5
“Melina, tunggu apa lagi kat situ? Tak nak masuk dalam rumah ke?
Atau tunggu seseorang?” tegur Datin Zaleha setelah melihat anaknya mengelamun
di depan rumah seolah-olah orang hilang akal.
“Hah? Apalah mak ni. Merepek je. Dah
la, Lina nak masuk. Sejuk pula kat luar nie,” kata Melina, cuba meng’cover’
malunya. Alamak, macam mana boleh kantoi pulak nie? Bisik hati Melina.
Datin Zaleha hanya tersenyum melihat
kelakuan anaknya itu. Nampaknya mereka berdua sudah ada kemajuan. Bisik hati
Datin Zaleha gembira.
“Apa yang awak tersengih
sorang-sorang kat depan pintu tu? Ada lelaki handsome ke kat luar sana tue?”
soal Datuk Hafis apabila melihat isterinya itu tersenyum sendirian di depan
pintu.
“Ish, abang nie. Mana ada. Saya nak
buat exercise muka pun tak boleh ke?” soal Datin Zaleha sambil menjeling manja
ke arah suami tercinta. Sungguh, perasaan kasih dan sayang terhadap suaminya
tidak pernah pudar walaupun dahulu dia langsung tidak menaruh sebarang perasaan
terhadap suaminya itu. Siapa sangka, lelaki yang dia tidak cintai dahulu lah
yang telah membuat hidupnya bahagia dan ceria sepanjang masa mereka berkahwin.
Sudah seminggu mereka pulang dari
Kelantan, namun Lutfi tidak pernah menelefon mahupun menghantar mesej
kepadanya. Hatinya gundah-gulana. Adakah terjadi sesuatu yang buruk terhadap
Lutfi? Ah.. Tidak mungkin.. Be positive, Melina.. Hatinya berbicara.
“Mak, nak Tanya sesuatu boleh?” soal
Melina perlahan.
“Apa dia? Sejak bila kamu ni pandai
malu nak bertanya? Tanya jelah. Mak akan cuba jawab,” kata Datin Zaleha. Dia
berasa pelik dengan sikap anaknya itu.
“Erm.. Mak.... Mak.... Erm....
Mak....”
“Mak apa?”
“Mak ada tahu apa-apa berita tentang
Lutfi tak?” pantas mulut Melina berbicara setelah disergah oleh ibunya. Malunya
bukan kepalang. Pasti mak akan mengusiknya. Hati Melina mengeluh.
“Oh... Itu ke yang anak mak nak
Tanya? Entahlah, mana mak tahu. Mak bukan spy dia pun. Dia tak ada call atau
mesej kamu?” soal Datin Zaleha sambil tersenyum gembira.
“Hurm.. Dah seminggu dia tak hubungi
Lina... Kalau tak, takkan Lina nak Tanya mak tentang dia,” kata Melina perlahan
sambil bermain dengan rambutnya yang
ikal itu.
“Mak! Janganlah senyum macam itu!
Mak buat Lina malu,” kata Melina sambil menahan perasaan malu.
“Hahaha... Anak mak dah pandai malu.
Nantilah, mak merisik dia.. hahaha,” kata Datin Zaleha sambil ketawa. Sungguh,
hatinya sangat gembira apabila melihat anaknya itu mula menaruh perasaan
terhadap menantu pilihannya itu.
“Salam, Melina. Kenapa awak nak
jumpa dengan saya?” soal Lutfi setelah melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
“Wassalam. Hah? Bukan ke awak yang
nak jumpa dengan saya?” soal Melina. Serta merta ingatannya teringat akan
peristiwa petang tadi.
“Lina! Tadi Lutfi telefon. Katanya
petang ini dia nak jumpa. Katanya ada hal yang dia nak bincang dengan Lina,”
kata Datin Zaleha kepada anaknya.
“Ya ke mak? Pukul berapa? Kat mana?
Kenapa dia tak call Lina terus?” suara Melina menjadi sayu apabila soalan
terakhir keluar dari mulutnya. Kenapa Lutfi tidak menghubunginya? Adakah sudah
ada perempuan lain di hati Lutfi? Hati Melina bermonolog.
