissina selepas menyiapkan tulisan seperti yang diarahkan.
            “Alah, Anis pilihlah sendiri,” kata Wan sedikit malas.
            “Nanti kita pilih tak lawa. Cepatlah tolong,”  sekali lagi Anissina meminta bantuan dari kawannya.
            “Iyalah. Sue, yang mana lawa?” akhirnya Wan mengalah dengan Anissina.
            “Emm.. Rasanya font Kristen ITC tu lawa. Betul tak Ana?” kata Sue sambil memandang ke arah monitor computer, sedang memikirkan sesuatu.
            “Saya ikut saja. Suka hati koranglah nak font mana,” kata Ana ringkas lalu menyambung tugasnya.
            “Ok. Kalau macam tu, kita pilih font ni ya? Semua setuju ya?” kata Anissina sambil melihat ke arah Sue dan Wan lalu meneruskan kerjanya setelah melihat Sue dan Wan mengangguk kepala.
            “Ok, dah siap. Kita print ya,” kata Anissina tidak lama kemudian dan terus menekan butang print di kanta computer.
            “Eh, Wan. Bukalah tv. Tengok ada cerita yang best ke,” kata Anissina kepada Wan yang sedang termenung memikirkan sesuatu.
            “Oh, ok. Nak tengok tv apa?” soal Wan yang kini sudah berada di hadapan tv. Dia menekan butang di tv, mencari saluran yang mempunyai rancangan yang menarik.
            “Ha, kita tengok tv 3 lah. Ada cerita Nur Kasih,” kata Wan setelah puas mencari saluran tv yang menarik.
            “Ha? Nur Kasih? Kita tengok ni jelah,” kata Sue lalu terus turun dan duduk di sebelah Wan. Kedua-duanya begitu asyik menonton tv.
            “Ehem. Kot ye pun tengok tv, janganlah sampai tak buat kerja,” tegur Ana kepada dua orang rakan baiknya. Wan dan Sue hanya tersenyum apabila ditegur oleh Ana.
            “Alah, Ana. Kitorang tengok sekejap saja. Bolehlah ya,” kata Sue lembut dan Wan pula mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Sue.
            “Iyalah. Suka hati koranglah. Nanti kalau kerja ni tak siap, korang bawak balik dan siapkan kat rumah ya,” perli Ana dan disertai oleh gelak ketawa Anissina.
            “Iyalah. Kitorang buat sambil tengok tv. Jom, Wan. Anis pula jahat. Gelak kat orang,” kata Sue seolah-olah merajuk. Wan pula tetap berdegil untuk menonton tv.
            “Tak adalah Sue. Kita gelak bukannya kenapa tapi kelakarlah tengok korang kena marah then merajuk. Nampak comel. Jangan marah Sue, Wan,” terang Anissina lalu terus ketawa. 
            Sue pula hanya tersenyum. Mana mungkin dia marah dengan rakan baiknya itu. Walaupun baru mengenali Anissina selama 4 tahun, namun segala tingkahlakunya dijaga dengan baik. Tetapi dengan rakan baiknya, segala taringnya keluar.
            “Emm.. Baik korang tutup tv. Nanti tak siap kerja,” kata Ana sambil memilih warna yang sesuai untuk membuat kotak hadiah 3D.
            “Anissina, tolong saya tampal kertas warna kat kad board ni,” kata Ana sambil menggunting kertas berwarna hijau.
            “Ok. Eh, nak tampal kat mana ni? Kenapa bentuknya pelik jer?” soal Anissina sambil melihat lukisan kotak hadiah yang dilukis oleh Ana.
            “Hei, jangan banyak soallah. Ikut bentuk gambar ni. Lepas tu, tampal jelah,” kata Ana dan kedengaran ketawa Anissina. Sue dan Wan pula begitu asyik dengan tugas mereka menggunting font sehingga tidak mempedulikan keadaan sekeliling.
            “I’m boring. Eh, silap. Teacher kata tue salah. I’m bored... Ha, baru betul,” bebel Wan terhadap dirinya sendiri.
            “Apa yang Wan bebelkan tu?” soal Sue sambil melihat sekilas terhadap sahabatnya itu.
            “Eh, tak ada apa-apa. Saja nak practice bi. Anis, buka tv,”arah Wan sambil menggeliat.
            “Ok. Tv berapa? 8Tv ye,” kata Anissina lalu terus menyambung kerjanya semula. Ketika mereka sedang membuat kerja sambil melihat TV yakni sewaktu 8TV mengeluarkan iklan, tiba-tiba Anissina menukar saluran. Keadaan dalam bilik Puan Zul menjadi sunyi sepi. Hanya suara dari tv sahaja yang kedengaran. Jam sudah menunjukkan pukul 4.30 petang.
