7
“Kau nak pergi mana
ni? Lepaskan aku!” jerit Melina.
“Kita
pergi ke sempadan. Kita kahwin kat sana ya, sayang. Kali ini, tak ada
sesiapapun akan menghalang pernikahan kita,” kata Syafiq sambil menyentuh pipi
gebu Melina.
Melina
cuba menepis tangan Syafiq namun usahanya gagal. Sebelah tangannya digari oleh
Syafiq menyebabkan tindakannya sedikit terbatas.
“Sayang,
tunggu sekejap ya. Abang nak pergi beli makanan untuk mengalas perut,” kata
Syafiq lalu segera keluar dari keretanya dan berjalan ke sebuah kedai runcit
yang berhampiran.
Tanpa
membuang masa, Melina segera mencari pin untuk membuka gari di tangannya.
Ketika sedang asyik menggeledah bahagian depan, Syafiq mengetuk cermin di
sebelahnya membuatkan Melina hampir melompat terkejut.
“Sayang,
cari apa tu?” soal Syafiq sambil meletakkan plastic yang berisi makanan di
bahagian belakang.
“I
tengah cari air. Tapi I tak jumpa. I hauslah sayang,” kata Melina lembut.
“Wah,
you dah panggil I sayang? Maknanya, you dah boleh terima kenyataan?” soal
Syafiq yang gembira dengan perubahan sikap Melina.
“Ya,
apa yang you cakap tadi ada benarnya. I lagi rela kahwin dengan you daripada
kahwin dengan orang yang I tak kenal. So, can you please let me go? I wont run
away. I promise,” kata Melina sambil membuat muka menggoda. Dia hanya tersenyum
di dalam hati. Betapa mudahnya lelaki ini mempercayai aku.
“Tak
boleh. Nanti you lari. I tak nak kehilangan you lagi,” kata Syafiq tegas. Air
mukanya berubah sebaik sahaja mendengar permintaan Melina.
“Kenapa
you tak percaya pada I? Demi you, I sanggup buat apa saja. You just say it,”
kata Melina sambil memegang lembut tangan Syafiq.
“Walaupun,
I minta benda-benda yang tak sepatutnya?” soal Syafiq sambil tersenyum nakal.
“Hei,
you ni! Sabarlah. Malu I,” kata Melina sambil ketawa. Hatinya berasa
geli-geliman melihat muka miang Syafiq.
“Hahaha...
Ok, kita tunggu malam ni ya,” kata Syafiq lalu terus memecut laju. Hatinya
sudah tidak sabar untuk tiba ke tempat yang dituju.
“Sayang,
jom kita makan. Mesti sayang dah laparkan?” kata Syafiq lembut, mengejutkan
Melina dari tidur.
“Hurm?
Ok,” kata Melina ringkas lalu terus bangun dan berjalan menuruti Syafiq.
“Eh,
mana Melina ni? Dah malam pun tak balik-balik lagi. Orang call pun dia tak
angkat. Takkan lama sangat nak ambil barang hantaran,” kata Datin Zaleha yang
runsing apabila tidak melihat kelibat anaknya sejak petang tadi.
“Mungkin
dia pergi rumah Lutfi kot. Dah telefon ke Rogayah? Cuba kamu Tanya dia Melina
ada tak kat situ?” kata Datuk Hapis tenang.
“Hurm,
baiklah. Saya cuba call dia,” kata Datin Zaleha lantas segera menelefon
Rogayah, kenalan lamanya.
“Bang,
Melina tak ada kat rumah rogayah. Macamana ni? Saya bimbanglah,” kata Datin
Zaleha sambil berjalan mundar-mandir.
“Awak
ni, cuba duduk diam. Pening saya tengok awak mundar-mandir depan saya,” tegur
Datuk Hapis. Dia sudah lali dengan sikap isterinya yang tidak pernah berubah
sejak mereka mula berkahwin.
“Macamana
saya nak duduk diam? Anak kita tak tau pergi mana ni,” kata Datin Zaleha lalu
segera melabuhkan punggung di sebelah Datuk Hapis.
“Sabarlah.
