Monday, April 30, 2012

Cerpen 1.. Part 7


7

“Kau nak pergi mana ni? Lepaskan aku!” jerit Melina.
            “Kita pergi ke sempadan. Kita kahwin kat sana ya, sayang. Kali ini, tak ada sesiapapun akan menghalang pernikahan kita,” kata Syafiq sambil menyentuh pipi gebu Melina.
            Melina cuba menepis tangan Syafiq namun usahanya gagal. Sebelah tangannya digari oleh Syafiq menyebabkan tindakannya sedikit terbatas.
            “Sayang, tunggu sekejap ya. Abang nak pergi beli makanan untuk mengalas perut,” kata Syafiq lalu segera keluar dari keretanya dan berjalan ke sebuah kedai runcit yang berhampiran.
            Tanpa membuang masa, Melina segera mencari pin untuk membuka gari di tangannya. Ketika sedang asyik menggeledah bahagian depan, Syafiq mengetuk cermin di sebelahnya membuatkan Melina hampir melompat terkejut.
            “Sayang, cari apa tu?” soal Syafiq sambil meletakkan plastic yang berisi makanan di bahagian belakang.
            “I tengah cari air. Tapi I tak jumpa. I hauslah sayang,” kata Melina lembut.
            “Wah, you dah panggil I sayang? Maknanya, you dah boleh terima kenyataan?” soal Syafiq yang gembira dengan perubahan sikap Melina.
            “Ya, apa yang you cakap tadi ada benarnya. I lagi rela kahwin dengan you daripada kahwin dengan orang yang I tak kenal. So, can you please let me go? I wont run away. I promise,” kata Melina sambil membuat muka menggoda. Dia hanya tersenyum di dalam hati. Betapa mudahnya lelaki ini mempercayai aku.
            “Tak boleh. Nanti you lari. I tak nak kehilangan you lagi,” kata Syafiq tegas. Air mukanya berubah sebaik sahaja mendengar permintaan Melina.
            “Kenapa you tak percaya pada I? Demi you, I sanggup buat apa saja. You just say it,” kata Melina sambil memegang lembut tangan Syafiq.
            “Walaupun, I minta benda-benda yang tak sepatutnya?” soal Syafiq sambil tersenyum nakal.
            “Hei, you ni! Sabarlah. Malu I,” kata Melina sambil ketawa. Hatinya berasa geli-geliman melihat muka miang Syafiq.
            “Hahaha... Ok, kita tunggu malam ni ya,” kata Syafiq lalu terus memecut laju. Hatinya sudah tidak sabar untuk tiba ke tempat yang dituju.
            “Sayang, jom kita makan. Mesti sayang dah laparkan?” kata Syafiq lembut, mengejutkan Melina dari tidur.
            “Hurm? Ok,” kata Melina ringkas lalu terus bangun dan berjalan menuruti Syafiq.

            “Eh, mana Melina ni? Dah malam pun tak balik-balik lagi. Orang call pun dia tak angkat. Takkan lama sangat nak ambil barang hantaran,” kata Datin Zaleha yang runsing apabila tidak melihat kelibat anaknya sejak petang tadi.
            “Mungkin dia pergi rumah Lutfi kot. Dah telefon ke Rogayah? Cuba kamu Tanya dia Melina ada tak kat situ?” kata Datuk Hapis tenang.
            “Hurm, baiklah. Saya cuba call dia,” kata Datin Zaleha lantas segera menelefon Rogayah, kenalan lamanya.
            “Bang, Melina tak ada kat rumah rogayah. Macamana ni? Saya bimbanglah,” kata Datin Zaleha sambil berjalan mundar-mandir.
            “Awak ni, cuba duduk diam. Pening saya tengok awak mundar-mandir depan saya,” tegur Datuk Hapis. Dia sudah lali dengan sikap isterinya yang tidak pernah berubah sejak mereka mula berkahwin.
            “Macamana saya nak duduk diam? Anak kita tak tau pergi mana ni,” kata Datin Zaleha lalu segera melabuhkan punggung di sebelah Datuk Hapis.
            “Sabarlah. Mungkin dia pergi ke rumah kawan-kawan dia,” kata Datuk Hapis cuba menenangkan Datin Zaleha sambil memeluk isterinya.
            “Tapi saya bimbang,” hanya itu yang mampu diucapkan oleh Datin Zaleha. Air matanya sudah laju membasahi pipi. Datuk Hapis mengelap lembut air mata di pipi isterinya. Walaupun sudah 28 tahun mereka berkahwin, namun kemesraan antara mereka tidak pernah hilang.

            “Eh, Lutfi. Melina ada call kamu tak?” soal Rogayah kepada Lutfi sebaik sahaja melihat anaknya berjalan ke dapur.
            “Eh, tak. Kenapa umi?” soal Lutfi yang jelas hairan dengan pertanyaan uminya.
            “Tadi Datin Zaleha telefon umi. Dia kata Melina tak balik-balik selepas keluar dari rumah,” kata Rogayah cuba menerangkan apa yang berlaku tadi.
            “Hah? MasyaAllah.. Kenapa boleh jadi macam ni?” soal Lutfi yang turut terkejut dengan berita itu.
            “Kamu rasa Melina melarikan diri kerana tak mahu berkahwin ke?” soal Rogayah cuba memikirkan sebarang kemungkinan yang berlaku.
            “Ish, umi. Tak elok fikir macam itu. Baik kita pergi ke rumah Datin Zaleha,”
            “Baiklah. Tunggu sekejap. Umi nak bersiap,” kata Rogayah lalu segera berlalu ke biliknya.
            Sepanjang dalam perjalanan ke rumah Datin Zaleha, keadaan di dalam kereta sunyi sepi. Masing-masing runsing memikirkan apa yang baru saja berlaku. Hati Lutfi menjadi resah apabila teringat kata-kata uminya tadi. Mungkinkah Melina melarikan diri dengan kekasih lamanya? Mungkinkah Melina tidak dapat menerima dirinya dan enggan meneruskan pernikahan ini?
           
