Thursday, April 12, 2012

Cerpen 1... Part 2

2

“Yes honey. What do you want?” soal Syafiq malas. Melina terasa pelik dengan nada suara Syafiq yang tidak ceria itu. Selalunya, apabila dia menelefon Syafiq, nada suara jejaka itu selalunya ceria.
            “I nak beritahu you berita baik. My mom and dad want you to see them tomorrow,” kata Melina hampir menjerit.
            “Emm..” hanya itu yang dikatakan Syafiq. Melina mula berasa pelik dengan sikap Syafiq.
            “Kenapa dengan you ni? You tak sihat ke? Nanti you datang jumpa ibu bapa I lepas you dah sihat, ok?” kata Melina. Nada suaranya juga tidak seceria tadi.
            “Lina. I nak beritahu sesuatu dengan you. Sebenarnya,I tak nak jumpa you lagi,” kata Syafiq ringkas. Melina terkejut dengan kenyataan yang baru dikatakan oleh Syafiq.
            “Fiq, you tahu tak apa yang you baru cakap?” soal Melina, ingin mendapatkan kepastian daripada Syafiq. Mungkin jejaka ini ingin bergurau dengannya. Tiba-tiba kedengaran tawa Melina di talian.
            “Lina, I tak bergurau. I serius ni. Sebenarnya I dah jumpa orang yang lagi baik dari you. Entah mengapa hanya bayangan gadis itu yang selalu muncul di hadapan mata I dan... Kami akan...”
            “Stop it! You sengaja nak sakitkan hati I,kan? You tahu tak, mak ayah I nak I kahwin dengan lelaki pilihan mereka? I tak suka, you tahu tak? I hanya cintakan you. Kenapa you sanggup buat I macam ni? Jadi selama ni, you permainkan I jelah ya? Sampai hati you!” kata Melina memotong kata-kata Syafiq. Syafiq terdiam.
            “Tapi...” tidak dapat Syafiq meneruskan bicara, Melina telah memutuskan talian. Selepas memutuskan talian, Melina hanya terduduk di birai katil. Sungguh, dia tidak menyangka Syafiq sanggup buat begitu kepadanya. Air matanya mula bertakung di kelopak mata. Kenapa Syafiq sanggup buat begitu kepadanya? Persoalan itu sering kali bermain di fikirannya. Melina berbaring sambil memikirkan jawapan kepada persoalannya sehingga dia terlena.
            “Eh, Lina. Dah call ke Syafiq? Abah nak jumpa dia pagi ni. Petang nanti abah sibuk,” kata Datuk Shamsudin sebaik sahaja ternampak kelibat Melina sedang menaiki tangga. Langkah Melina terhenti. Apa yang patut dia beritahu kepada abahnya? Patutkah dia beritahu hal yang sebenarnya? Tetapi dia malu kerana semalam bermati-matian dia mengatakan bahawa Syafiq akan mengahwininya. Tetapi sekarang...
            “Lina. Dengar tak abah cakap apa ni?” soalan datuk Hafis memecah lamunan Melina. Sudah jauh dia berkhayal rupanya.
            “Sebenarnya. Syafiq dah break up dengan Lina,” kata Melina perlahan. Di saat itu, dadanya mula terasa sebak. Dia dapat merasakan air jernih akan menitis tidak lama lagi.
            “Ha? Tapi Lina kata Syafiq nak..” tidak sempat Datuk Hafis meneruskan katanya, Melina memintas.
            “Lina akan kahwin dengan lelaki pilihan abah dengan mak,” kata Melina dengan hati yang berat. Betul ke aku nak berkahwin dengan orang yang aku tak kenali? Betul ke aku nak berkongsi hidup aku dengan orang yang tak di kenali? Hati Melina berbisik.
