4
“Elleh.. Orang taulah.. Dia ingat aku ni budak kecil lagi ke?
Ish... Perempuan tu bukannya lawa sangat pun. Takkanlah orang macam tu dia kata
comel. Pelik betullah,” Melina berkata-kata sendirian sehingga tidak sedar dia
telah sampai di hadapan kereta Lutfi.
“Eh? Dah sampai? Cepatnya,” kata
Melina sambil menghidupkan enjin lalu terus masuk ke dalam perut kereta Honda
Civic itu.
“Lamanya berbual. Saja jer nak buat
orang cemburu,” Melina merungut sendirian. Entah mengapa hatinya sakit pabila
melihat kemesraan Lutfi dan Ayuni. Ketika tengah mengelamun, Lutfi datang dan
mengetuk tingkap. Melina tidak mengendahkan kehadiran Lutfi.
“Merajuk ke? Orang tua kata, kalau
awak merajuk maknanya awak cemburu. Awak cemburu ye saya bercakap dengan Ayu?”
Lutfi sengaja memprovokasi Melina.
“Eh, mana ada. Buang masa saya jer
nak cemburu. Awak nak berbual dengan perempuan mana pun saya tak kisah,” kata
Melina tanpa memandang wajah Lutfi.
‘Betul ke aku tak kisah? Kalau tak,
kenapa aku rasa marah bila dia berbual dengan Ayu tadi?’ hati Melina berbicara.
“Betul ke ni? Oklah, kita bertolak
sekarang ya. Pakai tali pinggang keselamatan,” pesan Lutfi lalu mereka terus
memulakan perjalanan mereka ke Kampung Tal Tujoh, Pasir Mas.
“Lutfi, berhenti sekejap,” tiba-tiba
Melina bersuara.
“Kenapa? Mana boleh berhenti kat
sini. Bahaya,” kata Lutfi sambil memandang ke arah Melina. Bimbang sekiranya
terjadi sesuatu terhadap gadis itu.
“Cepatlah, saya tak tahan ni. Nanti kotor
kereta awak,” kata Melina sambil menutup mulutnya.
“Baiklah, puan besar,” gurau Lutfi.
Melina sempat menjeling ka arahnya. Lutfi hanya tersenyum. Melina segera keluar
dari kereta dan segala isi perutnya keluar.
“Oh, awak nak muntah ya. Cakap jelah.
Tak payah nak malu-malu. Jalan kat sini memang memeningkan kepala,” kata Lutfi
samnil menghulurkan tuala kepada Melina. Melina hanya senyap.
“Awak tidurlah. Nanti dah sampai,
saya kejutkan,” kata Lutfi lembut lalu terus menyambung semula perjalanan mereka
yang tergendala sebentar. Beberapa jam kemudian, mereka tiba di destinasi yang
di tuju.
“Melina, bangun. Kita dah sampai kat
rumah nenek saya,” lembut suara Lutfi menampar gegendang telinga Melina. Betapa
lembutnya suara itu sehingga dia tidak puas mendengar. Kalau boleh, dia mahu
mendengar suara lembut itu sahaja.
“Eh, datin ni. Datin, bangun. Kita
dah sampai. Ok, kalau datin tak nak bangun, datin tidurlah dalam kereta ya,”
gertak Lutfi sambil turun dari kereta. Melina yang mendengar bunyi pintu kereta
dibuka bingkas bangun. Dia hanya melihat wajah Lutfi yang sedang menahan
ketawa.
“Kenapa ketawa?” soal Melina sambil
melemparkan jelingan maut kepada Lutfi. Lutfi yang tidak dapat menahan, terus
ketawa.
“Ketawalah... Kita tidur dalam
kereta ni jer... Awak masuklah dalam rumah tu, nanti nenek awak bising pulak,”
kata Melina yang berkecil hati dengan perilaku Lutfi.
“Oklah sayang. Jom kita jumpa nenek.
Nenek tak sabar nak jumpa dengan Melina,” kata Lutfi sambil mengeluarkan beg
mereka dari bonet kereta.