            “Sayang, boleh tak berhenti sekejap. I nak pergi toilet,” kata Melina.
            “You dah tak tahan ke?” soal Syafiq. Dia malas berhenti kerana ini akan melambatkan perjalanannya.
            “Ya. I dah tak tahan sangat ni. You still tak percaya pada I ke? Kita dah nak kahwin tapi you masih curiga dengan I. Sampai hati you,” kata Melina seolah-olah merajuk.
            “Eh, mana ada I curiga dengan you. Ok, kita berhenti kat sini,” kata Syafiq lantas segera memberhentikan keretanya.
            “Eh, you nak pergi toilet juga ke?” soal Melina apabila melihat Syafiq keluar dari keretanya.
            “Ya. I pun dah tak tahan juga ni,” kata Syafiq sambil tersenyum.
            Melina hanya melemparkan senyuman yang hambar. Dia segera berjalan ke tandas. Sebaik sahaja memasuki tandas, dia segera mengunci tandas dan mengeluarkan telefon bimbitnya yang masih berada di dalam kocek seluarnya. Mujurlah Syafiq tidak memeriksa dirinya.

            ‘Lutfi, you must help me. Im in danger now. Saya sekarang ni berada dengan Syafiq. Dia culik saya dan membawa saya ke sempadan untuk bernikah. Please, help me,’

            “Eh, umi. Cuba baca mesej ni,” kata Lutfi sebaik sahaja menerima pesanan ringkas daripada Melina.
            “Ya Allah... Kenapa boleh jadi macam ni? Abang, apa yang kita nak buat ni?” soal Datin Zaleha cemas.
            “Sabar Datin. Macam inilah, saya akan pergi ke Kelantan untuk menghalang Syafiq manakala Datuk pergi buat laporan polis,” kata Lutfi tenang.
            “Baiklah. Kamu pandu kereta elok-elok,” kata Datuk Hapis. Lutfi hanya mengangguk. Selepas dia bersalam dengan Rogayah, Datuk Hapis dan Datin Zaleha, dia segera berangkat.
            “Bersabarlah, Leha,” kata Rogayah sambil cuba menenangkan sahabatnya itu.

