Friday, April 13, 2012

Cerpen 1... Part 3

3

Melina terkejut dengan kelakuan Lutfi tadi. Dia berasa menyesal kerana bersikap kebudak-budakan. Selera Melina mati serta-merta. Melina terus bangkit, meninggalkan not lima puluh di atas meja dan terus berjalan meninggalkan kedai itu. Malam itu, Melina tidak dapat melelapkan matanya. Dia berasa bersalah kerana bersikap begitu. Lalu Melina segera mencapai telefonnya dan menaip mesej untuk Lutfi. Setelah butang send ditekan, Melina menunggu balasan daripada Lutfi. Setelah agak lama menunggu, masih tiada balasan dari Lutfi. Melina segera mendail nombor telefon Lutfi dan mendail. Setelah agak lama menunggu, kedengaran suara Lutfi di hujung talian.
            “Assalamuaikum. Ada apa Melina?” soal Lutfi. Sebenarnya dia hairan kerana selama ini, Melina tidak pernah menelefonnya.
            “Sebenarnya saya...”
            “Berdosa tak jawab salam,” sindir Lutfi. Terasa muka Melina kemerahan menahan malu. Nasib baik Lutfi tidak berada di depan mata.
            “Waalaikumussalam. Sebenarnya, saya nak minta maaf kerana berperangai kebudak-budakan petang tadi,” akhirnya Melina Berjaya meluahkan segala tekanan perasaan yang dialaminya sejak pulang petang tadi.
            “Oh. Tentang itu ke cik Melina call saya malam-malam buta ni? Tak apa. Sebenarnya, saya pun nak minta maaf kerana kata-kata saya sedikit kasar tadi,” kata Lutfi. Nada suaranya kedengaran sedikit ceria.
            “Panggil saya Lina je. Terima kasih kerana maafkan saya. Saya pun tak terasa hati bila awak cakap macam tu. Dah memang salah saya,” kata Melina, memulakan bicara.
            “Betul juga tu. Kalau orang dah buat salah, saya tegurlah. Kalau saya buat salah, Melina tak payah teragak-agak nak tegur saya. Not everyone in this world is perfect. Right, Miss Melina?” kata Lutfi sedikit perlahan. Suaranya yang lembut menampar gegendang telinga Melina. Pada saat itu, Melina terasa suara Lutfi merupakan sebuah alunan yang merdu. Pasti Melina akan merindui suara itu.
            “Melina? Lina? Hello, is anyone there?” soal Lutfi memecahkan lamunan Melina.
            “Err.. Yes?” Melina bersuara sedikit teragak-agak.
            “Awak dengar tak saya kata apa tadi?” soal Lutfi.
            “Err.. Apa?”
            “Saya ingat nak ajak awak keluar makan malam esok,” kata Lutfi.
            “Ok,”
            “Kalau macam tu, esok kita jumpa kat Hotel Istana pukul 8, lepas maghrib. Ok tak?” soal Lutfi.
            “Emm.. Ok,”
            “Kalau macam tu, saya pergi dulu ya? Jangan lupa solat Isyak,” Lutfi sempat berpesan kepada Melina sebelum memutuskan talian. Melina hanya tersenyum sambil memandang ke luar tingkap biliknya. Melina terus ke bilik air mengambil wuduk.
            “Aik? Lina? Kau sembahyang?” soal Anissina sedikit hairan dengan perubahan sikap Melina.
            “Ha’a. Kenapa? Salah ke aku sembahyang?” soal Melina sambil melipat telekung pemberian mak longnya beberapa tahun yang lalu. Namun, Melina hanya menyimpan sahaja telekung itu di dalam almari pakaiannya.
            “Tak salah. Tapi, aku pelik. Kenapa kau tiba-tiba berubah? Kalau dulu, dah banyak kali aku suruh kau insaf, sembahyang, tapi kau ni degil. Ni mesti ade apa-apa ni? Beritahulah,” kata Anissina sedikit merayu agar Melina turut berkongsi perasaannya dengannya.
            “Ish.. Apa kau merepek ni? Mana ada apa-apa. Dah hati aku tergerak nak sembahyang. Takkan salah kot,” kata Melina. Malas melayan kerenah sahabatnya itu.
            “Alah. Ni mesti ada apa-apa yang kau sorok dari aku. Beritahulah. Aku pun nak tahu jugak. Takkan kau dah tak percaya kat aku lagi,” rayu Anissina lagi. Melina mengalah. Melina segera menceritakan perbualan antaranya dengan Lutfi. Dia tahu, Anissina pasti tidak akan berhenti memaksanya menceritakan segala perkara yang berlaku kepada Anissina.
