8
“Sayang,
bangun. Kita dah sampai,” kejut Syafiq. Melina terpinga-pinga sebentar.
“Sayang,
ni baju pengantin. Sayang pergi tukar dulu ya,” kata Syafiq lembut sambil
menyerahkan sepasang baju pengantin yang cukup indah. Melina hanya menurut.
“Apa
yang perlu aku lakukan ni? Aku mesti melengah-lengahkan masa,” bisik Melina
sambil menyarungkan baju pengantin ke badannya.
“Wah,
cantiknya. Macam bidadari dari kayangan. Ok, jom masuk,” kata Syafiq sambil
tersenyum girang. Hari ini, Melina akan jadi milik aku buat selama-lamanya.
Bisik hati Syafiq.
Melina
hanya tersenyum tawar. Dia tidak mahu menghabiskan seluruh hidupnya dengan
orang yang tidak dicintai.
“Syafiq,
I nak ke toilet sekejap,” kata Melina.
“Ok.
Cepat sikit tau,”
‘Lutfi,
where are you? Sekarang saya kat Masjid Rantau Panjang. Syafiq dah bersedia
untuk majlis pernikahan ni,’
Sebaik sahaja Lutfi membaca mesej daripada Melina, dia
segera memecut laju keretanya. Polis telah pun dihubungi.
“Melina,
come here. You duduk sini,” kata Syafiq. Melina menurut dengan berat hati.
“Baiklah.
Pengantin lelaki, kamu dah sedia?” soal tok imam.
“Saya
dah sedia,” kata Syafiq.
“Baiklah.
Kita boleh mulakan sekarang,” kata tok imam lalu segera bersalam dengan Syafiq.
Tiba-tiba
Melina bangun. Semua mata tertumpu kepadanya. Syafiq yang hairan dengan tingkah
laku Melina segera bangun.
“Sayang,
kenapa ni? Duduklah,” bisik Syafiq.
“Tak
nak! I tak nak kahwin dengan you!” kata Melina tegas.
“Apa
yang you cakap ni? Baik you duduk diam-diam agar majlis ni cepat selesai,” kata
Syafiq berang dengan perubahan sikap Melina.
“I
don’t want to!” kata Melina lalu segera berlari keluar dari masjid.
“Melina!
Wait! Jangan lari!” kejar Syafiq.
Sebaik
sahaja Melina keluar dari masjid, kelihatan sebuah kereta memasuki kawasan
masjid. Melina amat mengenali kereta itu.
“Lutfi!”
jerit Melina sebaik sahaja melihat Lutfi keluar dari kereta. Tanpa membuang
masa, dia segera berlari mendapatkan Lutfi.
“Melina,
datang sini! Lelaki tu bukan untuk you! Hanya I yang boleh menjadi suami you!”
jerit Syafiq.
“Tak
mahu! I tak cintakan you. I hanya cintakan dia! Hanya dia yang berada di hati
I,” kata Melina sambil berdiri di belakang Lutfi.
“Syafiq,
sudah lah. Terimalah kenyataan bahawa Melina tidak ditakdirkan untuk kau,” kata
Lutfi lembut tetapi tegas.
“Wei,
kau diam! Aku tak bercakap dengan kau pun,” marah Syafiq. Dia segera berjalan
mendapatkan Melina. Melina segera memeluk kuat Lutfi, berharap agar Syafiq
tidak mendekatinya.
Tidak
lama kemudian, muncul sebuah kereta polis. Masing-masing terkejut dengan
keadaan sekarang. Beberapa orang polis segera menahan Syafiq.
“Eh,
apa ni encik? Saya tak buat apa-apa,” kata Syafiq sebaik sahaja ditahan.
“Kami
menerima laporan mengatakan bahawa encik telah menculik seorang wanita,” terang
salah seorang pegawai polis.
“Eh,
mana ada encik. Perempuan itu yang rela mengikut saya,” kata Syafiq sambil
menuding jari ke arah Melina. Melina hanya menyorok di belakang Lutfi. Bimbang
sekiranya Syafiq mengapa-apakannya.
“Sayang,
kenapa buat abang macam ni? Hahaha.. Melina! Sampai hati kau buat aku macam ni?
Hahaha,” jerit Syafiq sambil berjalan menuju ke kereta polis.
“Nampaknya
dia dah tak siuman,” kedengaran salah seorang anggota polis berkata kepada anak
buahnya.
Setelah
polis pergi, keadaan menjadi tenang. Hanya tinggal Melina dan Lutfi.
“Melina,
sampai bila awak nak peluk saya macam ni?” soal Lutfi sambil menahan malu.
Melina seolah-olah baru sedar segera melepaskan pelukannya. Kedua-duanya
menahan malu. Muka Lutfi sudah memerah.
“Jomlah
balik. Semua orang bimbangkan awak,” kata Lutfi lalu segera menaiki keretanya
dan memandu ke lapangan terbang.
No comments:
Post a Comment