Friday, April 27, 2012

Cerpen 1.. Part 6


6

            Suasana di Kota London sangat meriah pada waktu malam. Melina mengambil kesempatan untuk bersiar-siar di kota itu sambil menghirup udara segar. Gembiranya dia dapat berjalan di situ sambil melihat gelagat rakyat London. Walaupun sudah larut malam, namun keadaan di kota London tetap sibuk seolah-olah penduduknya tidak tidur. Tidak seperti di Malaysia, pukul 11 malam, kebanyakan kedai sudah pun tutup dan bilangan kenderaan di jalan dapat dihitung dengan jari. Agaknya, itulah perbezaan Malaysia dan luar Negara. Bisik hati Melina sambil mengagumi seni bina bangunan di sekitar kota itu.
            Tiba-tiba mata Melina menangkap kelibat seseorang yang sangat dikenalinya.
            “Syafiq?” hanya itu yang terkeluar dari mulut Melina. Kelihatan Syafiq sedang berjalan dengan beberapa minah saleh ke arah sebuah kelab malam. Melina hanya mampu beristigfar.
Dia segera berlalu dari situ. Bimbang sekiranya Syafiq perasan akan kehadirannya. Peristiwa dua hari lepas bermain di minda. Huh, minta dijauhkan... Bisik hatinya.
Sementara itu, Syafiq hanya memerhati sahaja rakan-rakannya menari di bawah pengaruh alkohol. Malam itu, dia tiada mood untuk menyertai rakannya. Dia berasa pelik. Rasanya dia ternampak kelibat Melina memandang ke arahnya. Ah.. Mungkin pelanduk dua serupa.. Bisik Syafiq malas memikirkan apa yang berlaku. Dia lantas meneguk alkohol dan kemudian menyertai rakan-rakannya menari.
Melina merebahkan badannya diatas tilam yang empuk itu. Badannya terasa sungguh penat. Sehari suntuk dia keluar bersiar-siar di kota London. Agaknya apakah yang sedang dilakukan oleh Lutfi? Adakah Lutfi tahu dia sedang bercuti di London? Entah kenapa tiba-tiba dia teringat tentang Lutfi. Ah, baik aku tidur sahaja. Entah-entah Lutfi langsung tidak memikirkan diriku.. Bisik hati Melina. Lantas dia cuba melelapkan mata walaupun sukar.
            Hati Lutfi menjadi runsing bila memikirkan Melina berada seorang diri di negeri orang. Hatinya menjadi takut sekiranya Melina diapa-apakan.
            “Eh, Lutfi? Kamu buat apa kat sini?” soal Datin Zaleha. Hairan dengan kehadiran Lutfi.
            “Saya datang nak jumpa dengan Melina. Boleh saya jumpa dia?” soal Lutfi sopan. Lutfi sedar, dengan orang yang lebih tua dia perlu bersopan.
            “Eh? Melina pergi bercuti di London. Dia tak beritahu kamu apa-apa ke?” kata Datin Zaleha dengan nada hairan. Takkan Melina tidak beritahu Lutfi tentang hal itu. Musykil ni. Hati Datin Zaleha berbicara.
            “Hurm. Tak. Tak apalah. Kalau macam itu, saya pulang dulu ya,” kata Lutfi lalu terus pergi dari situ.
            Kejadian petang itu berlegar-legar di minda Lutfi. Dia tidak dapat melelapkan matanya. Kebimbangan makin menjadi-jadi. Lalu, dia cuba sedaya upaya untuk menghilangkan perasaan runsing itu. Lutfi segera mengambil wuduk dan membaca al-Quran. Hatinya menjadi tenang apabila membaca al-Quran. Benarlah kata orang, sekiranya hati kita tidak tenang, bacalah dan hayatilah isi kandungan al-Quran. InsyaAllah, hati kita akan menjadi tenang dengan izin-Nya.
            Melina sudah hilang arah. Kemana lagi tempat yang ingin ditujui? Seolah-olah kota London sudah hilang daya tarikan. Entahlah, sebelum tiba di London, dirinya sudah memikirkan tempat yang akan dilawati. Tetapi entah kenapa setelah kakinya memijak bumi London, dia sudah lupa tempat-tempat yang menarik di London. Hatinya menjadi kosong dan sunyi.
            “Welcome to Kuala Lumpur International Airport,” kedengaran suara seorang wanita sebaik sahaja penumpang kapal terbang memasuki KLIA.
            Melina hanya mampu mengeluh panjang. Percutiannya di London sangat bosan. Rasa seperti tidak berbaloi menghabiskan masanya di sana. Kaki Melina melangkah perlahan berjalan di sekitar kawasan KLIA. Kemudian, dia duduk di salah sebuah bangku sambil termenung jauh.
            “Lina!” kedengaran seseorang memanggil namanya. Melina segera bingkas melihat siapakah yang memanggilnya. Namun, hampa. Hanya kelihatan seorang perempuan warga Amerika berpelukan dengan teman lelakinya. Melina mendengus geram sambil memandang kakinya.
            “Assalamualaikum, Melina,” kali ini kedengaran suara seseorang memberi salam. Melina tidak mengendahkan suara itu. Dia menyangka salam itu ditujukan kepada orang lain yang mempunyai nama yang sama dengannya.
            Lutfi berasa pelik melihat Melina tidak mengendahkannya. Lalu dia segera berjalan dan berdiri di hadapan Melina.
            Melina yang sedang merenung kakinya merasakan ada seseorang berdiri di hadapannya. Lantas dia segera mengangkat muka dan alangkah terkejutnya dia melihat Lutfi sedang berdiri di hadapannya. Melina yang terkejut terus bangun tanpa disuruh.