            “Err... Anis, buka tv3. Kuatkan sikit volume tv,” tiba-tiba Wan bersuara dan Anissina hanya menurut.
            “Tak kuat lah. Ni baru kuat,” kata Wan sambil menguatkan volume sehingga 24.
            “Eh, kuatnya Wan. Slow sikit,” Anissina pula berkata sambil memperlahankan volume tv.
            “Err. Ana, baik kita beritahu mak cik guard yang ada orang kat library. Takut nanti dia kunci pulak pintu pagar,” Anissina menyuarakan perasaan bimbangnya.
            “Kejap lagilah. Malaslah nak turun,” Ana memberi alasan. Anissina memandang ke arah rakan-rakannya yang lain, namun tidak diendahkan.
            “Ana, jomlah... Kita dah kena dah dulu. Pak guard tu kunci pintu pagar. Kita ngan kawan kita terperangkap kat bangunan tue. Nasib baik dia dengar kitorang menjerit,” terang Anissina panjang lebar.
            “Yelah. Jom,” akhirnya Ana bersetuju untuk memenuhi permintaan Anissina. Bukannya apa, bosan mendengar Anissina membebel.
            “Yeah! Ana, bukak pintu,” kata Anissina sambil melompat gembira.
            “Bukak jelah pintu tue. Bukannya ada apa-apa pun,” kata Wan dengan perasaan kehairanan dengan sikap Anissina.
            “Tak nak. Takut,” kata Anissina perlahan. Ruang kecil itu dipenuhi dengan gelak tawa oleh ketiga-tiga rakan yang geli hati dengan gelagat Anissina.
            “Ish. Apa-apa jelah Anis nie,” kata Ana lalu segera membuka pintu. Sebaik sahaja pintu dibuka, kelihatan pemandangan perpustakaan.
            Dari belakang perpustakaan sehingga ke hadapan pintu bilik Puan Zul, suasana kelihatan gelap gelita. Seolah-olah hampir senja. Ana dan Anissina menelan liur mereka. Suasana begitu menyeramkan. Di dalam fikiran mereka, terbayang cerita-cerita menyeramkan yang pernah berlaku di perpustakaan.
            Lalu, mereka berdua memulakan langkah menuju ke pintu utama perpustakaan. Langkah yang pada mulanya perlahan menjadi semakin laju ibarat orang berlari ke garisan penamat. Ana dan Anissina merempuh pintu utama tersebut. Sebaik sahaja kedua-duanya keluar dari perpustakaan, mereka ketawa sebentar.
            “Ana, kenapa kita lari macam tu ya?” soal Anissina sambil berjalan menuju ke pondok pengawal.
            “Entahlah. Anis lari, saya pun larilah,” kata Ana yang termengah-mengah selepas berlari sebentar tadi.
            “Oh. Kita lari sebab rasa seram tengok library dalam keadaan macam tu. Kita terbayang ada benda merangkak dari belakang ke depan. Sebab tu kita lari,” kata Anissina sambil cuba menenangkan dirinya.
            “Ish, Anis tak eloklah cakap macam tu. Kita dah sampai, Anis beritahulah,” kata Ana lalu membiarkan Anissina berjalan mendahuluinya.
            “Mak cik! Saya nak beritahu mak cik, saya dan kawan saya ada buat kerja kat perpustakaan. Mak cik jangan kunci lagi pagar tu ya,” kata Anissina sambil duduk sebentar di atas kerusi di hadapan pondok pengawal.
            “Kalau macam tue, oklah. Mak cik tak kunci. Terima kasih ya kerana maklumkan pada mak cik,” kata Mak cik Yati, pengawal sekolah.
            “Oklah, kami pergi dulu ya,” kata Ana lalu mereka terus beredar dari pondok pengawal.
            “Fuh, lega sikit hati bila dah beritahu mak cik guard,” kata Anissina sambil berlari anak menaiki tangga, mengejar Ana yang sudah jauh di hadapan.
            “Hei! Tunggulah..” jerit Anissina setelah tidak larat berjalan lagi sambil termengah-mengah.
Lalu, dia berehat sebentar di tepi tangga lantas mengejar Ana yang sudah memasuki library.
            “Ahhh.. Lega.... Sejuk sikit. Ok, kita nak buat apa sekarang ni?” soal Anissina sambil memerhati Ana menyiapkan gambar kotak hadiah 3 D.
