Sunday, May 13, 2012

Cerpen 1.... Final..


Majlis perkahwinan Melina dan Lutfi telah selesai. Segala-galanya berjalan dengan lancar. Hampir semua tetamu telah pulang.
            “Wah, penatnya,” kata Melina sambil berjalan ke dapur, membantu apa yang patut.
            “Sayang, sini sekejap,” panggil Lutfi.
            “Ada apa?” soal Melina. Mukanya merona kemerahan sebaik sahaja mendengar Lutfi memanggilnya sayang.
            “Sinilah,” kata Lutfi, tidak sabar. Melina hanya mengikut saja.
            “Ada apa?” soal Melina sebaik sahaja mereka masuk ke bilik tidur mereka.
            “Tak ada apa. Saja nak kacau sayang,” kata Lutfi sambil merangkul pinggang Melina. Melina yang terkejut dengan tingkah laku Lutfi menjerit kecil.
            “Apa ni? Lepaslah. Malulah,” kata Melina sambil cuba melepaskan diri namun Lutfi mengemaskan lagi rangkulannya.
            “Sabarlah.. Saya ada banyak kerja ni,” kata Melina cuba meminta simpati.
            “Baiklah. Abang bagi masa 5 minit untuk sayang siapkan kerja-kerja sayang,” kata Lutfi sambil tersenyum mesra lalu terus melepaskan rangkulannya.
            “Eh, mana sempat. Bagilah 1 jam,” kata Melina.
            “Tak boleh. Hanya 5 minit masa di beri dan bermula sekarang!” kata Lutfi seolah-olah pengacara acara sukan. Melina yang mendengar kata-kata Lutfi segera berjalan keluar.
            “Sayang, sini kejap,” panggil Lutfi apabila Melina ingin membuka pintu.
            “Ada apa lagi? Nanti habislah masa 5 minit saya,” kata Melina lembut sambil tersenyum mesra. Lutfi hanya berdiam diri dan berjalan menghampiri Melina, lalu segera mencium pipi Melina. Melina terkaku sebentar.
            “Apa yang sayang buat tu? Tutup mulut tu. Nanti lalat masuk. Eh, tinggal 3 minit jer,” kata Lutfi sambil tersenyum nakal. Melina yang baru sedar dari khayalan segera berjalan keluar dari bilik dengan muka yang merona kemerahannya. Lutfi hanya mampu ketawa melihat tingkah laku isterinya itu.

Monday, May 7, 2012

Cerpen 1... Part 8


8

            “Sayang, bangun. Kita dah sampai,” kejut Syafiq. Melina terpinga-pinga sebentar.
            “Sayang, ni baju pengantin. Sayang pergi tukar dulu ya,” kata Syafiq lembut sambil menyerahkan sepasang baju pengantin yang cukup indah. Melina hanya menurut.
            “Apa yang perlu aku lakukan ni? Aku mesti melengah-lengahkan masa,” bisik Melina sambil menyarungkan baju pengantin ke badannya.
            “Wah, cantiknya. Macam bidadari dari kayangan. Ok, jom masuk,” kata Syafiq sambil tersenyum girang. Hari ini, Melina akan jadi milik aku buat selama-lamanya. Bisik hati Syafiq.
            Melina hanya tersenyum tawar. Dia tidak mahu menghabiskan seluruh hidupnya dengan orang yang tidak dicintai.
            “Syafiq, I nak ke toilet sekejap,” kata Melina.
            “Ok. Cepat sikit tau,”

            ‘Lutfi, where are you? Sekarang saya kat Masjid Rantau Panjang. Syafiq dah bersedia untuk majlis pernikahan ni,’

            Sebaik sahaja Lutfi membaca mesej daripada Melina, dia segera memecut laju keretanya. Polis telah pun dihubungi.
            “Melina, come here. You duduk sini,” kata Syafiq. Melina menurut dengan berat hati.
            “Baiklah. Pengantin lelaki, kamu dah sedia?” soal tok imam.
            “Saya dah sedia,” kata Syafiq.
            “Baiklah. Kita boleh mulakan sekarang,” kata tok imam lalu segera bersalam dengan Syafiq.
            Tiba-tiba Melina bangun. Semua mata tertumpu kepadanya. Syafiq yang hairan dengan tingkah laku Melina segera bangun.
            “Sayang, kenapa ni? Duduklah,” bisik Syafiq.
            “Tak nak! I tak nak kahwin dengan you!” kata Melina tegas.
            “Apa yang you cakap ni? Baik you duduk diam-diam agar majlis ni cepat selesai,” kata Syafiq berang dengan perubahan sikap Melina.
            “I don’t want to!” kata Melina lalu segera berlari keluar dari masjid.
            “Melina! Wait! Jangan lari!” kejar Syafiq.
            Sebaik sahaja Melina keluar dari masjid, kelihatan sebuah kereta memasuki kawasan masjid. Melina amat mengenali kereta itu.
            “Lutfi!” jerit Melina sebaik sahaja melihat Lutfi keluar dari kereta. Tanpa membuang masa, dia segera berlari mendapatkan Lutfi.
            “Melina, datang sini! Lelaki tu bukan untuk you! Hanya I yang boleh menjadi suami you!” jerit Syafiq.
            “Tak mahu! I tak cintakan you. I hanya cintakan dia! Hanya dia yang berada di hati I,” kata Melina sambil berdiri di belakang Lutfi.
            “Syafiq, sudah lah. Terimalah kenyataan bahawa Melina tidak ditakdirkan untuk kau,” kata Lutfi lembut tetapi tegas.
            “Wei, kau diam! Aku tak bercakap dengan kau pun,” marah Syafiq. Dia segera berjalan mendapatkan Melina. Melina segera memeluk kuat Lutfi, berharap agar Syafiq tidak mendekatinya.
            Tidak lama kemudian, muncul sebuah kereta polis. Masing-masing terkejut dengan keadaan sekarang. Beberapa orang polis segera menahan Syafiq.
            “Eh, apa ni encik? Saya tak buat apa-apa,” kata Syafiq sebaik sahaja ditahan.
            “Kami menerima laporan mengatakan bahawa encik telah menculik seorang wanita,” terang salah seorang pegawai polis.
            “Eh, mana ada encik. Perempuan itu yang rela mengikut saya,” kata Syafiq sambil menuding jari ke arah Melina. Melina hanya menyorok di belakang Lutfi. Bimbang sekiranya Syafiq mengapa-apakannya.
            “Sayang, kenapa buat abang macam ni? Hahaha.. Melina! Sampai hati kau buat aku macam ni? Hahaha,” jerit Syafiq sambil berjalan menuju ke kereta polis.
            “Nampaknya dia dah tak siuman,” kedengaran salah seorang anggota polis berkata kepada anak buahnya.
            Setelah polis pergi, keadaan menjadi tenang. Hanya tinggal Melina dan Lutfi.
            “Melina, sampai bila awak nak peluk saya macam ni?” soal Lutfi sambil menahan malu. Melina seolah-olah baru sedar segera melepaskan pelukannya. Kedua-duanya menahan malu. Muka Lutfi sudah memerah.
            “Jomlah balik. Semua orang bimbangkan awak,” kata Lutfi lalu segera menaiki keretanya dan memandu ke lapangan terbang.