            “Melina, jom kita balik,” kata Lutfi sambil mengangkat beg Melina. Melina hanya berdiri sahaja.
            “Melina, jom,” kata Lutfi sekali lagi dan Melina terus sedar dari berkhayal dan segera mengikut Lutfi.
            “Mana awak tahu saya balik hari ini?” soal Melina.
            “Ibu awak yang beritahu saya. Awak selamatkan di sana?” soal Lutfi. Matanya fokus ke arah jalan raya.
            Melina hanya mendiamkan diri. Entah kenapa sejak pulang dari London, hatinya menjadi resah gelisah. Suasana di dalam kereta sunyi sepi. Diam-diam, Melina cuba melihat wajah yang dirinduinya. Tetapi matanya bertembung dengan mata Lutfi. Dengan pantas, Melina segera mengalihkan pandangannya. Mukanya terasa merah. Lutfi pula hanya mampu berdehem sambil menahan malu. Kedua-duanya berdiam diri sambil menahan malu.
            Tinggal beberapa hari lagi majlis pernikahan Melina dan Lutfi akan berlangsung. Mereka berdua sibuk menguruskan majlis pernikahan mereka. Manakala Datin Zaleha sibuk menguruskan tempat majlis perkahwinan anaknya. Melina dan Lutfi pula tidak dibenarkan untuk berjumpa. Apabila ditanya, Datin Zaleha hanya tersenyum.
            Entah kenapa hati Melina berasa resah pabila tarikh keramat semakin hampir. Adakah kerana dirinya bakal menjadi isteri orang? Atau ada sesuatu yang akan berlaku pada hari itu?
            “Alah. Tak ada apa-apalah. Biasalah tu bila kamu nak berkahwin, macam-macam perasaan datang. Mak dulu, masa nak kahwin dengan ayah kamu tue, takut macam nak kena hukuman gantung,” kata Datin Zaleha apabila Melina meluahkan perasaannya. Melina hanya mampu mendiamkan diri. Malas dia mendengar cerita zaman muda ibunya itu.
            Tinggal sehari sebelum majlis perkahwinan berlangsung, majlis berinai dijalankan. Semua yang hadir sibuk menyediakan inai daun. Melina hanya mampu melihat sahaja apa yang berlaku kerana dia tidak dibenarkan membuat sebarang kerja.
            “Mak cik, saya nak tumbuk inai pula. Mak cik pergilah rehat sekejap,” kata Melina apabila tiada orang di sekeliling. Mak cik itu segera bangun.
            “Baiklah. Kamu tumbuk sampai daun itu lumat,” pesan mak cik itu lalu terus berjalan ke dapur, menyertai mak cik- mak cik yang lain. Hati Melina sangat gembira kerana dia dapat menghilangkan bosan dengan mencuba benda baru. Sebelum ini, dia tidak pernah melihat proses membuat inai daun. Dia selalunya menggunakan inai moden.
            Ketika dia sedang asyik menumbuk inai, Datin Zaleha datang dan menyergahnya dari belakang. Hati Melina berasa kecut dan badannya sejuk seolah-olah ternampak hantu.
            “Mak! Kenapa buat macam tu? Buat Mel terkejut jer,” kata Melina. Kerjanya terhenti sebentar.
            “Mak kata apa? Mel tak boleh buat kerja ni. Nanti Mel penat. Bila Mel penat, muka Mel tak lawa. Tau tak? Dah, kamu pergi kedai sekejap ambil barang hantaran kamu,” kata Datin Zaleha lantas mengambilalih kerja Melina.
            “Tapi, mak tak bagi Mel keluar,” kata Melina lurus.
            “Mak tak bagi kamu keluar merayap. Dah, pergi cepat,” kata Datin Zaleha sambil asyik menumbuk inai. Melina hanya mencebih dan segera mengambil kunci keretanya dan memandu pergi ke kedai yang dimaksudkan.
            Melina memandu sambil melayan lagu kegemarannya untuk menghilangkan bosan. Tanpa disedari, dia telah diekori oleh seseorang. Sebaik sahaja tiba di kedai barang pengantin, Melina segera keluar dan berjalan memasuki kedai itu untuk mengambil barang hantarannya. Setelah segala urusannya selesai, Melina segera berjalan ke keretanya untuk menyimpan barang-barangnya. Sebaik sahaja Melina membuka pintu bahagian pemandu, tiba-tiba bahunya ditepuk oleh seseorang. Melina segera menoleh.
            “Kau?” hanya itu yang terkeluar dari mulut Melina sebaik sahaja melihat wajah yang amat dikenalinya itu.
            “Mel, tolonglah jangan teruskan majlis. Aku tau kau takkan bahagia dengan laki tu. Mel, jom ikut aku. Aku tahu kau sebenarnya kena paksa dengan ibu bapa kau kan?” rayu Syafiq sambil memegang kemas tangan Melina agar Melina tidak melepaskan dirinya.
            “Eh, apa ni? Lepaskan tangan aku! Dah berapa kali aku cakap kat kau, perkahwinan bukannya paksaan tapi atas kerelaan aku! Maaf, aku ada banyak kerja yang perlu disiapkan,” kata Melina tegas sambil melepaskan pegangan Syafiq.
            Namun, kali ini Syafiq bertindak dengan pantas. Dia segera menarik Melina mengikutnya ke keretanya yang terletak berhampiran dengan kereta Melina. Melina cuba melepaskan diri namun tindakannya tidak berhasil kerana pegangan Syafiq semakin kuat. Melina cuba menjerit namun hampa kerana tiada sesiapa yang mendengar jeritannya. Syafiq hanya tersenyum. Kali ini rancangannya Berjaya.
            