“Oh. Dia pesan nak jumpa Lina pukul
5 petang di restoran mamak yang kamu selalu makan,” kata Datin Zaleha lagi.
“Oh.. OK. Terima kasih ya mak,” kata
Melina gembira. Kini hatinya berbunga riang kerana dapat bertemu dengan kekasih
hatinya. Perasaan sedih tadi diabaikan sahaja.
“Cis. Pandai betul mak buat helah.
Sampai hati mak buat Lina macam ni!” kata Melina separuh menjerit.
“Eh, kenapa ni cik Melina? Awak tak
apa-apa ke?” soal Lutfi, bimbang dengan sikap tunangnya itu.
“Eh, tak ada apa-apa. Saya ok jer.
Hahaha,” kata Melina, cuba mengelak dari Lutfi.
“Erm.... Kalau awak tak ada apa-apa,
saya balik dulu,” kata Lutfi lalu terus bangun pulang.
“Lutfi! Tunggu!” jerit Melina. Kali
ini, hatinya sangat perit. Perit dengan tindakan Lutfi yang langsung tidak
mengambil peduli akan halnya itu.
“Ada apa?” soal Lutfi selamba.
“Kenapa awak langsung tak hubungi
saya?” soal Melina. Akhirnya dia Berjaya meluahkan perasaannya itu.
“Oh. Tentang itu. Sebenarnya, saya
nak belajar merindui seseorang yang saya sayangi dan merasai pengalaman cinta
seperti yang rakan-rakan saya lalui semasa mereka jatuh cinta. Baiklah, saya
pergi dulu,” kata Lutfi sambil menahan malu.
Melina hanya terdiam dengan
penjelasan Lutfi. Sungguh, dia tidak menyangka Lutfi akan berkata begitu. Jadi,
selama ini, apa yang dia fikirkan adalah salah. Dia tersenyum malu.
“Hey, kenapa tersenyum sorang-sorang
nie? Oh, don’t say you’re happy to see me,” kata Syafiq sambil melabuhkan
punggungnya di hadapan Melina.
Hati Melina yang berbunga riang
pabila mendengar penjelasan Lutfi sebentar tadi terus menjadi geram bila
mendengar suara orang yang ingin dilupakan.
“Apa you buat kat sini? I nak balik.
See you later,” kata Melina lantas bingkas bangun. Hope aku tak jumpa kau lagi
lepas ni bisik hati Melina sambil menahan kemarahan.
“Dear, where are you going? You dah
tak nak jumpa I lagi ke? You tak kesian kat I ke? Siang malam I teringat kat
you. Hati I jadi runsing bila memikirkan yang you akan kahwin dengan orang yang
you tak cintai,” bisik Syafiq lembut di telinga Melina sambil memegang tangan
Melina, menghalangnya daripada pergi jauh dari dirinya.
“Huh. Apa you kisah kalau I kahwin
dengan siapa pun. You kan dah ada girlfriend baru kan? So, just go to her and
leave me alone. For your information, I sekarang ni lagi bahagia berada di sisi
bakal suami I berbanding you. So, you tak perlu bimbangkan I. And please
lepaskan tangan I. I got to go now,” kata Melina tenang dengan harapan Syafiq
akan memahami apa yang dikatakannya. Malangnya, Syafiq masih enggan melepaskan
tangannya. Malah, genggaman Syafiq semakin kuat seolah tidak ingin melepaskan
dirinya pergi.
“Hei! Lepaskan tangan I! Sakitlah!
Please remember, kita ni bukan mahram. Berdosa tau!” nada suara Melina semakin
kuat. Rimas dengan Syafiq. Rimas dengan sikap kebudak-budakkan Syafiq. Macam
mana lagi harus aku katakan agar Syafiq faham yang aku sudah bahagia bersama
Lutfi... Bisik hati Melina.
“Tak, I takkan lepaskan you pergi ke
jantan keparat tue. Melina, you mesti ikut I. I boleh bahagiakan diri you. You
tak perlu habiskan seumur hidup you dengan jantan tue. Kita boleh habiskan masa
bersama seumur hidup,” kata Syafiq sambil menguatkan lagi genggamannya.