            “Wah. Jadi, kau nak keluar dengan Lutfi esok? Kau pakailah baju elok-elok sikit. Nanti, bila kau dah balik jangan lupa cerita kat aku tau,” kata Anissina lalu terus keluar dari bilik Melina sambil ketawa kecil. Melina pula Cuma tersenyum melihat tubuh Anissina hilang di pandangan matanya.
            Keesokan harinya, Melina tidak turun untuk makan tengahari semata-mata menyiapkan semua tugasan yang diberikan kepadanya. Setelah semua kerjanya siap, Melina bergegas turun menuju ke keretanya.
            “Alamak, dah pukul 7.30. Jalan pulak sesak ni. Macam mana ni?” rungut Melina sendirian. Dia risau sekiranya Lutfi menunggu dirinya. Setelah tiba di Hotel Istana, Melina bergegas ke ruang hadapan hotel. Masih belum kelihatan kelibat Lutfi. Ketika sedang menunggu Lutfi, seseorang menegurnya.
            “Hai Lina. Lama tak jumpa,” kata Syafiq sambil memandang Melina dengan perasaan yang pelik. Aneh, mengapa Lina memakai pakaian yang sopan? Padahal sebelum ini belum pernah dia melihat Melina berpakaian sebegitu. Hati Syafiq berbicara.
            “Oh.. Hai Syafiq. You apa khabar? Macam mana dengan girlfriend you?” soal Melina tanpa memandang wajah Syafiq.
            “Sombongnya you ni. Bercakap pun tak nak tengok muka I lagi. I dah clash ngan die. Lina, jom kita jalinkan hubungan kita macam dulu. I miss sangat dengan you. Sejak kebelakangan ni, payah sangat nak call you. Bila I call you, mesti masuk voicemail,” kata Syafiq seperti merayu kepada Melina.
            “What?! So, you ingat I ni apa? Kayu? Hello.. You ingat you seorang je yang ada perasaan? Habis tu macam mana dengan I? You tak pernah pun fikir tentang perasaan I,” kata Melina sedikit geram. Syafiq Cuma berdiam diri. Dia lebih rela dimarahi oleh Melina asalkan gadis itu sanggup kembali ke sisinya.
            “ Assalamualaikum, Melina. Jom kita pergi. Ni kawan awak ke?” soal Lutfi sebaik sahaja menyedari kehadiran Syafiq.
            “Ya.. Syafiq, kenalkan ni tunang I, Lutfi. Dan Lutfi, ni kawan saya, Syafiq,” kata Melina sambil cuba mengukir sekuntum senyuman. Syafiq dan Lutfi bersalaman.
            “Syafiq, kami pergi dulu ya. Have fun with your ‘girlfriend’,” kata Melina lalu terus mengajak Lutfi ke restoran yang berdekatan.
            “Saya harap awak tak marah,” kata Lutfi kepada Melina semasa dalam perjalanan ke restoran berdekatan.
            “Kenapa saya nak marah awak pula?” soal Melina dengan penuh hairan.
            “Awak pun tahu kan dalam agama dilarang berdua-duaan. Jadi, saya ajak adik saya join kita,” kata Lutfi sedikit perlahan mungkin bimbang Melina akan memarahinya kerana mengajak seseorang tanpa memberitahunya.
            “Em.. It’s ok.. Tak apa. Saya tahu. Emak saya dah cerita semua perkara tentang awak. Awak tak akan keluar dengan seorang perempuan yang bukan muhrim melainkan berteman. Kenapa? Awak tak teringin ke nak keluar berdua-duaan tanpa gangguan orang lain? Malahan, awak juga tak berasa malu ke nak bermesra dengan girlfriend awak bila ada adik awak or someone else?” Melina meluahkan pendapatnya.
            “Cik Melina, sebenarnya bukannya saya tak nak keluar dengan perempuan berdua-duaan. Tapi, macam mana saya nak keluar dengan perempuan lain sedangkan awaklah perempuan pertama yang sanggup keluar dengan saya,” kata Lutfi sambil tersenyum. Mereka memilih meja yang terletak sedikit terlindung daripada orang ramai.
            “What? Awak tipulah. Takkan dengan rupa awak yang handsome ni tak ada orang nak? Jangan nak berbohonglah,” kata Melina sambil ketawa, cuba menahan malu.