Tuesday, April 24, 2012

Cerpen 1... Part 5


5

“Melina, tunggu apa lagi kat situ? Tak nak masuk dalam rumah ke? Atau tunggu seseorang?” tegur Datin Zaleha setelah melihat anaknya mengelamun di depan rumah seolah-olah orang hilang akal.
            “Hah? Apalah mak ni. Merepek je. Dah la, Lina nak masuk. Sejuk pula kat luar nie,” kata Melina, cuba meng’cover’ malunya. Alamak, macam mana boleh kantoi pulak nie? Bisik hati Melina.
            Datin Zaleha hanya tersenyum melihat kelakuan anaknya itu. Nampaknya mereka berdua sudah ada kemajuan. Bisik hati Datin Zaleha gembira.
            “Apa yang awak tersengih sorang-sorang kat depan pintu tu? Ada lelaki handsome ke kat luar sana tue?” soal Datuk Hafis apabila melihat isterinya itu tersenyum sendirian di depan pintu.
            “Ish, abang nie. Mana ada. Saya nak buat exercise muka pun tak boleh ke?” soal Datin Zaleha sambil menjeling manja ke arah suami tercinta. Sungguh, perasaan kasih dan sayang terhadap suaminya tidak pernah pudar walaupun dahulu dia langsung tidak menaruh sebarang perasaan terhadap suaminya itu. Siapa sangka, lelaki yang dia tidak cintai dahulu lah yang telah membuat hidupnya bahagia dan ceria sepanjang masa mereka berkahwin.
            Sudah seminggu mereka pulang dari Kelantan, namun Lutfi tidak pernah menelefon mahupun menghantar mesej kepadanya. Hatinya gundah-gulana. Adakah terjadi sesuatu yang buruk terhadap Lutfi? Ah.. Tidak mungkin.. Be positive, Melina.. Hatinya berbicara.
            “Mak, nak Tanya sesuatu boleh?” soal Melina perlahan.
            “Apa dia? Sejak bila kamu ni pandai malu nak bertanya? Tanya jelah. Mak akan cuba jawab,” kata Datin Zaleha. Dia berasa pelik dengan sikap anaknya itu.
            “Erm.. Mak.... Mak.... Erm.... Mak....”
            “Mak apa?”
            “Mak ada tahu apa-apa berita tentang Lutfi tak?” pantas mulut Melina berbicara setelah disergah oleh ibunya. Malunya bukan kepalang. Pasti mak akan mengusiknya. Hati Melina mengeluh.
            “Oh... Itu ke yang anak mak nak Tanya? Entahlah, mana mak tahu. Mak bukan spy dia pun. Dia tak ada call atau mesej kamu?” soal Datin Zaleha sambil tersenyum gembira.
            “Hurm.. Dah seminggu dia tak hubungi Lina... Kalau tak, takkan Lina nak Tanya mak tentang dia,” kata Melina perlahan sambil bermain dengan rambutnya  yang ikal itu.
            “Mak! Janganlah senyum macam itu! Mak buat Lina malu,” kata Melina sambil menahan perasaan malu.
            “Hahaha... Anak mak dah pandai malu. Nantilah, mak merisik dia.. hahaha,” kata Datin Zaleha sambil ketawa. Sungguh, hatinya sangat gembira apabila melihat anaknya itu mula menaruh perasaan terhadap menantu pilihannya itu.
            “Salam, Melina. Kenapa awak nak jumpa dengan saya?” soal Lutfi setelah melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
            “Wassalam. Hah? Bukan ke awak yang nak jumpa dengan saya?” soal Melina. Serta merta ingatannya teringat akan peristiwa petang tadi.
            “Lina! Tadi Lutfi telefon. Katanya petang ini dia nak jumpa. Katanya ada hal yang dia nak bincang dengan Lina,” kata Datin Zaleha kepada anaknya.
            “Ya ke mak? Pukul berapa? Kat mana? Kenapa dia tak call Lina terus?” suara Melina menjadi sayu apabila soalan terakhir keluar dari mulutnya. Kenapa Lutfi tidak menghubunginya? Adakah sudah ada perempuan lain di hati Lutfi? Hati Melina bermonolog.
            “Oh. Dia pesan nak jumpa Lina pukul 5 petang di restoran mamak yang kamu selalu makan,” kata Datin Zaleha lagi.
            “Oh.. OK. Terima kasih ya mak,” kata Melina gembira. Kini hatinya berbunga riang kerana dapat bertemu dengan kekasih hatinya. Perasaan sedih tadi diabaikan sahaja.
            “Cis. Pandai betul mak buat helah. Sampai hati mak buat Lina macam ni!” kata Melina separuh menjerit.
            “Eh, kenapa ni cik Melina? Awak tak apa-apa ke?” soal Lutfi, bimbang dengan sikap tunangnya itu.
            “Eh, tak ada apa-apa. Saya ok jer. Hahaha,” kata Melina, cuba mengelak dari Lutfi.
            “Erm.... Kalau awak tak ada apa-apa, saya balik dulu,” kata Lutfi lalu terus bangun pulang.
            “Lutfi! Tunggu!” jerit Melina. Kali ini, hatinya sangat perit. Perit dengan tindakan Lutfi yang langsung tidak mengambil peduli akan halnya itu.
            “Ada apa?” soal Lutfi selamba.
            “Kenapa awak langsung tak hubungi saya?” soal Melina. Akhirnya dia Berjaya meluahkan perasaannya itu.
            “Oh. Tentang itu. Sebenarnya, saya nak belajar merindui seseorang yang saya sayangi dan merasai pengalaman cinta seperti yang rakan-rakan saya lalui semasa mereka jatuh cinta. Baiklah, saya pergi dulu,” kata Lutfi sambil menahan malu.
            Melina hanya terdiam dengan penjelasan Lutfi. Sungguh, dia tidak menyangka Lutfi akan berkata begitu. Jadi, selama ini, apa yang dia fikirkan adalah salah. Dia tersenyum malu.
            “Hey, kenapa tersenyum sorang-sorang nie? Oh, don’t say you’re happy to see me,” kata Syafiq sambil melabuhkan punggungnya di hadapan Melina.
            Hati Melina yang berbunga riang pabila mendengar penjelasan Lutfi sebentar tadi terus menjadi geram bila mendengar suara orang yang ingin dilupakan.
            “Apa you buat kat sini? I nak balik. See you later,” kata Melina lantas bingkas bangun. Hope aku tak jumpa kau lagi lepas ni bisik hati Melina sambil menahan kemarahan.
            “Dear, where are you going? You dah tak nak jumpa I lagi ke? You tak kesian kat I ke? Siang malam I teringat kat you. Hati I jadi runsing bila memikirkan yang you akan kahwin dengan orang yang you tak cintai,” bisik Syafiq lembut di telinga Melina sambil memegang tangan Melina, menghalangnya daripada pergi jauh dari dirinya.
            “Huh. Apa you kisah kalau I kahwin dengan siapa pun. You kan dah ada girlfriend baru kan? So, just go to her and leave me alone. For your information, I sekarang ni lagi bahagia berada di sisi bakal suami I berbanding you. So, you tak perlu bimbangkan I. And please lepaskan tangan I. I got to go now,” kata Melina tenang dengan harapan Syafiq akan memahami apa yang dikatakannya. Malangnya, Syafiq masih enggan melepaskan tangannya. Malah, genggaman Syafiq semakin kuat seolah tidak ingin melepaskan dirinya pergi.
            “Hei! Lepaskan tangan I! Sakitlah! Please remember, kita ni bukan mahram. Berdosa tau!” nada suara Melina semakin kuat. Rimas dengan Syafiq. Rimas dengan sikap kebudak-budakkan Syafiq. Macam mana lagi harus aku katakan agar Syafiq faham yang aku sudah bahagia bersama Lutfi... Bisik hati Melina.
            “Tak, I takkan lepaskan you pergi ke jantan keparat tue. Melina, you mesti ikut I. I boleh bahagiakan diri you. You tak perlu habiskan seumur hidup you dengan jantan tue. Kita boleh habiskan masa bersama seumur hidup,” kata Syafiq sambil menguatkan lagi genggamannya.