Sayang? Betul ke dia panggil aku
sayang? Pertama kali dia panggil aku sayang. Ish... Mungkin dia sengaja
bergurau. Bisik hati kecil Melina. Lantas Melina segera turun dari kereta dan
berjumpa dengan nenek Lutfi.
“Oh, ni ke bakal isteri kamu, Lutfi?
Emm... Comel sungguh. Pandai mak ngan ayoh mu pilih bakal menantu,” kata Nek
Putih sebaik sahaja melihat wajah Melina.
Melina pula hanya tersipu malu
apabila dipuji sedemikian oleh Nek Putih. Lantas dia segera bersalam dengan Nek
Putih.
“Tapi, ado so jah hok nenek tok
berkene. Pakaian dio. Tok molek kalu pakai baju macam ni. Lain kali pakai baju
yang longgar sikit,” tegur Nek Putih sambil mengamati diri bakal isteri cucu
kesayangannya.
“Itulah nek. Lut dah tegur dia
banyak kali tapi dia tak nak dengar,” kata Lutfi sambil memandang sekilas ke
arah Melina yang sudah merah mukanya kerana ditegur oleh Nek Putih.
Eleh, bila masa pulak dia tegur aku?
Saja jer nak perli orang... Hati Melina berbicara. Dia memandang Lutfi dengan
pandangan maut.
“Eh, jomlah masuk,” Nek Putih
mengajak Melina masuk setelah tersedar dengan kealpaannya yang membiarkan
tetamunya berdiri di luar rumah. Lalu mereka segera menuruti Nek Putih yang
telah masuk ke dalam rumah.
“Hah, makelah. Tok sedap ko? Cubalah
raso dulu, baru tahu,” kata Nek Putih sambil menghulurkan budu kepada Melina.
Dengan berat hati, Melina terpaksa beralah. Budu kini sudah bertukar tangan.
“Rasalah dulu. Sedap tau. Kalau awak
nak tahu, kat luar Negara pun ada orang makan budu,” kata Lutfi apabila melihat
Melina hanya merenung budu tersebut.
“Iyalah, saya nak rasalah ni. Tak
boleh sabar ke?” kata Melina yang cuba menahan amarah. Nek Putih hanya
menjelingnya sahaja.
“Aku tok sukolah mu nikoh dengan dio
tu. Perangainyo tok manis langsung. Aku tok berkene,” akhirnya Nek Putih
meluahkan perasaannya kepada cucu kesayangannya itu.
“Bakpo pulok nek. Nanti suatu hari
nanti dia berubah la nek. Loni pon dia dah ado perubahan sikit. Kalu dulu lagi
teruk. Insyaallah, nek akan suko dengan Melina,” pujuk Lutfi dengan loghat Kelantan
yang pekat.
“Huh, bilo dia nok berubah? Lainlah
macam Ayu tu. Nama pon dah ayu. Orangnyo lagilah ayu. Memang sesuai dengan
kamu. Bukan macam si Melina tu,” kata Nek Putih sambil mengemas meja makan.
“Alah, percayalah nek. Satu hari
nanti dia pasti berubah. Kalau tak, Lut ikut cakap nenek,” janji Lutfi.
“Betul ke ni? Ok. Kalau dia tak
berubah sebelum kamu kahwin, nenek tak teragak-agak suruh kamu batalkan
perkahwinan ini,”
“Baiklah nek,”
Tanpa disedari, perbualan mereka
didengari oleh Melina. Hati Melina berdegup kencang apabila mendengar
perjanjian antara Lutfi dan Nek Putih. Tiba-tiba hatinya menjadi sebak.
Bagaimana sekiranya dia tidak berubah dan Lutfi terpaksa membatalkan pernikahan
mereka dan berkahwin dengan orang lain.
Ah, aku tak boleh bayangkan
sekiranya orang lain yang berada di samping Lutfi semasa bersanding dan mereka
kelihatan gembira. Bisik hati Melina.