            “Kalau macam itu, tak apalah. Esok, keluarga Lutfi akan datang ke rumah. Kami nak berbincang mengenai tarikh pertunangan kamu berdua. Jadi, Lina bolehlah keluar dengan Lutfi menyediakan barang-barang persiapan untuk majlis pertunangan,” kata Datin Zaleha dengan nada yang ceria. Melina hanya mampu mengangguk sahaja. Dia begitu sedih sehingga tidak dapat berkata-kata.
            Petang itu, laman rumah Datuk Hafis penuh dengan kereta milik saudara-mara keluarga Lutfi. Melina dengan Lutfi pula telah keluar bersiar-siar.
            “Assalamualaikum. Nama saya Lutfi. Nama awak pula?” soal Lutfi setelah suasana di dalam kereta agak sunyi.
            “I Melina,” hanya itu sahaja yang dikatakan oleh Melina. Buat masa ini, dia tidak mahu berbual dengan sesiapa. Dia hanya ingin menenangkan jiwanya yang tengah berserabut itu.
            “Kita nak pergi mana ni? Sorrylah, saya bawa adik saya. Dalam agama, tak elok orang lelaki dan perempuan yang bukan muhrim keluar berdua-duaan,” kata Lutfi panjang lebar. Dia bimbang sekiranya Melina berkecil hati kerana membawa adiknya mengikut mereka. Namun, tiada sepatah kata yang keluar dari mulut Melina. Melina hanya memandang ke luar tingkap. Cuba menghayati pemandangan Kuala Lumpur.
            “Abang, kita nak pergi mana ni?” soal Fara, adik Lutfi.
            “Entah. Cuba Fara Tanya kak Melina,” kata Lutfi sambil memandang wajah Melina di sebelahnya. Melina tidak mengendahkan pandangan Lutfi. Dia hanya ingin menenangkan dirinya. Setelah pulang dari membeli-belah, Lutfi terus menghantar Melina pulang.
            “Lina, macam mana? Lutfi tu ok tak?” soal Datin Zaleha sebaik sahaja melihat Melina memasuki ruang tamu vila itu.
            “Entah,” kata Melina acuh tak acuh. Dia malas hendak memikirkan mengenai Lutfi.
            “Sini jap. Mak nak cerita serba sedikit mengenai Lutfi. Sini, duduk kat sebelah mak,” kata Datin Zaleha, agak gembira kerana anak daranya itu akan berkahwin dengan jejaka pilihannya.
            “Mak ni. Siapa yang nak kahwin? Lina ke mak? Dahlah. Lina nak rehat sekejap, ya mak. Nanti kita berbual tentang Lutfi,” kata Melina sedikit lembut agar tidak melukakan perasaan emaknya itu. Datin Zaleha Cuma mengangguk lalu terus bangun dan berjalan ke arah dapur. Mungkin marah dengan perlakuan aku tadi. Hati Melina berkata-kata.Selepas makan malam, Datin Zaleha ingin berbincang dengan Melina di ruang rehat.
            “Ada apa mak?” soal Melina sebaik sahaja melabuhkan punggung di sebelah Datin Zaleha.
            “Mak nak beritahu kamu tentang asal usul Lutfi,” kata Datin Zaleha tanpa memandang ke arah Melina. Melina terdiam sebentar.
            “Mak, biarlah Lina dengar cerita mengenai asal usul Lutfi dari mulut dia sendiri. Mak jangan risau, ya,” kata Melina sedikit memujuk. Dia malas hendak mendengar cerita mengenai lelaki itu.