            “Hei! Apa yang you merepek ni? I tak nak ikut you! Lepaskan I!” jerit Melina sambil meronta-ronta cuba melepaskan dirinya. Kali ini hatinya takut. Takut sekiranya Syafiq sanggup melakukan perkara yang tidak elok terhadap dirinya.
            “No! I takkan lepaskan you!” kali ini nada suara Syafiq berubah. Dia menjadi geram dengan Melina. Tidak nampakkah betapa ikhlasnya aku terhadap kau? Bisik hati Syafiq sambil berjalan keluar dari restoran mamak.
            “Syafiq! Please wake up! Kita dah tak macam dulu. Kita dah berpisah! Please, lepaskan I! I tak nak ikut you! Tolong!” jerit Melina dengan harapan ada orang yang akan membantunya.
            “Cepat masuk dalam kereta,” arah Syafiq. Kali ini dia sudah nekad. Walau apapun yang terjadi, Melina hanya milik dia seorang. Tiada siapa yang boleh merampas Melina dari dirinya.
            “Tak nak! I nak balik!” jerit Melina, enggan menuruti kata-kata Syafiq.
            Lutfi yang hanya memerhati drama yang berlaku di depan matanya tanpa membuang masa terus berjalan menghampiri 2 orang yang bergaduh sejak tadi.
            “Maaf saudara. Saudara tak patut buat cik Melina macam ni. Baik saudara lepaskan dia,” kata Lutfi lembut.
            “Lutfi, tolong saya,” Kata Melina sambil cuba menahan air jernih dari turun membasahi pipinya.
            “Oh, jadi kaulah yang cuba rampas Melina dari aku? Kau dengar sini baik-baik, Melina ni hak aku! Hanya aku yang akan jadi suami dia, tau tak?! Jadi, aku nasihatkan kau, jangan masuk campur dalam hal kitorang. Jadi, kau dipersilakan berambus!” jerkah Syafiq. Hatinya kini dirasuki amarah. Marah dengan Lutfi yang ingin berlagak hero.
            “Saya tak akan pergi selagi saudara tak lepaskan Melina,” kata Lutfi dengan tenang walaupun hatinya sedang bergelora dengan amarah. Dia cuba menahan perasaan marah agar tidak berlaku sebarang pergaduhan.
            “Huh. Sape kau? Polis ke? Kau ingat aku nak dengar cakap kau ke? Sebelum aku naik angin kat sini, baik kau blah. Aku tak ingin tengok muka kau tu. Jom sayang,” kata Syafiq sambil menarik Melina mengikutnya.
            “I kata tak nak, tak nak lah!” jerit Melina. Kali ini air mata jernih mengalir deras di pipinya yang gebu itu.
            Secara spontan tangan Lutfi mengacukan sebuah tumbukan tepat di muka Syafiq menyebabkan Syafiq terjatuh. Melina segera berlindung di belakang Lutfi.
            “Saya dah cakap tadi. Lepaskan Melina. Tapi awak tak dengar. Jom, Melina. Kita balik,” kata Lutfi masih tenang. Lantas dia segera berjalan menuju ke keretanya. Melina pula bersikap seperti kanak-kanak yang hanya mengikut Lutfi.
            “Huh. Wei! Kau ingat kau boleh blah macam tu je ke? Kalau kau fikir macam tu, kau silap! Satu hari nanti aku akan datang amik harta aku! Dengar tu? Melina tu hanya hak aku!” jerit Syafiq. Hatinya membengkak dengan perasaan dendam.
            Lutfi dan Melina terus berjalan tanpa menghiraukan kata-kata Syafiq. Kelakuan Mereka membuatkan hati Syafiq semakin sakit. Lantas dia segera memandu keretanya pergi.
            “Awak tak apa-apa ke?” soal Lutfi lembut.
            “Tak. Saya ok. Thanks,” kata Melina lesu. Sungguh, dia tidak berdaya menghadapi seluruh hari ini selepas kejadian itu.
            “Kalau macam tu, saya hantar awak pulang ya,” kata Lutfi lagi. Kali ini, dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Dia tidak pernah menghadapi situasi seperti ini. Dilihatnya air mata bercucuran di pipi Melina. Ingin sekali mengelap air mata itu agar tidak lagi membanjiri pipi yang gebu itu. Tetapi, apakan daya. Dia dan Melina bukan muhrim.
            “Ambillah ni,” kata Lutfi sambil menghulurkan sapu tangan. Melina hanya melihat sahaja.
            “Lap air mata awak dengan sapu tangan ni,”
            “Thanks,” hanya itu yang keluar dari mulut Melina. Buat masa ini, dia ingin bersendirian. Tidak mahu diganggu oleh siapapun. Suasana di dalam kereta sunyi sepi. Hanya alunan muzik dari radio yang bermain-main di dalam kereta. Kedua-duanya melayani perasaan masing-masing.
            “Terima kasih ya. Jemputlah masuk,” kata Melina, cuba memberikan senyuman.
            “Hurm, tak apalah. Saya balik dulu,”
            “Awak, jangan beritahu siapapun tentang kejadian tadi. Please,”
            “Baiklah. Saya takkan,” kata Lutfi dan terus memandu pulang.
            Malam itu Melina tidak dapat melelapkan mata. Peristiwa siang tadi masih bermain di fikirannya. Dia menjadi takut pula dengan tingkah laku Syafiq yang agresif itu. Dilihatnya sekeliling biliknya yang besar itu. Sapu tangan kecil menjadi tumpuan matanya. Lutfi.. Ya, lelaki yang Berjaya menambat hatinya selepas dikecewakan Syafiq. Entah kenapa begitu mudah Lutfi menambat hatinya. Lantas Melina segera mengambil sapu tangan itu dan memeluknya. Hatinya berasa senang sekali. Seolah-olah Lutfi berada di sebelahnya. Dalam beberapa detik, Melina terlena dengan sapu tangan kecil di dalam pelukkannya.
            “Mak, hari ni Mel tak nak pergi kerjalah,” akhirnya terluah juga apa yang ingin disampaikan Melina kepada Datin Zaleha. Semalaman dia asyik berfikir tentang keputusan itu. Inilah kali pertama sejak dua tahun Melina bekerja di syarikat abahnya, membuat keputusan untuk mengambil cuti. Selama ini dia lebih suka meluangkan masanya bekerja berbanding bercuti kerana dia tidak berasa jemu. Setiap hari pasti ada kerja yang perlu disiapkan. Walaupun sudah berkali-kali Datuk Hafis menyuruh Melina mengambil cuti, tetapi dia enggan.
            “Eh, kenapa? Selama ni bukan main payah kamu nak cuti,” kata Datin Zaleha, pelik dengan sikap anak daranya itu.
            “Entahlah. Mel rasa macam tak ada mood nak pergi kerja. Jadi, Mel ingat Mel nak pergi melancong,” helah Melina. Bukan niat dihatinya untuk pergi melancong. Tetapi dia ingin melarikan diri daripada seseorang yang menghantui dirinya.
            “Eh? Kamu nak pergi melancong? Biar betul. Kamu ni sihat ke tak ni? Baik kamu pergi jumpa doctor,” kata Datin Zaleha. Tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan anaknya.
            “Mak ni... Mel serius ni. Akhir-akhir ni Mel rasa cepat sangat penat dan lesu. Sebab tu Mel buat keputusan nak pergi bercuti,” kata Melina bersungguh-sungguh dengan harapan ibunya percaya kata-katanya.
            “Baiklah. Tapi kamu cakap sendiri kat abah kamu tu. Bila kamu nak pergi bercuti?” soal Datin Zaleha lagi.
            “Esok. Mel nak pergi ke London,” kata Melina ringkas.
            “London? Jauhnya. Baiklah, masa bercuti nanti hati-hati sikit. Jangan mudah percaya pada orang asing dan bila berada di tempat orang, jagalah kelakuan diri tu,” pesan Datin Zaleha.
            “Baik mak. Mel sayang mak,” kata Melina lantas segera memeluk maknya.