            “Awak ni.. Cuba awak fikir. Sekarang ni, ada ke perempuan yang nak kat seorang lelaki yang alim? Kalau nak pun, mereka mesti akan mempergunakan lelaki seperti saya. Alasannya, lelaki yang alim ni membosankan. Tak pandai bersosial. Tak macam lelaki yang pandai berkata-kata tetapi buaya,” kata Lutfi panjang lebar. Melina tidak dapat berkata-kata. Dirinya juga begitu. Dahulu, dia sering memperlekehkan lelaki yang alim. Tetapi sekarang, semuanya jadi terbalik.
            “Hei, Melina. Cepatlah pesan makanan sementara tunggu adik saya datang,” kata Lutfi sambil memandang wajah Melina. Ada sesuatu yang menjadi menarik perhatiannya pada wajah itu. Setelah agak lama memandang wajah itu, dia segera mengalihkan pandangannya.
            Setelah memesan makanan, adik Lutfi, Fara tidak dapat datang kerana dia terpaksa ke rumah kawannya untuk belajar secara berkumpulan.
            “Em... Fara tu macam tahu-tahu saja kita ni nak privacy,” kata Melina sambil tersenyum memandang Lutfi.
            “Kenapa awak tengok saya macam tu? Malulah,” kata Lutfi sedikit gelisah.
            “Eh? Orang lelaki pun malu juga? Dahlah, relakslah. Awak ni takut macamlah saya nak buat apa-apa pada awak,” kata Melina sambil ketawa. Lutfi pula Cuma memandang sahaja Melina. Alangkah cantiknya wajah itu. Hati Lutfi berbicara.
            “Hei.  Kenapa termenung pulak ni? Tak nak makan ke? Kalau tak nak makan, biar saya habiskan,” kata Melina sambil cuba mengambil makanan Lutfi.
            “Amboi.. Kuatnya makan,” kata Lutfi sambil cuba menghalang Melina mengambil makanannya.
            “Sebenarnya, awak kerja apa?” soal Melina selepas tawanya terhenti. Dia baru teringat bahawa dia langsung tidak mengetahui segala perkara yang berkaitan dengan Lutfi.
            “Kenapa awak nak tahu?” soal Lutfi pula.
            “Saja je. Takkan dengan bakal tunang pun awak nak berahsia?” pujuk Melina.
            “Awak tunggulah sampai kita dah sah jadi suami isteri. Bukannya lama pun. Lagi 3 bulan saja. Barang-barang persiapan perkahwinan dah beli ke?” kata Lutfi, sengaja mengubah topik. Kalau boleh, dia tidak mahu mendedahkan kerjayanya kepada orang asing walaupun tunangnya. Ibarat lagu Siti Nurhaliza, biarlah rahsia.
            “Oh, entahlah. Semua tu emak saya yang uruskan,” kata Melina sambil menghirup air. Buat seketika, suasana menjadi sunyi antara mereka berdua.
            “Melina, dah pukul 11. Jom kita balik,” kata Lutfi. Melina Cuma mengangguk lalu terus bangun dan berjalan bersama Lutfi menuju ke parkir. Tanpa mereka sedari, Syafiq memerhati mereka dari jauh.
            “Terima kasih ya,” kata Melina sambil turun dari kereta.
            “Oh, tak apa. Sekali-sekala saya belanja awak,” kata Lutfi.
            “Saya masuk rumah dulu ya,” kata Melina sambil berjalan masuk ke rumahnya. Lutfi hanya melihat Melina masuk ke rumah dengan selamat. Tidak lama kemudian, Lutfi memandu pulang ke rumahnya.
            “Hei, Lina. Macam mana dengan date kau?” soal Anissina sebaik sahaja melihat Melina masuk ke dalam rumah.
            “Apalah kau ni. Sibuk jer.. Date aku dengan dia ok jer.. Tak sangka dia ni baik. Dia tak pernah ambil kesempatan ke atas diri aku,” kata Melina sambil tersenyum.
            “Ya ke? Bestnya,” kata Anissina sambil berbaring di atas katil Melina.
            “Yalah. Dahlah aku nak tidur,” kata Melina lalu merebahkan dirinya di sebelah Anissina.
            Dalam masa 2 bulan, Melina sibuk ke pusat kecantikan. Dia berasa rimas apabila mendengar emaknya meminta dia menjaga diri untuk bakal suaminya. Kemudian, dia mengikut Lutfi mencari cincin untuk majlis perkahwinannya. Setelah hampir sebulan dari tarikh perkahwinan mereka, Lutfi mengajak Melina ke kampungnya.
            “Kampung awak kat mana?” soal Melina apabila Lutfi mengajaknya ke kampungnya.
