Wednesday, April 11, 2012

Cerpen 1... Part 1

Petang itu, angin sepoi-sepoi bahasa. Suasana begitu tenang. Seorang gadis berpakaian moden dan agak terdedah badannya termenung di hadapan tingkap rumah neneknya. Keadaan di kampung sungguh mendamaikan sekali. Bisik hati Melina. Sudah lama dia tidak berkunjung ke kampung halamannya itu sejak neneknya meninggal.
“Lina. Lamanya termenung. Teringat kat siapa? Cik abang sayang ke?” kata Anissina memecahkan lamunan Melina. Anissina Cuma tersenyum melihat Melina yang sedang terpinga-pinga.
“Anis, kau janganlah buat macam tu. Terkejut aku, tau tak?”kata Melina sambil tersenyum. Dia memang masak dengan perangai Anissina yang suka menyakat orang.
“Kau ni. Aku gurau jelah.. aku nak tanye sesuatu ni,” kata Anissina, gadis bertudung biru lembut itu kepada Melina sambil mengerutkan muka. Cuba berlagak serius.
“Apa? Tanyalah,” kata Melina sambil melihat sawah padi yang luas terbentang di depan mata. Rindunya dia terhadap tempat ini. Tempat yang banyak menyimpan memorinya semasa kecil dahulu.
“Aku harap kau tak marah dengan soalan aku ni,” kata Anissina lagi sedikit tersekat sambil melihat reaksi Melina.
“Tak, aku tak marah. Tanyalah cepat sebelum aku marah pulak,” gurau Melina sambil tersenyum ke arah Anissina.
“Ok. Sejak aku kenal kau dari kita mula belajar kat USM sampailah sekarang, kau tak pernah terfikir ke nak insaf? Maksud aku, kau pakailah baju yang elok-elok sikit. Kau ni bukan muda lagi. Dah 26 tahun. Tak lama lagi kau nak kahwin. Lepas kau kahwin, nak pakai baju apa pun lantak kaulah. Tapi depan suami kaulah. Aku dah lama nak tegur kau. Tapi takut kau marah pulak,” kata Anissina panjang lebar. Dia berasa lega kerana dapat meluahkan perasaan tidak puas hatinya terhadap penampilan kawan karibnya itu.
“Oh. Aku ingatkan apalah tadi. Aku pun tak tahulah bila aku nak berubah. Aku dah biasa dan selesa pakai pakaian macam ni. Aku bersyukur kerana dikurniakan seorang sahabat yang mengambil berat tentang aku macam kau. Thanks ingatkan aku. Aku sayang kat kau, Anis. Kau seorang sahabat yang mengambil berat mengenai diri aku. Thank you so much for being my best friend,” kata Melina lalu terus memeluk sahabatnya itu.
“Wei, dahlah tu. Tercekik aku nanti. Dah lewat ni. Jom balik. Ke kau tak puas lagi nak berehat kat sini?” soal Anissina sambil menjinjing begnya menuju ke arah kereta Honda City milik Melina. Sesungguhnya, Melina sangat bertuah kerana lahir dari keluarga yang kaya-raya dan dilimpahi dengan kasih sayang yang mencukupi. Tapi aku.... Ah, kenapa begitu mudah aku dihasut oleh bisikan syaitan? Hati Anissina berkata-kata.
Melina dan Anissina tiba di rumah sewa mereka yang terletak di Shah Alam pada keesokan harinya. Kelihatan sebuah kereta Ferrari kuning di hadapan rumah mereka. Kelihatan kelibat seorang lelaki sedang menunggu seseorang di hadapan pagar rumah mereka.
“Em. Pakwe kau tunggu tu. Kau pergilah. Jangan lupa suruh dia alihkan kereta. Biar aku park kereta ni,” kata Anissina lalu terus turun dan duduk di tempat pemandu. Melina pula terus berjalan menghampiri lelaki itu.