“Eh, Melina apa yang awak tercegat
kat sini? Jomlah pergi dapur,” kata Lutfi yang terkejut melihat Melina
termenung.
“Eh, kenapa awak menangis ni? Apa
yang tak kena ni?”
“Ha? Tak ada apa-apalah. Saya masuk
bilik dululah ya,” kata Melina sambil berjalan menuju ke biliknya, meninggalkan
Lutfi yang terpinga-pinga.
Setelah
seminggu berlalu, tiba masanya Melina dan Lutfi bertolak ke Kuala Lumpur.
“Nek, kami pergi dulu ya,” kata
Lutfi lalu terus mencium tangan nenek kesayangannya itu. Langkah Lutfi diikuti
oleh Melina.
“Eh, kita nak pergi mana ni? Bukan
ke jalan nak pergi K.L kat sana ke?” soal Melina apabila Lutfi memandu ke arah
bertentangan.
“Alah, relakslah. Kita pergi
shopping sekejap,” kata Lutfi sambil cuba menumpukan perhatian terhadap
pemanduannya.
“Oh. Kat sini pun ader tempat
shopping jugak ke?” soal Melina.
“Hei, mestilah ada. Kenapa? Awak
ingat K.L jer ada tempat shopping? Oklah, jangan buat muka pulak. Jom,” kata
Lutfi sambil berjalan mendahului Melina.
“Eleh, biarlah orang nak buat muka.
Hei! Tunggu!” jerit Melina sambil berlari anak mengejar Lutfi. Lutfi hanya
tersenyum sambil berjalan, menanti Melina berada di sisinya.
‘Alangkah bahagianya perasaan ini.
Adakah ini yang sering orang katakan? Cinta? Kalau aku tahu cinta itu sebahagia
begini, sudah lama aku bersetuju dengan cadangan umi untuk bertunang dengan
Melina,’ bisik hati Lutfi dan Lutfi hanya tersenyum sendirian.
“Hei, kenapa senyum sorang-sorang
ni?” soal Melina yang hairan melihat Lutfi tersenyum sendirian.
“Tak ada apa-apalah. Jomlah, kita
pergi shopping,” kata Lutfi sambil meneruskan langkahnya dan diikuti oleh
Melina.
“Eh, awak tidur sini jelah. Lagipun
dah lewat malam nie. Esok awak nak kerja pula,” kata Melina sambil mengambil
beg pakaian yang dihulurkan oleh Lutfi.
“Tak apalah. Tak manis la kalau
orang bukan muhrim tidur serumah. Lagipun, nanti apa kata jiran-jiran,” kata
Lutfi dengan lembut sambil menutup bonet keretanya.
“Erm... Kalau macam tu, saya masuk
dulu ya. Bawa kereta elok-elok tau,” pesan Melina sebelum masuk ke dalam
kawasan rumahnya.
“Oh, saya lupa sesuatu,” kata
Melina.
“Awak ada tertinggal barang lagi
ke?” soal Lutfi sambil meninjau bahagian dalam keretanya, sekiranya ada barang
Melina yang tertinggal.
“Tak lah. Saya Cuma nak cakap......
Assalamualaikum.. Ok, bye,” kata Melina lalu terus masuk ke dalam rumah.
Lutfi hanya tersenyum dengan telatah
Melina. Salam hanya dijawab dalam hati. Dia hanya memandang Melina menghilang
di sebalik pintu rumahnya dengan perasaan gembira. Terima kasih umi kerana
memilih calon yang Berjaya membuka hatiku terhadap perempuan, bisik hati Lufti.
Lalu dia memandu kereta dan Melina
hanya memerhati kelibat kereta Honda Civic menghilang di dalam kegelapan malam.
Mulutnya mengukir senyuman. Mindanya menerawang entah ke mana, mungkin sudah
sampai ke Planet Pluto agaknya. Gelagat Melina hanya diperhati sahaja oleh
Datin Zaleha.
No comments:
Post a Comment