Sunday, October 25, 2015

Malas~~~

Salam, all.. 

Huhuhu.. sekarang nie aku malas sangat nak update blog.. so, cerpen 2 aku tue, kirenya part 8 tue part last.. aku malas dah nak upload. hehehe.. nanti korang sambung sendiri la cerita tue berdasarkan imaginasi korang. heeee...

Hurm.. dah berapa lama aku tak update blog ni. even blod ameba aku pon aku dah tak update. entahlah, rasa malas plak. Sebab sekarang nie aku da busy sambung masters. hehehe.... Ingat nak sambung master oversea tapi, bila check, dah terlepas tarikh mohon. So, aku just mohon masters dalam negara je. 

Oklah. setakat ni, semua test yang aku buat, hancur.. huhuhu.. entahlah.. mungkin perangai degree masih terbawa-bawa sampai ke master.. hehehe... tapi, dengar kata senior, semua tests, assignments, etc kena score. huhuh.. nervous la plak... dha la requirement untuk pass subject tu tinggi. bukan macam degree.. adess... sabar jelah.. 

hahaha.. kan aku dah luah perasaan kat sini. hurm... ok, tue jer aku nak bagitau. aku nak stop upload cerpen aku... oklah, kalau ada apa2 hal, aku share.. 

p/s: aku share gambar aku konvo bulan lepas.. enjoy... heehehehe.. 







Wednesday, August 19, 2015

Cerpen 2... Part 8

“Hah?? I’m sorry. I didn’t mean to slap you. I though....”
“It’s ok. But please, don’t just simply slap people. I didn’t do anything to you. I just hold your arm. Oh, just forget it. Anyway, why are you running away from me?” soal Jeremy yang masih memegang pipinya. Sakit yang dirasanya sangat perit seolah-olah disengat oleh tebuan. Wajah panic wanita di hadapannya itu membuatkan dia lupa akan kesakitannya.
“I’m sorry,” hanya itu yang mampu keluar dari mulut Farhana. Perasaan serba salahnya semakin menebal dalam diri. Kenapa aku pulak yang perlu rasa bersalah? Yang dia pegang lengan aku tu kenapa? Kan dah rasa penampar free... Tapi, kalau setakat pegang tangan bagi diorang tak ada apa-apa pun. Getus hati Farhana.
“It’s ok. I forgive you. You know what, I think we have met before, right?” soal Jeremy sambil mengamati wajah Farhana. Memang betul tekaannya. Gadis di hadapannya ini merupakan gadis yang dicarinya selama 5 tahun ini. Alangkah gembiranya hatinya masa ini.
“Huh? Really?” soal Farhana, berpura-pura lupa. Malas mahu melayan kerenah lelaki ini.
“Oh, please. I still remember you because I am the one bring you to my room,” kata Jeremy sambil tersenyum. Namun, kata-kata Jeremy menyebabkan hati Farhana menjadi sedih.
“Then, I had to sleep at the living room because of you,” kata Jeremy sambil ketawa apabila mengingati kenangan lalu.
“What? That mean, you didn’t slept with me?” soal Farhana yang terkejut dengan cerita Jeremy. Jadi, selama ini dia salah sangka terhadap lelaki ini?
“What? Of course not. I didn’t even touch you. Anyway, what is your name?” soal Jeremy. Kali ini Farhana dan Jeremy melabuhkan punggung di lobi hotel.
“Farhana. Just call me Hana. I’m sorry for thinking nonsense about you. Anyway, thank you for helping me that night. If not....”
“Shh.. Don’t think about it anymore. Anyway, my name is Jeremy,” kata Jeremy sambil meletakkan jari tunjuknya di bibir Farhana. Farhana menjadi kaku sebentar. Terkejut dengan tindakan Jeremy.
“Er, I need to go to my room now. I’m tired,” kata Farhana cuba melarikan diri.

“Ok. See you again tomorrow,” kata Jeremy gembira. Farhana hanya tersenyum lalu terus berjalan menuju ke biliknya.

Sunday, May 10, 2015

gambar...

Sebenarnya, aku tgh bosan ni + pening nk pikir ayat tuk thesis aku.. adesss... so, just update some story pics.. hehehe



Saturday, May 9, 2015

Tokyo Ghoul

Yeah...

sejak kebelakangn nie, aku da ketagih dengan anime nie...

jalan cerita menarik.. tapi kesian dengn nasib watak utama.. macam2 yg dia lalui.. 

especially part seksaan tue.. huhuhu... 

dan, aku ambil masa 2 hari utk habiskan anime nie.. season 1 ngn 2.. hehehe...

tp, memang aku tak puas ati dgn ending die.. mcm tergantung!!! huhuhu...