            “Tak apalah kalau macam itu. Mak Cuma nak cakap, majlis perkahwinan kamu akan berlangsung lagi 3 bulan,” kata Datin Zaleha lalu terus bangun.
            “Ha? Cepatnya. Kenapa cepat sangat? Lina bukannya nak lari jauh-jauh pun,” kata Melina sedikit terkejut. Kenapa cepat sangat?
            “Entah. Mak rasa lagi cepat lagi bagus. Dahlah, mak nak tidur dulu,” kata Datin Zaleha lalu terus berlalu ke biliknya. Melina tergamam sebentar di tempat duduknya. Kemudian, dia terus berlari ke biliknya.
            ‘Kenapa semua ini harus terjadi? Dahlah Syafiq cintakan orang lain, aku dipaksa kahwin dengan orang asing. Dan sekarang, majlis perkahwinan aku lagi tiga bulan. Betulkah apa yang aku lakukan ini? Bahagiakah hidup aku nanti?’ hati Melina berkata-kata. Melina terus terlena dalam esakannya.
            “Lina, jom pergi office dengan abah,” kata Datuk Hafis sambil menikmati sarapan pagi. Melina terus duduk bersebelahan dengan Datuk hafis.
            “Nak tak pergi dengan abah?” soal Datuk Hafis lagi sambil mencuit bahu anaknya itu.
            “Ha? Tak apalah abah. Lina pergi dengan kereta Lina sendiri. Nanti senang Lina nak pergi jumpa klien,” kata Melina lalu terus menjamah makanan yang terhidang di depan mata.
            “Mak,  Lina pergi dulu. Dah lambat ni,” kata Melina lalu terus mendapatkan Datin Zaleha dan bersalaman dengannya.
            “Kamu ni Lina, tak boleh ke pergi lambat sikit? Tengok abah kamu, sempat baca surat khabar,” kata Datin Zaleha sambil memerhati Melina memakai kasut.
            “Mak, takkan mak tak tahu. Lina dengan abah lain. Abah tu, bos. Tak apalah pergi lambat. Lina ni, nanti habis kena umpat dengan pekerja kat sana. Kononnya Lina ni anak abah. Jadi bolehlah pergi pejabat bila-bila masa je,” kata Melina sambil memandang ke arah Datin Zaleha yang sudah tercegat di depan pintu.
            “Apa-apa ajalah, Lina. Dahlah, pergilah cepat. Nanti terlambat pulak,” kata Datin Zaleha.
            “Ok. Mak, Melina lupa pula. Minggu ni Lina tak balik ya. Lina tidur kat rumah sewa Lina. Ok, bye mak,” kata Melina sambil melambai tangan kepada Datin Zaleha lalu terus memandu meninggalkan perkarangan vila itu. Datin Zaleha Cuma tersenyum.
            Hari ini, keadaan agak sibuk. Banyak kerja yang perlu disiapkan pada hari ini juga. Melina terpaksa mengikat perut demi menyiapkan kerja-kerja itu. Petang itu, Melina singgah di kedai mamak untuk menjamu selera.
            “Mamak, mi goreng satu. Air milo o ais satu,” pesan Melina kepada salah seorang pelayan di kedai tersebut. Sambil menunggu makanan tiba, Melina melihat keadaan di sekelilingnya. Tiba-tiba, dia ternampak Lutfi sedang menunggu sesuatu. Mungkin menunggu makanan sampai kot. Bisik hati kecil Melina. Apabila sedar Lutfi memandang ke arahnya, Melina segera melarikan pandangannya ke sudut lain. Dia berharap agar Lutfi tidak perasan akan dirinya. Ketika sedang berperang dengan perasaan sendiri, kedengaran bunyi mesej. Melina segera membaca mesej tersebut.
           