            “Hei, jangan tengok saja. Anis ambil kertas bentuk love ni dan tampal kat kotak ni. Pandai-pandailah susun biar nampak cantik,” kata Ana sambil menggunting kertas berwarna Oren.
            “Alah, kita tak pandailah nak susun-susun ni. Nanti Nampak buruk. Eh, beg kita dalam bilik bahan mengajar,kan? Jom ambil beg. Nanti nak balik senanglah. Tak payah nak pergi belakang amik beg,” usul Anissina sambil memandang rakan-rakannya satu persatu. Disebalik idea itu, Anissina takut untuk ke bilik BBM untuk mengambil beg. Takut jika berlaku sesuatu yang bisa membuatnya pengsan. Maklumlah, Anissina seorang yang penakut dalam kalangan mereka berempat.
            “Betul jugak,” tiba-tiba Sue bersuara setelah lama mendiamkan diri.
            “Nak ambil sekarang ke? Oklah. Jom,” Wan pula bersuara lalu mereka semua pergi mengambil beg masing-masing di bilik bahan bantu mengajar.
            “Semua dah beres? Tak ada tertinggal barang? Ok, kita tutup lampu bilik ni,” kata Anissina lalu terus memadamkan lampu.
            “Tunggu kita!!!” jerit Anissina lantas segera berlari mengejar rakan-rakannya sambil menggalas begnya yang berat seperti diisi oleh sebuah batu yang besar.
            “Fuh, takutlah...” kata Anissina namun tiada siapa yang mempedulikannya. Dia segera masuk ke dalam bilik Puan Zul.
            “Ok, jom teruskan kerja ni. Kalau boleh nak siapkan hari ni juga,” kata Ana ibarat seorang majikan memberi arahan kepada anak buahnya.
            “Huh, ada bakat nak jadi bos ni,” bisik Wan kepada Sue.
            “Ha’a.. Kesianlah anak buah Ana. Kena dera dengan Ana,” kata Sue lalu mereka berdua mengekek ketawa.
            “Kenapa ni??” soal Anissina yang kehairanan melihat telatah Wan dan Sue.
            “Tak ada apa-apalah. Wan ni buat lawak. Anis sambunglah kerja. Emm... Ana, macam mana kalau kita tak sempat siapkan kad ucapan ni?” soal Sue dengan sisa tawanya.
            “Kalaulah kita tak sempat siapkan hari ni, nanti saya bawak balik kad ni dan cuba siapkan,” kata Ana sambil menampal corak hati pada gambar kotak hadiah.
            “Tak apa ke?? Kitorang boleh tolong,” kata Wan pula.
            “Boleh, tapi bila? Kat mana?” soal Ana.
            “Ana, dah pukul 5.30 lah. Kita nak balik nanti tertinggal van pulak,” sampuk Anissina sambil mengemas barang-barangnya.
            “Emm. Kita balik teruslah. Anis, tolong kemas,” arah Ana dan mereka semua terus mengemas bilik Puan Zul dengan senyap dan cepat.
            “Ok, dah beres. Jom, pakai kasut,” ajak Wan dan mereka semua keluar memakai kasut. Setelah semua usai, Ana memberikan kunci library kepada Anissina sebagai tanda meminta Anissina mengunci pintu library. Anissina hanya mengambil kunci itu tanpa banyak soal.
            “Dah beres. Jom, turun,” kata Anissina lalu berjalan mendahului rakan-rakannya. Hatinya menjadi kecut apabila lalu di hadapan bilik APD. Dia hanya menundukkan kepalanya memandang lantai. Di dalam fikirannya, terbayang satu lembaga berpakaian putih di dalam bilik APD. Lalu, dia segera melajukan langkahnya itu.
            “Eh, tunggu kejap. Kita nak hantar kunci library ni kat pejabat,” tiba-tiba Anissina bersuara memecahkan kesepian di antara mereka.
            “Ok, cepat sikit tau,” kata Wan sambil berjalan ke arah pintu pejabat.
            “Eh, Pn. Jamaliah tak balik lagi ke?” soal Sue sebaik sahaja mereka lalu di hadapan tingkap bilik Pn. Jamaliah.
            “Eh, kenapa Pn. Jamaliah tak balik lagi ya?” kali ini Wan pula bersuara.
            “Yalah, kan ada majlis solat hajat hari ni. Untuk pelajar form 3,” Sue pula bersuara dan yang lain mengangguk faham. Entah kenapa masing-masing lupa akan hal tersebut.
            “Eh, kalau macam tu, tak payahlah beritahu mak cik guard.... Mesti dia tak kunci pintu pagar tu sebab budak-budak tu nak guna surau, kan?” Anissina pula bersuara.