            “Kat Kelantan,” kata Lutfi.
            “Wow. Jauhnya. Awak nak pergi bila?” soal Melina lagi.
            “Tak tau lagi. Mungkin Sabtu ni. Jadi, awak nak ikut tak?” soal Lutfi sambil memandang wajah yang amat dirinduinya itu.
            “Emm. Boleh jugak. Nanti saya Tanya emak saya,” kata Melina sambil menghirup air sirap.
            “Ya ke? Nanti pagi Sabtu saya tunggu awak kat rumah awak,” kata Lutfi gembira dengan penerimaan Melina.
            Pada awal pagi Sabtu, Lutfi telah tiba di hadapan rumah Melina. Lutfi cuba membuat keputusan sama ada ingin masuk ke dalam atau tunggu sahaja Melina di hadapan rumah itu. Ketika tengah berfikir, Lutfi ditegur oleh Datuk Hafis.
            “Eh, Lutfi. Masuklah. Kenapa tercegat saja di depan rumah? Masuk,” pelawa Datuk Hafis ramah. Lutfi hanya tersenyum sambil mengekori Datuk Hafis masuk ke dalam rumah itu.
            “Leha! Cepat siapkan makanan. Lutfi datang ni,” kata Datuk Hafis kepada Datin Zaleha di dapur. Lutfi hanya duduk di ruang tamu rumah itu.
            “Ha? Lutfi dah datang?” soal Melina lalu segera ke luar untuk bertemu dengan Lutfi.
            “Hai. Dah lama ke tunggu?” soal Melina memulakan bicara.
            “Oh, tak adalah. Saya baru sampai ni. Awak dah siap ke?” soal Lutfi sambil melepaskan rindu dengan menatap wajah Melina.
            “Em.. Saya dah siap. Tapi, belum breakfast lagi ni. Kita breakfast kat sini ya?” kata Melina sambil memandang Lutfi.
            “Saya ok je,” kata Lutfi ringkas.
            Setelah bersarapan, Lutfi dan Melina bertolak ke kampung Lutfi yang terletak di Pasir Mas, Kelantan.
            “Lutfi, tak apa ke ni?” soal Melina sambil tersenyum nakal.
            “Tak apa, apa?” soal Lutfi yang curiga dengan senyuman Melina.
            “Iyalah, kan kita Cuma berdua-duaan jer dalam kereta ni. Awak tak bimbang ke?” soal Melina sambil menahan tawa.
            “Oh... Tak apa... Kita bukannya boleh buat apa-apa pun dalam kereta ni, kan?” kata Lutfi.
            “Oh, macam tu ya?” kata Melina sambil ketawa. Lutfi Cuma mendiamkan diri sahaja sambil tersenyum. Apabila tiba di Kuala Lipis, mereka singgah di masjid untuk menunaikan solat Zohor.
            “Awak, saya nak sembahyang dulu. Awak tak sembahyang ke?” soal Lutfi sebelum keluar dari kereta.
            “Tak.. Tengah ‘bercuti’ ni,” kata Melina sambil tersenyum malu. Lutfi yang faham dengan maksud kata-kata Melina segera mematikan enjin. Mereka berdua keluar dari kereta. Lutfi pergi ke bilik wuduk manakala Melina pula berehat di bawah pokok yang rendang. Tidak lama kemudian, Lutfi usai mengerjakan solat Zohor. Mereka bertolak menuju ke Pasir Mas.
            “Melina, nanti kita lunch kat Gua Musang ya. Dah nak sampai ni,” kata Lutfi sambil memandu.
            “Baiklah. Tapi, saya ada satu permintaan,” kata Melina.
            “Apa?” pelik Lutfi dengan kata-kata Melina.
            “Jangan panggil Melina. Panggil Lina saja. Tak biasalah bila awak panggil my full name,” kata Melina serius. Keluar ketawa dari Lutfi. Melina memandang Lutfi dengan wajah yang kehairanan. Seingatnya, dia tidak membuat lawak.
            “Kenapa awak ketawa?” soal Melina, tidak tahan dengan Lutfi.
            “Tak.. Saya ingatkan apalah tadi. Entahlah, saya dah biasa panggil nama penuh awak. Tak apalah ya. Nanti bila kita dah kahwin, bukannya saya panggil awak guna nama awak, kan?” kata Lutfi sambil menahan tawa.
            “Hei! Gatalnya awak ni! Siapa nak kahwin dengan awak,” kata Melina seperti kanak-kanak.