“Hei! Apa yang you merepek ni? I tak
nak ikut you! Lepaskan I!” jerit Melina sambil meronta-ronta cuba melepaskan
dirinya. Kali ini hatinya takut. Takut sekiranya Syafiq sanggup melakukan
perkara yang tidak elok terhadap dirinya.
“No! I takkan lepaskan you!” kali
ini nada suara Syafiq berubah. Dia menjadi geram dengan Melina. Tidak nampakkah
betapa ikhlasnya aku terhadap kau? Bisik hati Syafiq sambil berjalan keluar
dari restoran mamak.
“Syafiq! Please wake up! Kita dah
tak macam dulu. Kita dah berpisah! Please, lepaskan I! I tak nak ikut you!
Tolong!” jerit Melina dengan harapan ada orang yang akan membantunya.
“Cepat masuk dalam kereta,” arah
Syafiq. Kali ini dia sudah nekad. Walau apapun yang terjadi, Melina hanya milik
dia seorang. Tiada siapa yang boleh merampas Melina dari dirinya.
“Tak nak! I nak balik!” jerit
Melina, enggan menuruti kata-kata Syafiq.
Lutfi yang hanya memerhati drama
yang berlaku di depan matanya tanpa membuang masa terus berjalan menghampiri 2
orang yang bergaduh sejak tadi.
“Maaf saudara. Saudara tak patut
buat cik Melina macam ni. Baik saudara lepaskan dia,” kata Lutfi lembut.
“Lutfi, tolong saya,” Kata Melina
sambil cuba menahan air jernih dari turun membasahi pipinya.
“Oh, jadi kaulah yang cuba rampas
Melina dari aku? Kau dengar sini baik-baik, Melina ni hak aku! Hanya aku yang
akan jadi suami dia, tau tak?! Jadi, aku nasihatkan kau, jangan masuk campur
dalam hal kitorang. Jadi, kau dipersilakan berambus!” jerkah Syafiq. Hatinya
kini dirasuki amarah. Marah dengan Lutfi yang ingin berlagak hero.
“Saya tak akan pergi selagi saudara
tak lepaskan Melina,” kata Lutfi dengan tenang walaupun hatinya sedang
bergelora dengan amarah. Dia cuba menahan perasaan marah agar tidak berlaku
sebarang pergaduhan.
“Huh. Sape kau? Polis ke? Kau ingat
aku nak dengar cakap kau ke? Sebelum aku naik angin kat sini, baik kau blah.
Aku tak ingin tengok muka kau tu. Jom sayang,” kata Syafiq sambil menarik
Melina mengikutnya.
“I kata tak nak, tak nak lah!” jerit
Melina. Kali ini air mata jernih mengalir deras di pipinya yang gebu itu.
Secara spontan tangan Lutfi
mengacukan sebuah tumbukan tepat di muka Syafiq menyebabkan Syafiq terjatuh.
Melina segera berlindung di belakang Lutfi.
“Saya dah cakap tadi. Lepaskan
Melina. Tapi awak tak dengar. Jom, Melina. Kita balik,” kata Lutfi masih
tenang. Lantas dia segera berjalan menuju ke keretanya. Melina pula bersikap
seperti kanak-kanak yang hanya mengikut Lutfi.
“Huh. Wei! Kau ingat kau boleh blah
macam tu je ke? Kalau kau fikir macam tu, kau silap! Satu hari nanti aku akan
datang amik harta aku! Dengar tu? Melina tu hanya hak aku!” jerit Syafiq.
Hatinya membengkak dengan perasaan dendam.
Lutfi dan Melina terus berjalan
tanpa menghiraukan kata-kata Syafiq. Kelakuan Mereka membuatkan hati Syafiq
semakin sakit. Lantas dia segera memandu keretanya pergi.
“Awak tak apa-apa ke?” soal Lutfi
lembut.
“Tak. Saya ok. Thanks,” kata Melina
lesu. Sungguh, dia tidak berdaya menghadapi seluruh hari ini selepas kejadian
itu.
