Sunday, May 19, 2013

Mengapa saya tak suka hari Isnin?

Assalam...

Seperti ramai sedia maklum, esok menjelmalah hari Isnin. Rasa-rasanya ramai yang tak suka dengan hari Isnin. Termasuklah aku.. heheh... Ok, sekarang aku nak share dengan korang pendapat dak-dak Matrix pasal hari isnin...

1. Tak puas enjoy cuti weekend. Kirenyer still dalam mood cuti. Kalau boleh nak hari Isnin tue cuti gak. Hehehe

2. Jadual kelas padat giler sehingga mampu memecahkan kepala ambo... Huhuhu

3. Semua kelas tutor ada hari isnin. Tutor Bio, Math n Chemistry. So, ini menyebabkan kawe terpaksa berjuang sehingga lewat malam pada hari ahad untuk menyiapkan semua tutor ni. (T^T)... Dan, kalau nasib sangat baik, hari isnin tue akan ada kuiz time tutor. 

4. Jadual padat, habis kelas pukul 5 petang. Start kelas pukul 8 pagi sampailah pukul 5 petang. Waktu rehat dalam sejam dua jer. Huhuhu.. Penat...

5. Itulah antara sebab mengapa saya tak suka hari Isnin. Tapi, saya sangat suka hari Jumaat... Faham-fahamlah kenapa ekk... hohoho... 

Hurm, teringat pulak mase aku kat Matriks dulu.. Memang pack giler jadual. Rase macam nak pecah kepala nie dok dengar lecture dari pagi sampai petang. Hurm, tapi still ader memori terindah kat sana... (^_^)


nie gambar kawan sepraktikum dulu.... H3P1... 

No comments:

Post a Comment