Saturday, April 14, 2012

Cerpen 1... Part 4


4

“Elleh.. Orang taulah.. Dia ingat aku ni budak kecil lagi ke? Ish... Perempuan tu bukannya lawa sangat pun. Takkanlah orang macam tu dia kata comel. Pelik betullah,” Melina berkata-kata sendirian sehingga tidak sedar dia telah sampai di hadapan kereta Lutfi.
            “Eh? Dah sampai? Cepatnya,” kata Melina sambil menghidupkan enjin lalu terus masuk ke dalam perut kereta Honda Civic itu.
            “Lamanya berbual. Saja jer nak buat orang cemburu,” Melina merungut sendirian. Entah mengapa hatinya sakit pabila melihat kemesraan Lutfi dan Ayuni. Ketika tengah mengelamun, Lutfi datang dan mengetuk tingkap. Melina tidak mengendahkan kehadiran Lutfi.
            “Merajuk ke? Orang tua kata, kalau awak merajuk maknanya awak cemburu. Awak cemburu ye saya bercakap dengan Ayu?” Lutfi sengaja memprovokasi Melina.
            “Eh, mana ada. Buang masa saya jer nak cemburu. Awak nak berbual dengan perempuan mana pun saya tak kisah,” kata Melina tanpa memandang wajah Lutfi.
            ‘Betul ke aku tak kisah? Kalau tak, kenapa aku rasa marah bila dia berbual dengan Ayu tadi?’ hati Melina berbicara.
            “Betul ke ni? Oklah, kita bertolak sekarang ya. Pakai tali pinggang keselamatan,” pesan Lutfi lalu mereka terus memulakan perjalanan mereka ke Kampung Tal Tujoh, Pasir Mas.
            “Lutfi, berhenti sekejap,” tiba-tiba Melina bersuara.
            “Kenapa? Mana boleh berhenti kat sini. Bahaya,” kata Lutfi sambil memandang ke arah Melina. Bimbang sekiranya terjadi sesuatu terhadap gadis itu.
            “Cepatlah, saya tak tahan ni. Nanti kotor kereta awak,” kata Melina sambil menutup mulutnya.
            “Baiklah, puan besar,” gurau Lutfi. Melina sempat menjeling ka arahnya. Lutfi hanya tersenyum. Melina segera keluar dari kereta dan segala isi perutnya keluar.
            “Oh, awak nak muntah ya. Cakap jelah. Tak payah nak malu-malu. Jalan kat sini memang memeningkan kepala,” kata Lutfi samnil menghulurkan tuala kepada Melina. Melina hanya senyap.
            “Awak tidurlah. Nanti dah sampai, saya kejutkan,” kata Lutfi lembut lalu terus menyambung semula perjalanan mereka yang tergendala sebentar. Beberapa jam kemudian, mereka tiba di destinasi yang di tuju.
            “Melina, bangun. Kita dah sampai kat rumah nenek saya,” lembut suara Lutfi menampar gegendang telinga Melina. Betapa lembutnya suara itu sehingga dia tidak puas mendengar. Kalau boleh, dia mahu mendengar suara lembut itu sahaja.
            “Eh, datin ni. Datin, bangun. Kita dah sampai. Ok, kalau datin tak nak bangun, datin tidurlah dalam kereta ya,” gertak Lutfi sambil turun dari kereta. Melina yang mendengar bunyi pintu kereta dibuka bingkas bangun. Dia hanya melihat wajah Lutfi yang sedang menahan ketawa.
            “Kenapa ketawa?” soal Melina sambil melemparkan jelingan maut kepada Lutfi. Lutfi yang tidak dapat menahan, terus ketawa.
            “Ketawalah... Kita tidur dalam kereta ni jer... Awak masuklah dalam rumah tu, nanti nenek awak bising pulak,” kata Melina yang berkecil hati dengan perilaku Lutfi.
            “Oklah sayang. Jom kita jumpa nenek. Nenek tak sabar nak jumpa dengan Melina,” kata Lutfi sambil mengeluarkan beg mereka dari bonet kereta.
            Sayang? Betul ke dia panggil aku sayang? Pertama kali dia panggil aku sayang. Ish... Mungkin dia sengaja bergurau. Bisik hati kecil Melina. Lantas Melina segera turun dari kereta dan berjumpa dengan nenek Lutfi.
            “Oh, ni ke bakal isteri kamu, Lutfi? Emm... Comel sungguh. Pandai mak ngan ayoh mu pilih bakal menantu,” kata Nek Putih sebaik sahaja melihat wajah Melina.
            Melina pula hanya tersipu malu apabila dipuji sedemikian oleh Nek Putih. Lantas dia segera bersalam dengan Nek Putih.
            “Tapi, ado so jah hok nenek tok berkene. Pakaian dio. Tok molek kalu pakai baju macam ni. Lain kali pakai baju yang longgar sikit,” tegur Nek Putih sambil mengamati diri bakal isteri cucu kesayangannya.
            “Itulah nek. Lut dah tegur dia banyak kali tapi dia tak nak dengar,” kata Lutfi sambil memandang sekilas ke arah Melina yang sudah merah mukanya kerana ditegur oleh Nek Putih.
            Eleh, bila masa pulak dia tegur aku? Saja jer nak perli orang... Hati Melina berbicara. Dia memandang Lutfi dengan pandangan maut.
            “Eh, jomlah masuk,” Nek Putih mengajak Melina masuk setelah tersedar dengan kealpaannya yang membiarkan tetamunya berdiri di luar rumah. Lalu mereka segera menuruti Nek Putih yang telah masuk ke dalam rumah.
            “Hah, makelah. Tok sedap ko? Cubalah raso dulu, baru tahu,” kata Nek Putih sambil menghulurkan budu kepada Melina. Dengan berat hati, Melina terpaksa beralah. Budu kini sudah bertukar tangan.
            “Rasalah dulu. Sedap tau. Kalau awak nak tahu, kat luar Negara pun ada orang makan budu,” kata Lutfi apabila melihat Melina hanya merenung budu tersebut.
            “Iyalah, saya nak rasalah ni. Tak boleh sabar ke?” kata Melina yang cuba menahan amarah. Nek Putih hanya menjelingnya sahaja.
