Sunday, May 10, 2015

gambar...

Sebenarnya, aku tgh bosan ni + pening nk pikir ayat tuk thesis aku.. adesss... so, just update some story pics.. hehehe



Saturday, May 9, 2015

Tokyo Ghoul

Yeah...

sejak kebelakangn nie, aku da ketagih dengan anime nie...

jalan cerita menarik.. tapi kesian dengn nasib watak utama.. macam2 yg dia lalui.. 

especially part seksaan tue.. huhuhu... 

dan, aku ambil masa 2 hari utk habiskan anime nie.. season 1 ngn 2.. hehehe...

tp, memang aku tak puas ati dgn ending die.. mcm tergantung!!! huhuhu...

Tapi, nasihat aku, utk sesapa yg x leh tgk part2 mcm bunuh2, tak digalakkan sgt tgk anime nie.. (walaupun aku tgk x de rase menakutkn sgt)








oh yeah. some quotes from kaneki-kun!! (sumber dari uncle google)

Thursday, May 7, 2015

Pic Story~~

Main characters:
Ruki (the Gazette), Mao (SID) and Yuya Matsushita




Cerpen 2.. Part 7

Setelah tiba di Pulau Jeju, Jeremy terus diserbu oleh peminatnya sehingga dia tidak boleh berjalan. Farhana yang kehairanan melihat sekumpulan orang berkumpul dan terjerit-jerit segera menghampiri kumpulan tersebut dan melihat apa yang berlaku. Sangkanya ada persembahan namun, tiada apa pun. Dia segera berlalu pergi.
Ketika sedang sibuk memberi autograf, Jeremy ternampak kelibat perempuan Malaysia itu. Dia cuba mengejar perempuan itu namun gagal kerana perempuan itu telah pergi. Jeremy segera menuju ke hotel. Setelah check-in, dia segera menghempaskan badannya di atas tilam yang empuk itu sambil memikirkan kejadian sebentar tadi. Sambil berfikir, dia terlelap kepenatan.
Malam itu, Farhana hanya mampu merenung kosong makanan tradisional Korea yang terhidang di hadapannya. Sejak tiba di Korea Selatan, hatinya sentiasa berasa kosong, seolah-olah ada sebahagian dari dirinya yang hilang. Ketika ini, dia teringat nasihat yang diberikan oleh ibunya agar mencari pasangan hidup. Pasangan hidup? Huh, tak mungkin aku nak cari lagi. Aku dah serik dengan lelaki seperti Khai. Bisik hati Farhana sambil tersenyum sinis.
Hidangan yang terpampang di depan mata amat menarik. Dirinya sudah tidak sabar lagi menikmati hidangan tersebut. Dalam masa beberapa minit saja, Jeremy telah menghabiskan makan malamnya. Mana tidaknya, sejak dia sampai di Pulau Jeju petang tadi, dia tidur sehingga malam. Setelah selesai menjamu selera, dia mengambil keputusan untuk keluar menikmati angin malam Jeju.
How much is this?” soal Farhana sambil matanya melilau sekeliling kedai. Malu sekiranya ada orang lelaki di dalam kedai. Entah kenapa dia tidak terfikir untuk membawa tuala wanita. Sudahnya, dia terpaksa membeli barang itu di sini.
5000 won,” kata jurujual itu, acuh tak acuh saja.
“Oh, ok.” Farhana segera mengambil dompetnya di dalam tas tangan. 100 00 won dihulurkan kepada jurujual itu.
“Er, you.. Small money?” soal jurujual itu dengan bahasa Inggeris yang tunggang-langgang. Farhana tersenyum melihat gelagat jurujual itu. Bukannya dia tidak tahu bahawa kebanyakan rakyat Korea tidak mahir berbahasa Inggeris.
“Sorry, I don’t have small money,” kata Farhana. Aduh, masalah pula. Kenapa kedai runcit tak ada duit kecil? Sekarang macamana? Bisik hati Farhana. Bimbang dengan keadaan itu.
How much is it?” kedengaran suara seorang lelaki bercakap dengan jurujual itu. Farhana segera berpaling, melihat siapa lelaki itu.
Sebaik saja melihat wajah lelaki Korea itu, Farhana kaget. Bukankah lelaki itu lelaki yang pernah membawanya ke bilik hotel milik lelaki itu 5 tahun yang lalu? Apabila teringat peristiwa tersebut, mukanya segera menjadi merah. Malu dan geram dengan lelaki itu. Kenapalah lelaki itu perlu berada di sini dan mengganggu ketenangannya?
5000 won. This lady doesn’t have small money and I don’t have the change,” kata jurujual itu. Farhana hanya memandang jurujual itu dengan wajah keliru kerana tidak faham apa yang mereka bercakap.
It’s ok. I’ll pay for her,” kata Jeremy lalu segera mengeluarkan not 5000 won. Dia segera mengambil barang wanita itu dan menghulurkan kepada Farhana. Sempat lagi dia melihat barang apa yang dibeli oleh Farhana. Dia hanya tersenyum melihat tuala wanita. Farhana segera mengambil barangnya dengan muka yang merah.
“Thank you,” kata Farhana ringkas lalu segera berjalan keluar dari kedai itu. Dia cuba mengelak dari memandang muka lelaki itu.
“Wait! I know you!” jerit Jeremy sambil mengejar Farhana. Langkah Farhana terhenti sebaik saja mendengar jeritan Jeremy.
Alamak, dia panggil akulah. Apa yang aku nak buat sekarang ini? Baik aku lari sebelum dia datang... Bisik hati Farhana. Lalu, dia segera berlari menuju ke hotel. Sebaik saja sampai di lobi hotel, dia berehat sebentar. Penat berlari dalam sejuk malam. Apabila pasti lelaki itu tidak lagi mengejarnya, dia berjalan dengan tenang menuju ke lif. Apabila sedang menunggu lif, dia terasa seseorang sedang memegang lengannya. Terkejut dengan tindakan itu, dia segera menampar orang itu. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat lelaki tadi yang ditamparnya.