‘Assalamualaikum. Ni Lutfi. Jom, kita makan sama-sama’
                       
‘Tak apalah. Nanti saya mengganggu awak makan pula’

Balas Melina. Setelah lama menunggu, telefon Melina tidak berbunyi. Nampaknya Lutfi tak balas mesej aku tadi, hati Melina berkata-kata. Melina Cuma tersenyum.
            “Hai, kenapa tersenyum sorang-sorang ni? Demam ke? Saya boleh hantar awak ke klinik,” tiba-tiba kedengaran suara seorang lelaki yang pernah didengari oleh Melina. Sebaik sahaja Melina mengangkat mukanya, kelihatan wajah Lutfi. Mata Melina terbeliak, mulutnya ternganga.
            “Hei, kenapa ni? Muka awak luculah. Dah, jangan nganga mulut awak tu. Nanti masuk lalat, tercekik pula,” kata Lutfi lalu terus duduk di hadapan Melina.
            “Kenapa tercekik pula?” soal Melina, sekadar ingin berbual.
            “La, awak tak tengok kartun spongebob ke? Lain kali tengok kartun tu. Bagus tau. Banyak teladan,” kata Lutfi sambil berdiri.
            “La, kartun budak-budak pun tengok? Peliklah awak ni,” kata Melina sambil tersenyum sinis. Dia tidak menyangka, Lutfi sanggup meluangkan masanya semata-mata hendak menonton kartun. Lutfi Cuma tersenyum lalu terus berjalan mencari pelayan. Mungkin memesan makanan, hati Melina berkata-kata. Tidak lama kemudian, Lutfi muncul sambil membawa makanan yang dipesan tadi.
            “Wow, kuatnya makan,” perli Melina sambil memandang sekilas ke arah nasi goreng kampung Lutfi. Perutnya sudah berbunyi meminta diisikan dengan makanan. Manalah makanan aku ni. Lama betul mamak ni sediakan makanan, bisik hati Melina geram.
            “Saya lapar sangat ni. Dari pagi tadi tak makan. Sibuk sangat,” kata Lutfi sambil memandang ke arah Melina yang kelihatan gelisah.
            “Kenapa ni? Saya mengganggu awak ke?” soal Lutfi. Bimbang sekiranya kehadirannya mengganggu ketenangan gadis itu.
            “Err. Tak. Sebenarnya, saya tengah tunggu makanan saya sampai. Lambat sangat. Saya dah lapar ni. Perut ni pulak dah berdangdut. Lambat betul,” bebel Melina, lebih kepada bercakap kepada diri sendiri. Tiba-tiba kedengaran Lutfi ketawa.
            “Kenapa awak ketawa? It’s not funny ok? I’m serious,” kata Melina sedikit geram. Orang tengah serius, dia boleh gelak pulak, hati Melina berkata.
            “Tak. Perut awak tu boleh berdangdut ya? Boleh tak awak tolong suruh perut awak nyanyi lagu pop rock untuk saya?” pinta Lutfi sambil menahan ketawa. Melina menjeling geram ke arah Lutfi. Melina segera mengalihkan pandangannya ke sudut lain.
            “Sorry cik. Lambat sikit,” kata salah seorang pelayan kedai itu sambil menghidangkan makanan. Melina Cuma menjeling sahaja membuatkan pelayan itu serba-salah. Ketawa Lutfi mati.
            “Kenapa dengan awak ni? Kan dia dah minta maaf kepada awak,” tegur Lutfi kepada Melina. Dia memang pantang dengan orang yang tidak ingin memaafkan orang lain.
            “Itulah. Siapa suruh dia lambat sangat? Tak tau ke  orang tengah lapar,” kata Melina tegas sambil menyuapkan sesudu makanan ke dalam mulutnya.
            “Melina, sedangkan Nabi ampunkan umat, apatah lagi kita ni....”
            “Stop it, Lutfi. I tak nak dengar you membebel. I nak makan sekarang ni, ok? So, jangan ganggu I. Kalau tak suka, you diam jelah. Tak payah nak bising-bising,” kata Melina sedikit kuat, memotong kata-kata Lutfi.
            “Ok, fine. You nak makan, makanlah. I takkan ganggu you makan. I pergi dulu. Assalamualaikum,” kata Lutfi sedikit tegas lalu terus bangun dan pergi dari situ. Dia berasa geram dengan perangai Melina. Harapkan muka je lawa, tapi perangai teruk, bebel hati Lutfi.

No comments:

Post a Comment