            “Aku tok sukolah mu nikoh dengan dio tu. Perangainyo tok manis langsung. Aku tok berkene,” akhirnya Nek Putih meluahkan perasaannya kepada cucu kesayangannya itu.
            “Bakpo pulok nek. Nanti suatu hari nanti dia berubah la nek. Loni pon dia dah ado perubahan sikit. Kalu dulu lagi teruk. Insyaallah, nek akan suko dengan Melina,” pujuk Lutfi dengan loghat Kelantan yang pekat.
            “Huh, bilo dia nok berubah? Lainlah macam Ayu tu. Nama pon dah ayu. Orangnyo lagilah ayu. Memang sesuai dengan kamu. Bukan macam si Melina tu,” kata Nek Putih sambil mengemas meja makan.
            “Alah, percayalah nek. Satu hari nanti dia pasti berubah. Kalau tak, Lut ikut cakap nenek,” janji Lutfi.
            “Betul ke ni? Ok. Kalau dia tak berubah sebelum kamu kahwin, nenek tak teragak-agak suruh kamu batalkan perkahwinan ini,”
            “Baiklah nek,”
            Tanpa disedari, perbualan mereka didengari oleh Melina. Hati Melina berdegup kencang apabila mendengar perjanjian antara Lutfi dan Nek Putih. Tiba-tiba hatinya menjadi sebak. Bagaimana sekiranya dia tidak berubah dan Lutfi terpaksa membatalkan pernikahan mereka dan berkahwin dengan orang lain.
            Ah, aku tak boleh bayangkan sekiranya orang lain yang berada di samping Lutfi semasa bersanding dan mereka kelihatan gembira. Bisik hati Melina.
            “Eh, Melina apa yang awak tercegat kat sini? Jomlah pergi dapur,” kata Lutfi yang terkejut melihat Melina termenung.
            “Eh, kenapa awak menangis ni? Apa yang tak kena ni?”
            “Ha? Tak ada apa-apalah. Saya masuk bilik dululah ya,” kata Melina sambil berjalan menuju ke biliknya, meninggalkan Lutfi yang terpinga-pinga.
            Setelah seminggu berlalu, tiba masanya Melina dan Lutfi bertolak ke Kuala Lumpur.
            “Nek, kami pergi dulu ya,” kata Lutfi lalu terus mencium tangan nenek kesayangannya itu. Langkah Lutfi diikuti oleh Melina.
            “Eh, kita nak pergi mana ni? Bukan ke jalan nak pergi K.L kat sana ke?” soal Melina apabila Lutfi memandu ke arah bertentangan.
            “Alah, relakslah. Kita pergi shopping sekejap,” kata Lutfi sambil cuba menumpukan perhatian terhadap pemanduannya.
            “Oh. Kat sini pun ader tempat shopping jugak ke?” soal Melina.
            “Hei, mestilah ada. Kenapa? Awak ingat K.L jer ada tempat shopping? Oklah, jangan buat muka pulak. Jom,” kata Lutfi sambil berjalan mendahului Melina.
            “Eleh, biarlah orang nak buat muka. Hei! Tunggu!” jerit Melina sambil berlari anak mengejar Lutfi. Lutfi hanya tersenyum sambil berjalan, menanti Melina berada di sisinya.
            ‘Alangkah bahagianya perasaan ini. Adakah ini yang sering orang katakan? Cinta? Kalau aku tahu cinta itu sebahagia begini, sudah lama aku bersetuju dengan cadangan umi untuk bertunang dengan Melina,’ bisik hati Lutfi dan Lutfi hanya tersenyum sendirian.
            “Hei, kenapa senyum sorang-sorang ni?” soal Melina yang hairan melihat Lutfi tersenyum sendirian.
            “Tak ada apa-apalah. Jomlah, kita pergi shopping,” kata Lutfi sambil meneruskan langkahnya dan diikuti oleh Melina.
            “Eh, awak tidur sini jelah. Lagipun dah lewat malam nie. Esok awak nak kerja pula,” kata Melina sambil mengambil beg pakaian yang dihulurkan oleh Lutfi.
            “Tak apalah. Tak manis la kalau orang bukan muhrim tidur serumah. Lagipun, nanti apa kata jiran-jiran,” kata Lutfi dengan lembut sambil menutup bonet keretanya.
            “Erm... Kalau macam tu, saya masuk dulu ya. Bawa kereta elok-elok tau,” pesan Melina sebelum masuk ke dalam kawasan rumahnya.
            “Oh, saya lupa sesuatu,” kata Melina.
            “Awak ada tertinggal barang lagi ke?” soal Lutfi sambil meninjau bahagian dalam keretanya, sekiranya ada barang Melina yang tertinggal.
            “Tak lah. Saya Cuma nak cakap...... Assalamualaikum.. Ok, bye,” kata Melina lalu terus masuk ke dalam rumah.
            Lutfi hanya tersenyum dengan telatah Melina. Salam hanya dijawab dalam hati. Dia hanya memandang Melina menghilang di sebalik pintu rumahnya dengan perasaan gembira. Terima kasih umi kerana memilih calon yang Berjaya membuka hatiku terhadap perempuan, bisik hati Lufti.
            Lalu dia memandu kereta dan Melina hanya memerhati kelibat kereta Honda Civic menghilang di dalam kegelapan malam. Mulutnya mengukir senyuman. Mindanya menerawang entah ke mana, mungkin sudah sampai ke Planet Pluto agaknya. Gelagat Melina hanya diperhati sahaja oleh Datin Zaleha.

Iras Eunhyuk ke?

Assalam....

Hohoho... Tadi tengok video mat luthfi tajuk rant on popularity... Hurm, smpai part die ckp bebudak tadika panggil die eunhyuk oppa tue, aku dah tergelak dah.. well, bg aku la, muke die ader la iras2 skit ngn eunhyuk... Bukannye sebijik... SO, nie gmbr Eunhyuk SUJU:


and nie die gmbr matluthfi:


Pastue nie lak gmbr die ngn eunhyuk......

HUrm, so pe pendapat korang? Bg aku la, die nie ader la iras skit... Sorry matluthfi, nie cume pendapat aku jer...