Mungkin dia pergi ke rumah kawan-kawan dia,” kata Datuk Hapis cuba menenangkan
Datin Zaleha sambil memeluk isterinya.
“Tapi
saya bimbang,” hanya itu yang mampu diucapkan oleh Datin Zaleha. Air matanya
sudah laju membasahi pipi. Datuk Hapis mengelap lembut air mata di pipi
isterinya. Walaupun sudah 28 tahun mereka berkahwin, namun kemesraan antara
mereka tidak pernah hilang.
“Eh,
Lutfi. Melina ada call kamu tak?” soal Rogayah kepada Lutfi sebaik sahaja
melihat anaknya berjalan ke dapur.
“Eh,
tak. Kenapa umi?” soal Lutfi yang jelas hairan dengan pertanyaan uminya.
“Tadi
Datin Zaleha telefon umi. Dia kata Melina tak balik-balik selepas keluar dari
rumah,” kata Rogayah cuba menerangkan apa yang berlaku tadi.
“Hah?
MasyaAllah.. Kenapa boleh jadi macam ni?” soal Lutfi yang turut terkejut dengan
berita itu.
“Kamu
rasa Melina melarikan diri kerana tak mahu berkahwin ke?” soal Rogayah cuba
memikirkan sebarang kemungkinan yang berlaku.
“Ish,
umi. Tak elok fikir macam itu. Baik kita pergi ke rumah Datin Zaleha,”
“Baiklah.
Tunggu sekejap. Umi nak bersiap,” kata Rogayah lalu segera berlalu ke biliknya.
Sepanjang
dalam perjalanan ke rumah Datin Zaleha, keadaan di dalam kereta sunyi sepi.
Masing-masing runsing memikirkan apa yang baru saja berlaku. Hati Lutfi menjadi
resah apabila teringat kata-kata uminya tadi. Mungkinkah Melina melarikan diri
dengan kekasih lamanya? Mungkinkah Melina tidak dapat menerima dirinya dan
enggan meneruskan pernikahan ini?
“Sayang,
boleh tak berhenti sekejap. I nak pergi toilet,” kata Melina.
“You
dah tak tahan ke?” soal Syafiq. Dia malas berhenti kerana ini akan melambatkan
perjalanannya.
“Ya.
I dah tak tahan sangat ni. You still tak percaya pada I ke? Kita dah nak kahwin
tapi you masih curiga dengan I. Sampai hati you,” kata Melina seolah-olah
merajuk.
“Eh,
mana ada I curiga dengan you. Ok, kita berhenti kat sini,” kata Syafiq lantas
segera memberhentikan keretanya.
“Eh,
you nak pergi toilet juga ke?” soal Melina apabila melihat Syafiq keluar dari
keretanya.
“Ya.
I pun dah tak tahan juga ni,” kata Syafiq sambil tersenyum.
Melina
hanya melemparkan senyuman yang hambar. Dia segera berjalan ke tandas. Sebaik
sahaja memasuki tandas, dia segera mengunci tandas dan mengeluarkan telefon
bimbitnya yang masih berada di dalam kocek seluarnya. Mujurlah Syafiq tidak
memeriksa dirinya.
‘Lutfi,
you must help me. Im in danger now. Saya sekarang ni berada dengan Syafiq. Dia
culik saya dan membawa saya ke sempadan untuk bernikah. Please, help me,’
“Eh, umi. Cuba baca mesej ni,” kata Lutfi sebaik sahaja
menerima pesanan ringkas daripada Melina.
“Ya
Allah... Kenapa boleh jadi macam ni? Abang, apa yang kita nak buat ni?” soal
Datin Zaleha cemas.
“Sabar
Datin. Macam inilah, saya akan pergi ke Kelantan untuk menghalang Syafiq
manakala Datuk pergi buat laporan polis,” kata Lutfi tenang.
“Baiklah.
Kamu pandu kereta elok-elok,” kata Datuk Hapis. Lutfi hanya mengangguk. Selepas
dia bersalam dengan Rogayah, Datuk Hapis dan Datin Zaleha, dia segera
berangkat.
“Bersabarlah,
Leha,” kata Rogayah sambil cuba menenangkan sahabatnya itu.
No comments:
Post a Comment