“Hei, Syafiq. You buat apa kat rumah I? You rindu kat I ke?” soal Melina sambil bermain dengan tali leher Syafiq. Kehidupan Melina agak bebas kerana ibu bapanya tidak pernah menghalangnya melakukan apa sahaja. Namun, Melina tahu menjaga maruah diri.
“Yelah. I tengah tunggu kekasih hati I ni. I call tak dapat. Hantar mesej, tak ada balasan. You buat I risau, tau tak?” tegur Syafiq sambil mencuit hidung Melina yang mancung itu. Dia memang tidak menafikan Melina sangat istimewa buatnya. Gadis yang berketurunan Perancis-Melayu itu Berjaya memikat hatinya. Hati Syafiq berkata-kata.
            “Ish.. Kenapa dengan kereta ni? Hari ni pula dia nak rosak. Dahlah ada meeting,” rungut Melina sendirian. Entah mengapa keretanya meragam hari ini. Ketika dia sedang runsing memikirkan kerosakan keretanya, seseorang datang dan menegurnya.
            “Hai. Can I help you? You look like you in trouble,” kata Syafiq dalam bahasa Inggeris kerana menyangka gadis itu merupakan seorang pelancong yang datang melancong ke Negara ini.
            “Yes. You boleh tolong tengokkan apa yang tak kena dengan kereta I ni?” kata Melina tanpa menoleh untuk melihat siapa yang datang membantunya.
            Buat seketika, Syafiq tergamam. Dia tidak menyangka minah saleh ni pandai bercakap Bahasa Melayu. Begitu fasih menuturkan bahasa Melayu.
            “Helo. Ada orang ke tak ni? Kan I dah...” Melina tidak meneruskan kata-katanya. Dia terkejut apabila melihat seorang jejaka tampan di belakangnya. Pandangan mata mereka bertemu. Di saat itulah bibit-bibit cinta mula bercambah dalam diri mereka.
            “Syafiq! You dengar ke tak ni?” panggil Melina dengan suara manja. Dengan suara itulah syafiq tidak sampai hati untuk memarahi Melina.
            “Malaslah I layan you. I nak masuk dululah. Bye,” kata Melina merajuk. Lalu terus membelakangi Syafiq dan berjalan masuk ke dalam rumahnya. Langkahnya terhenti apabila pergelangan tangannya dipegang oleh Syafiq.
            “Sorry honey. I teringat masa kita mula-mula jumpa dulu,” kata Syafiq sambil tersenyum tawar ke arah Melina.
            “Betul tu. You tak nak jumpa family I ke? Kita boleh berkahwin atau bertunang,” rayu Melina sambil memandang raut wajah Syafiq yang sedikit keruh. Apa lagi yang you nak fikirkan lagi? Bukankah sudah lama kita mengenali hati budi masing-masing. Tidak cukupkah masa setahun ini? Bisik hati Melina. Sesungguhnya gadis itu sungguh kecewa dengan sikap Syafiq. Sudah puas dia memujuk Syafiq agar bertemu dengan kedua orang ibu bapanya. Tetapi, ada sahaja alasan Syafiq.
            “Oklah. I nak masuk dulu. I penat ni. Bye darling,” kata Melina sedikit hampa apabila lelaki itu tidak memberi sebarang respon terhadap kata-katanya itu.
            “Ok, bye. I call you tonight,” kata Syafiq lalu terus masuk ke dalam keretanya dan memandu pergi dari situ.
            “Kenapa dengan kau ni? Monyok semacam je aku tengok. Selalunya lepas kau jumpa dengan Syafiq, muka kau mesti ceria. Tapi, hari ni tak macam tu. Kenapa?” soal Anissina setelah Melina menghempaskan tubuhnya di atas katil bersaiz queen itu. Di lihat muka rakannya yang muram itu. Timbul rasa hairan dengan sikap sahabatnya itu.
            “Aku pun tak tahulah, Anis. Syafiq tu. Dah banyak kali aku suruh dia jumpa mak ayah aku. Tapi dia selalu bagi alasan yang tak munasabah. Aku geram dengan dia. Dia macam tak serius dengan aku. Dah setahun aku dengan dia kenal. Takkan dia masih ragu-ragu dengan cinta aku ni?” kata Melina panjang lebar. Dadanya terasa lega apabila dapat meluahkan segala perasaan yang terbuku di dalam hatinya. Di saat ini, dia memerlukan seseorang untuk mengadu. Selalunya, Anissinalah tempatnya mengadu dan meluahkan perasaan.