            “Emm, Analah hantar kunci ni,” beritahu Anissina sambil menghulurkan kunci library kepada Ana. Ana hanya mengambil kunci tersebut tanpa banyak songeh.
            “Assalamualaikum.....,” Ana memberi salam. Tidak lama kemudian, muncul kelibat Puan Jamaliah di hadapan pintu pejabat, membuatkan semua orang terkejut.
            “Waalaikumussalam.. Ada apa ni? Kenapa tak balik lagi ni?” soal Puan Jamaliah bertubi-tubi kepada empat sekawan.
            “Kitorang ada kerja kat library. Ni nak pulangkan kunci ni,” kata Ana lalu menghulurkan kunci library kepada Puan Jamaliah.
            “Ok. Maaf, tadi cikgu kunci pintu pejabat. Bahaya jugak duduk kat pejabat ni sorang-sorang,” beritahu Puan Jamaliah sambil ketawa. Setelah meminta diri, empat sekawan itu berlalu pergi dari pejabat.
            “Beraninya Puan Jamaliah duduk sorang-sorang dalam pejabat, kan? Dahlah petang-petang macam nie. Kalau kitatak berani,” kata Wan sambil menuruni tangga.
            “Ha’a. Kita pun tak berani,” kata Sue pula. Dia terbayangkan sesuatu yang muncul di dalam pejabat sekiranya dia yang berada di tempat Puan Jamaliah......
            Ish, minta dijauhkan.... Bisik hati kecil Sue lalu cuba melupakan perkara-perkara mistik.
            “Oklah, kita tunggu kat pondok bas tu ya. Bye,” kata Anissina sambil bersalam dengan Sue, Ana dan Wan. Lalu terus berjalan menuju ke pondok menunggu bas dihadapan sekolah.
            Malam itu, setelah usai mengerjakan solat isyak, Anissina menelefon Ana untuk bertanyakan kejadian yang berlaku pada hari ini.
            “Hello, Ana. Hehehehe.... Takkan tak tau kot. Kita nak Tanya pasal kejadian tadi. Ana ada dengar tak bunyi orang menjerit sebelum Wan kuatkan volume tv?” soal Anissina sambil membelek kukunya.
            “Lah, tadi Sue baru call tanya benda yang sama. Itu saya  tak pasti. Kenapa? Oh ya, Wan pun ada bagitau yang dia dengar bunyi orang menjerit... Ingatkan dia main-main,” kata Ana.
            “Oh, tak adalah. Kita nak mintak kepastian... Takut kita berkhayal. Patutlah Wan kuatkan volume tv dan suruh bukak tv 3,” kata Anissina pula.
            “Sue pula ada beritahu dia rasa macam ada orang perhatikan dia dalam bilik Puan Zul. Tapi dia buat tak tau jelah,” Ana pula rancak bercerita.
            “Then, masa Anis kunci pintu library, saya ada nampak seorang perempuan pakai baju warna putih kat depan bilik computer,” sebaik sahaja Ana berkata demikian, tiba-tiba bulu tengkuk Anissina meremang.
            “Err... Betul ke, Ana? Alamak, dah meremang dah bulu tengkuk. Dahlah kita sorang jer dalam bilik nie,” beritahu Anissina sambil menggosok tangannya.
            “Oh, Anis.... Be careful... Kat belakang tue, entah-entah ada something...” usik Ana dengan suara yang dibuat-buat seram.
            “Ana!!! Janganlah cakap macam tu!! Jahatnya!! Kita nak pergi bukak pintu bilik jap,” kata Anissina lalu terus bangun dan membuka pintu bilik.
            “Apalah Anis ni... Penakut betul... Anis, walau apapun yang berlaku hari ini, anggaplah itu sebagai pengalaman baru dalam hidup.... Errr... Hidup Anis jelah... Ok?? Dah, jangan fikir-fikir lagi pasal benda ni... Saya nak siapkan kad ucapan gergasi ni. Pening kepala nak fikir idea. Ok, see you this Monday!! Bye, Assalamuaikum,” kata Ana lalu terus memutuskan talian.
            “Ok, Waalaikumussalam. Betul tu... Semua ni sebagai pengalaman yang berharga dan mungkin manis untuk di kenang. Eh, Kimia tak study lagi!!! Arghhh!!!! Kena start study sekarang!!!!” kata Anissina separuh menjerit lalu terus mendapatkan buku rujukan Kimia dan mula membaca.
            Itulah kisah yang benar-benar berlaku pada hari Jumaat... Terpulanglah kepada anda samada mahu percaya atau tidak... Itulah kisah hari Jumaat...

No comments:

Post a Comment