Sunday, May 19, 2013

Mengapa saya tak suka hari Isnin?

Assalam...

Seperti ramai sedia maklum, esok menjelmalah hari Isnin. Rasa-rasanya ramai yang tak suka dengan hari Isnin. Termasuklah aku.. heheh... Ok, sekarang aku nak share dengan korang pendapat dak-dak Matrix pasal hari isnin...

1. Tak puas enjoy cuti weekend. Kirenyer still dalam mood cuti. Kalau boleh nak hari Isnin tue cuti gak. Hehehe

2. Jadual kelas padat giler sehingga mampu memecahkan kepala ambo... Huhuhu

3. Semua kelas tutor ada hari isnin. Tutor Bio, Math n Chemistry. So, ini menyebabkan kawe terpaksa berjuang sehingga lewat malam pada hari ahad untuk menyiapkan semua tutor ni. (T^T)... Dan, kalau nasib sangat baik, hari isnin tue akan ada kuiz time tutor. 

4. Jadual padat, habis kelas pukul 5 petang. Start kelas pukul 8 pagi sampailah pukul 5 petang. Waktu rehat dalam sejam dua jer. Huhuhu.. Penat...

5. Itulah antara sebab mengapa saya tak suka hari Isnin. Tapi, saya sangat suka hari Jumaat... Faham-fahamlah kenapa ekk... hohoho... 

Hurm, teringat pulak mase aku kat Matriks dulu.. Memang pack giler jadual. Rase macam nak pecah kepala nie dok dengar lecture dari pagi sampai petang. Hurm, tapi still ader memori terindah kat sana... (^_^)


nie gambar kawan sepraktikum dulu.... H3P1... 

Saturday, May 18, 2013

Suratan atau Kebetulan?

Assalam.....

Hah, hari nie aku dengan kawan-kawan aku ada buat discussion tuk assignment statistic. Pastue, dalam hampir sejam kitorang bincang + bersembang, kitorang buat keputusan tuk undi sape buat part mana. Dan, alkisah seorang kawan aku nie, hurm... aku bagi nama C. Antara semua member group, hanya si C nie jer yang ada software untuk buat histogram, bar chart dan banyak lagi. 

Mula-mula, kitorang suruh si C ni buat part histogram. Sebabnya, senang skit, hanya  dia jer yang ada software tue. Tapi dia tak nak. Then, hasil undian kitorang, si C dapat part histogram. Habis semua orang gelak kat die... Hihihi..... So, nak buat macamana... Nak tak nak, kenalah buat gak part tue. 

Hurm, aku plak kena part yang senang.... Part intro... hehehe.... :P 

Cerpen 2.... Part 4


Yu Na, kenapa kau tak pernah faham hatiku sekarang bukan untuk kau lagi. Hatiku telah dibawa lari oleh perempuan Malaysia itu.. Hati Jeremy berbisik.
Ketika Jeremy sedang melakonkan satu adegan drama barunya, suasana di lokasi penggambaran kecoh seketika dengan kehadiran Yu Na. Yu Na yang baru tiba tersenyum girang dengan reaksi yang diterimanya. Dia segera berjalan menuju kepada Jeremy. Jeremy hanya memandang kosong wajah Yu Na. Sebaik sahaja Yu Na menghampiri Jeremy, dia segera melakukan sesuatu di luar dugaan. Semua orang di situ terkejut melihat Yu Na dan Jeremy berkucupan.
Jeremy yang tidak menjangka Yu Na akan melakukan perkara itu juga turut terkejut. Setelah masa berlalu buat seketika, Jeremy segera menjauhkan wajahnya dari Yu Na.
Hey! What are you doing?!” tengking Jeremy. Hatinya kini dirasuki amarah. Marah dengan tindakan melulu Yu Na.
Jeremy, you know I always love you. I just want to show you how much I love you,” kata Yu Na sambil memandang wajah kekasihnya dengan penuh kasih.
You don’t have to do that because between us there is nothing! You hear that? Nothing! Now, go! I don’t want to see you again,” jerit Jeremy. Geram hatinya dengan Yu Na. Ingin saja dia menampar perempuan di depannya itu.
How could you do this to me! I know. That woman.. That woman on last night. You slept with her, right? That’s why you ignore me! You....,” belum sempat Yu Na menghabiskan ayatnya, sebuah penampar singgah di pipinya.
Don’t you dare talk like that about her. I did not touch her. Now, please. Don’t disturb me again,” kata Jeremy lalu terus meninggalkan lokasi penggambaran. Semua yang melihat adegan tersebut terdiam.
What are you all looking at?!” jerit Yu Na geram kepada semua orang lalu segera berlalu pergi.

Thursday, May 9, 2013

Cerpen 2... Part 3


5 tahun kemudian...
            “Hey! Its Jeremy!” jerit salah seorang perempuan sebaik sahaja melihat Jeremy sedang menikmati hidangan tengaharinya di salah sebuah restoran. Dalam sekelip mata saja, keadaan di luar restoran itu penuh dengan peminat. Peminat Jeremy.
Dalam tempoh 5 tahun, Jeremy Berjaya mencapai kejayaan apabila menjadi artis yang terkenal di tanah airnya. Dalam masa yang singkat itu, dia dihujani dengan banyak tawaran untuk berlakon baik dalam drama mahupun filem. Walaupun begitu, dia masih tidak melupakan seorang perempuan yang dibantunya pada satu malam semasa dia melancong ke Paris. Sudah puas dia berusaha mencari perempuan tersebut namun usahanya gagal.
Hey, Jeremy. Hurry up. We must get out of this restaurant as soon as possible before more fans come here,” kata pengurus Jeremy.Kata-kata pengurusnya menyebabkan Jeremy tersedar dari mimpi. Dia lantas bangun dan berjalan mengikut pengurusnya.
Manakala Yu Na pula menjadi penyanyi solo yang tersohor di rantau Asia. Peminat-peminatnya terdiri daripada pelbagai bangsa baik dari Korea, Jepun, Taiwan malahan Singapura juga.
Hello darling, where are you? Let’s meet. I miss you so much,” kata Yu Na sebaik saja panggilannya berjawab.
I’m shooting a scene now. Sorry, I don’t have time to meet with you. I quite busy now. Sorry,” kata Jeremy. Ikutkan hati, dia tidak mahu menjawab panggilan bekas kekasihnya itu.
Oh, really. It’s ok. I’ll go to your place. Wait for me ok,” kata Yu Na yang tidak pernah akan erti putus asa. Dalam tempoh 5 tahun, pelbagai cara dia telah lakukan agar Jeremy dapat menerimanya semula. Namun, usahanya itu sia-sia. Jeremy yang dia kenal telah berubah menjadi orang asing.
No, you don’t..” belum sempat Jeremy menghabiskan ayatnya, Yu Na telah memutuskan talian.