Thursday, August 30, 2012

Busy...

Assalam..

Maaf dah lame tak update blog... Penyakit M dah mula melanda. Anyway, di sini saya nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri... Saya juga ingin meminta maaf sekiranya penulisan saya di blog ini ada mengguris hati orang.... apa yang saya tulis di blog ini adalah untuk pengajaran saja, bak kata pepatah Melayu, ambil yang keruh, buang yang jernih.... 


ok.. skarang, aku nak citer pasal apa yang membuatkan aku busy skit hari nie.. hohoho.. Hari, aku dah boleh daftar subjek tuk sem baru nie... hurm, apa yang membuatkan aku busy? Kawan2 sms or call aku and tanye pasal subjek yang kena amik. Pastue, siap wat perbincangan and survey pasal subjek wajib.. Hurm, sebenarnye jadual sem baru nie agak padat. Hari isnin, selasa, khamis kitorg balik kul 6 ptg.. letih kot.. Hari jumaat relax skit... hohoho... Ape2 pun, aku harap aku dapat mengharungi sem nie dengan jayanya... Wish me luck ok.. ^^

Thursday, August 2, 2012

Resepi Puding Telur..

Assalam... ^^ Hari nie aku nak share ngan korang resepi nie.. Nth la tetibe teringat lak kat puding telur.. heheh...

Bahan-bahan

8 biji telur
1 tin susu cair
1 cawan gula
2 cawan air
1/2 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:
  1. Masukkan telur, gula dan esen vanila.
  2. Kacau sampai gula hancur. Jangan kacau sampai telur kembang.
  3. Masukkan 1 tin susu cair dan kacau.
  4. Masukkan 1 tin air dan kacau juga.
  5. Sebelum masukkan adunan puding kedalam bekas, panaskan 1 1/2 sudu besar gula di dalam bekas untuk membuat gula hangus. 
  6. Tapis puding sebelum dimasukkan kedalam bekas untuk dikukus. Ini untuk memastikan tiada ketulan putih telur pada puding anda.
  7. Kukus puding selama 30 minit.
  8. Siap! Biarkan puding sejuk seketika sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk... Nikmatilah puding telur anda semasa makan petang.. Yummy!




Tada~~ Nilah hasilnye... Sorry, gmbr kecik skit... So, enjoy.. ^^