            “Siapa lagi kalau bukan awak,” kata Lutfi.
            “Malas nak layan. Saya nak tidur,” kata Melina lalu cuba melelapkan matanya. Pada mulanya, dia tidak dapat tidur kerana terganggu dengan ketawa Lutfi, namun akhirnya dia terlelap jua.
            “Hei,kenapa senyap ni? Lah, dah tidur. Patutlah senyap,” kata Lutfi sebaik sahaja terpandang Melina yang sedang nyenyak tidur. Bagi Lutfi, inilah masanya untuk menatap wajah itu sepuas-puasnya. Tetapi malangnya, dia sedang memandu.
            “Melina, bangun. Kita dah sampai,” kata Lutfi lembut. Melina hanya mengangguk dan tidur semula.
            “Ish, dia ni. Suka hati awaklah. Saya pergi makan dulu. Kalau awak lapar, awak tahanlah sampai kita tiba di Pasir Mas,” kata Lutfi lalu terus keluar dari keretanya. Melina bingkas bangun dan berlari anak mengejar Lutfi sambil membetulkan rambutnya yang kusut masai.
            “Awak ni jahatlah. Kot ya pun, tunggulah saya bersiap dulu. Tengok, rambut saya pun dah tak lawa,” rungut Melina sambil membetulkan rambutnya itu.
            “Ish.. Oklah tu. Kalau awak pakai tudung, awak tak payah bersusah-payah betulkan rambut awak,” kata Lutfi sambil berjalan memasuki sebuah restoran.
            “Iyalah. Nanti saya pakailah tudung,” kata Melina sambil menjuihkan bibirnya.
            “Elok sangatlah buat macam tu,” kata Lutfi setelah memesan minuman dan makanan untuk makan tengahari sambil tersenyum. Ingin saja dia mencuit hidung mancung Melina, tetapi memikirkan bahawa mereka bukan muhrim, tindakannya di tahan.
            “Biarlah. Malaslah nak layan awak. Kalau saya layan awak, makin sakit hati saya tau tak?” kata Melina sedikit kuat. Hampir semua pelanggan restoran itu memandang Melina yang berpakaian sedikit sendat. Lutfi hanya tersenyum.
            “Kenapa senyum-senyum?” soal Melina garang. Sakit hatinya pabila melihat Lutfi tersenyum seolah-olah mengejek dirinya.
            “Saya bukan senyum pada awak. Saya senyum kat awek belakang awak tu. Comelkan?” kata Lutfi, sengaja menguji tahap kesabaran Melina.
            “Comel sangatlah macam tu. Dahlah, saya nak makan,” kata Melina. Nada suaranya sedikit kendur. Adakah Lutfi masih tidak mempunyai perasaan terhadapku? Ah, apa aku peduli. Aku bukannya suka pada dia pun... Hati Melina berperang dengan perasaannya.
            “Eh, takkan merajuk kot. Saya gurau jelah. Dahlah, jom makan. Saya dah lapar ni,” kata Lutfi sambil menyuakan nasi goreng kampung ke dalam mulutnya. Melina hanya memandang Lutfi menyuakan makanan ke mulutnya.
            “Apa tengok-tengok? Makanlah,” kata Lutfi setelah menyedari Melina hanya memerhati dirinya sedang menjamu selera.
            “Saya....”
            “Eh, Lufti! Apa yang awak buat kat sini?” seorang perempuan memotong percakapan Melina. Mereka hanya memandang ke arah wanita tersebut.
            “Eh, Ayu. Saya ingatkan siapalah tadi. Saya nak balik kampung. Awak pula buat apa di sini?” soal Lutfi. Melina hanya mendiamkan diri. Hatinya menjadi makin marah apabila melihat kemesraan antara Lutfi dan wanita itu.
            “Eh, lupa pula saya. Ini tunang saya, Melina. Melina, ini kawan saya masa sekolah dulu, Ayuni,” kata Lutfi setelah menyedari perubahan di wajah Melina.
            “Oh, hai,” kata Melina sambil bersalam dengan Ayuni.
            “Lutfi, saya pergi kat kereta dululah ya,” kata Melina lalu bingkas bangun. Seleranya mati begitu sahaja. Lutfi hanya mengangguk sambil memberikan kunci kereta kepada Melina.
            “Nanti bila dah masuk dalam kereta, jangan lupa kunci pintu. Bahaya sekarang ni. Ingat tu,” pesan Lutfi kepada Melina. Ayuni hanya memandang Melina berjalan keluar dari restoran itu.

No comments:

Post a Comment