Tapi, nasihat aku, utk sesapa yg x leh tgk part2 mcm bunuh2, tak digalakkan sgt tgk anime nie.. (walaupun aku tgk x de rase menakutkn sgt)








oh yeah. some quotes from kaneki-kun!! (sumber dari uncle google)

Thursday, May 7, 2015

Pic Story~~

Main characters:
Ruki (the Gazette), Mao (SID) and Yuya Matsushita




Cerpen 2.. Part 7

Setelah tiba di Pulau Jeju, Jeremy terus diserbu oleh peminatnya sehingga dia tidak boleh berjalan. Farhana yang kehairanan melihat sekumpulan orang berkumpul dan terjerit-jerit segera menghampiri kumpulan tersebut dan melihat apa yang berlaku. Sangkanya ada persembahan namun, tiada apa pun. Dia segera berlalu pergi.
Ketika sedang sibuk memberi autograf, Jeremy ternampak kelibat perempuan Malaysia itu. Dia cuba mengejar perempuan itu namun gagal kerana perempuan itu telah pergi. Jeremy segera menuju ke hotel. Setelah check-in, dia segera menghempaskan badannya di atas tilam yang empuk itu sambil memikirkan kejadian sebentar tadi. Sambil berfikir, dia terlelap kepenatan.
Malam itu, Farhana hanya mampu merenung kosong makanan tradisional Korea yang terhidang di hadapannya. Sejak tiba di Korea Selatan, hatinya sentiasa berasa kosong, seolah-olah ada sebahagian dari dirinya yang hilang. Ketika ini, dia teringat nasihat yang diberikan oleh ibunya agar mencari pasangan hidup. Pasangan hidup? Huh, tak mungkin aku nak cari lagi. Aku dah serik dengan lelaki seperti Khai. Bisik hati Farhana sambil tersenyum sinis.
Hidangan yang terpampang di depan mata amat menarik. Dirinya sudah tidak sabar lagi menikmati hidangan tersebut. Dalam masa beberapa minit saja, Jeremy telah menghabiskan makan malamnya. Mana tidaknya, sejak dia sampai di Pulau Jeju petang tadi, dia tidur sehingga malam. Setelah selesai menjamu selera, dia mengambil keputusan untuk keluar menikmati angin malam Jeju.
How much is this?” soal Farhana sambil matanya melilau sekeliling kedai. Malu sekiranya ada orang lelaki di dalam kedai. Entah kenapa dia tidak terfikir untuk membawa tuala wanita. Sudahnya, dia terpaksa membeli barang itu di sini.
5000 won,” kata jurujual itu, acuh tak acuh saja.
“Oh, ok.” Farhana segera mengambil dompetnya di dalam tas tangan. 100 00 won dihulurkan kepada jurujual itu.
“Er, you.. Small money?” soal jurujual itu dengan bahasa Inggeris yang tunggang-langgang. Farhana tersenyum melihat gelagat jurujual itu. Bukannya dia tidak tahu bahawa kebanyakan rakyat Korea tidak mahir berbahasa Inggeris.
“Sorry, I don’t have small money,” kata Farhana. Aduh, masalah pula. Kenapa kedai runcit tak ada duit kecil? Sekarang macamana? Bisik hati Farhana. Bimbang dengan keadaan itu.
How much is it?” kedengaran suara seorang lelaki bercakap dengan jurujual itu. Farhana segera berpaling, melihat siapa lelaki itu.
Sebaik saja melihat wajah lelaki Korea itu, Farhana kaget. Bukankah lelaki itu lelaki yang pernah membawanya ke bilik hotel milik lelaki itu 5 tahun yang lalu? Apabila teringat peristiwa tersebut, mukanya segera menjadi merah. Malu dan geram dengan lelaki itu. Kenapalah lelaki itu perlu berada di sini dan mengganggu ketenangannya?
5000 won. This lady doesn’t have small money and I don’t have the change,” kata jurujual itu. Farhana hanya memandang jurujual itu dengan wajah keliru kerana tidak faham apa yang mereka bercakap.
It’s ok. I’ll pay for her,” kata Jeremy lalu segera mengeluarkan not 5000 won. Dia segera mengambil barang wanita itu dan menghulurkan kepada Farhana. Sempat lagi dia melihat barang apa yang dibeli oleh Farhana. Dia hanya tersenyum melihat tuala wanita. Farhana segera mengambil barangnya dengan muka yang merah.
“Thank you,” kata Farhana ringkas lalu segera berjalan keluar dari kedai itu. Dia cuba mengelak dari memandang muka lelaki itu.
“Wait! I know you!” jerit Jeremy sambil mengejar Farhana. Langkah Farhana terhenti sebaik saja mendengar jeritan Jeremy.
Alamak, dia panggil akulah. Apa yang aku nak buat sekarang ini? Baik aku lari sebelum dia datang... Bisik hati Farhana. Lalu, dia segera berlari menuju ke hotel. Sebaik saja sampai di lobi hotel, dia berehat sebentar. Penat berlari dalam sejuk malam. Apabila pasti lelaki itu tidak lagi mengejarnya, dia berjalan dengan tenang menuju ke lif. Apabila sedang menunggu lif, dia terasa seseorang sedang memegang lengannya. Terkejut dengan tindakan itu, dia segera menampar orang itu. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat lelaki tadi yang ditamparnya.