Bahan-bahan
8 biji telur
1 tin susu cair
1 cawan gula
2 cawan air
1/2 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
- Masukkan telur, gula dan esen vanila.
- Kacau sampai gula hancur. Jangan kacau sampai telur kembang.
- Masukkan 1 tin susu cair dan kacau.
- Masukkan 1 tin air dan kacau juga.
- Sebelum masukkan adunan puding kedalam bekas, panaskan 1 1/2 sudu besar gula di dalam bekas untuk membuat gula hangus.
- Tapis puding sebelum dimasukkan kedalam bekas untuk dikukus. Ini untuk memastikan tiada ketulan putih telur pada puding anda.
- Kukus puding selama 30 minit.
- Siap! Biarkan puding sejuk seketika sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk... Nikmatilah puding telur anda semasa makan petang.. Yummy!
Tada~~ Nilah hasilnye... Sorry, gmbr kecik skit... So, enjoy.. ^^
No comments:
Post a Comment