“Kalau macam tu, saya hantar awak
pulang ya,” kata Lutfi lagi. Kali ini, dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
Dia tidak pernah menghadapi situasi seperti ini. Dilihatnya air mata bercucuran
di pipi Melina. Ingin sekali mengelap air mata itu agar tidak lagi membanjiri
pipi yang gebu itu. Tetapi, apakan daya. Dia dan Melina bukan muhrim.
“Ambillah ni,” kata Lutfi sambil
menghulurkan sapu tangan. Melina hanya melihat sahaja.
“Lap air mata awak dengan sapu
tangan ni,”
“Thanks,” hanya itu yang keluar dari
mulut Melina. Buat masa ini, dia ingin bersendirian. Tidak mahu diganggu oleh
siapapun. Suasana di dalam kereta sunyi sepi. Hanya alunan muzik dari radio
yang bermain-main di dalam kereta. Kedua-duanya melayani perasaan
masing-masing.
“Terima kasih ya. Jemputlah masuk,”
kata Melina, cuba memberikan senyuman.
“Hurm, tak apalah. Saya balik dulu,”
“Awak, jangan beritahu siapapun
tentang kejadian tadi. Please,”
“Baiklah. Saya takkan,” kata Lutfi
dan terus memandu pulang.
Malam itu Melina tidak dapat
melelapkan mata. Peristiwa siang tadi masih bermain di fikirannya. Dia menjadi
takut pula dengan tingkah laku Syafiq yang agresif itu. Dilihatnya sekeliling
biliknya yang besar itu. Sapu tangan kecil menjadi tumpuan matanya. Lutfi.. Ya,
lelaki yang Berjaya menambat hatinya selepas dikecewakan Syafiq. Entah kenapa
begitu mudah Lutfi menambat hatinya. Lantas Melina segera mengambil sapu tangan
itu dan memeluknya. Hatinya berasa senang sekali. Seolah-olah Lutfi berada di
sebelahnya. Dalam beberapa detik, Melina terlena dengan sapu tangan kecil di
dalam pelukkannya.
“Mak, hari ni Mel tak nak pergi
kerjalah,” akhirnya terluah juga apa yang ingin disampaikan Melina kepada Datin
Zaleha. Semalaman dia asyik berfikir tentang keputusan itu. Inilah kali pertama
sejak dua tahun Melina bekerja di syarikat abahnya, membuat keputusan untuk
mengambil cuti. Selama ini dia lebih suka meluangkan masanya bekerja berbanding
bercuti kerana dia tidak berasa jemu. Setiap hari pasti ada kerja yang perlu
disiapkan. Walaupun sudah berkali-kali Datuk Hafis menyuruh Melina mengambil
cuti, tetapi dia enggan.
“Eh, kenapa? Selama ni bukan main
payah kamu nak cuti,” kata Datin Zaleha, pelik dengan sikap anak daranya itu.
“Entahlah. Mel rasa macam tak ada
mood nak pergi kerja. Jadi, Mel ingat Mel nak pergi melancong,” helah Melina.
Bukan niat dihatinya untuk pergi melancong. Tetapi dia ingin melarikan diri
daripada seseorang yang menghantui dirinya.
“Eh? Kamu nak pergi melancong? Biar
betul. Kamu ni sihat ke tak ni? Baik kamu pergi jumpa doctor,” kata Datin
Zaleha. Tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan anaknya.
“Mak ni... Mel serius ni.
Akhir-akhir ni Mel rasa cepat sangat penat dan lesu. Sebab tu Mel buat
keputusan nak pergi bercuti,” kata Melina bersungguh-sungguh dengan harapan
ibunya percaya kata-katanya.
“Baiklah. Tapi kamu cakap sendiri
kat abah kamu tu. Bila kamu nak pergi bercuti?” soal Datin Zaleha lagi.
“Esok. Mel nak pergi ke London,”
kata Melina ringkas.
“London? Jauhnya. Baiklah, masa
bercuti nanti hati-hati sikit. Jangan mudah percaya pada orang asing dan bila
berada di tempat orang, jagalah kelakuan diri tu,” pesan Datin Zaleha.
“Baik mak. Mel sayang mak,” kata
Melina lantas segera memeluk maknya.
No comments:
Post a Comment