            “Oh. Itu ke yang buatkan best friend aku ni muram.. Kau tak payah risaulah. Mungkin Syafiq tu tak bersedia lagi nak jumpa dengan orang tua kau. Kau sabarlah dulu. Tunggu dia bersedia,” nasihat Anissina sambil merebahkan badannya di sebelah sahabatnya itu sambil memeluk sebuah patung beruang milik Melina.
            “Betul ke? Entahlah. Aku pun tak tahu. Wei, bagi balik teddy kesayangan aku tu. Senang je kau peluk-peluk teddy aku,” kata Melina sambil berebut patung beruang dengan Anissina.
            “Nah, ambil ni. Macam aku nak sangat teddy kau tu,” kata Anissina lalu terus membaling patung beruang itu kepada Melina. Kedua-dua gadis itu ketawa riang.
            “Wei, aku nak tidur dululah. Nanti kalau kau keluar dari bilik aku, tutup pintu ya,” pesan Melina kepada Anissina sebelum memejamkan matanya kerana penat.
            “Lina, aku tidur dengan kau boleh tak?” soal Anissina.
            “Iyalah.” Balas Melina ringkas lalu terus memejamkan mata. Dia tahu benar dengan Anissina yang penakut. Anissina tidak pernah tidur di dalam biliknya sendiri. Anissina selalu tidur dalam bilik Melina. Entah apa yang ditakuti oleh Anissina, Melina tidak mahu ambil tahu. Tidak lama kemudian, kedua-dua gadis itu lena dibuai mimpi.
            “Mak! Kenapa mak terima pinangan tu? Kenapa tak Tanya Melina dulu?” soal Melina bertalu-talu kepada Datin Zaleha, emaknya.
            “Mak terima pinangan tu demi kebaikan Lina juga,” kata Datin Zaleha lembut. Cuba memujuk anak emasnya itu.
            “Mak ni sampai hati buat Lina macam ni! Lina tak nak berkahwin dengan orang asing!” jerit Melina sekuat hati kepada emaknya. Dia sungguh sedih kerana emaknya membuat keputusan tanpa berbincang dengannya. Bukannya emak yang mahu kahwin tetapi dia yang mahu berkahwin. Berkongsi hidup dengan lelaki yang tidak pernah dicintainya.
            “Mak, kenapa tak nak jumpa dengan Syafiq dulu? Syafiq tu baik orangnya dan Lina sayangkan dia. Kalau mak jumpa dengan dia, mesti mak suka. Please mom,” rayu Melina kepada Datin Zaleha sambil memegang tangan emaknya itu. Di saat itu, pipinya telah basah dengan air mata. Datin Zaleha terdiam. Dia kehilangan kata-kata. Dia Cuma memandang wajah Datuk Hafis, suaminya. Seolah mengerti isterinya meminta bantuan, Datuk Hafis terus bertindak.
            “Macam nilah. Esok Lina bawa Syafiq datang ke rumah. Selepas abah dengan emak berjumpa dengan Syafiq, kami akan berbincang mengenai lamaran yang diterima. Lina setuju?” kata Datuk Hafis panjang lebar sambil memandang ke arah anak gadisnya yang telah menangis teresak-esak itu.
            “Thanks dad. I love you so much,” kata Melina sambil tersenyum lalu terus mendapatkan Datuk Hafis dan memeluknya. Datin Zaleha Cuma terdiam sebaik sahaja suaminya berkata begitu.
            “Iyalah. Abah pun sayangkan kamu jugak. Dah, jangan menangis,” kata Datuk Hafis lalu terus berjalan menuju ke bilik tidurnya. Melina terus berlari menuju ke biliknya dan segera menelefon Syafiq.

No comments:

Post a Comment