6
Suasana
di Kota London sangat meriah pada waktu malam. Melina mengambil kesempatan
untuk bersiar-siar di kota itu sambil menghirup udara segar. Gembiranya dia
dapat berjalan di situ sambil melihat gelagat rakyat London. Walaupun sudah
larut malam, namun keadaan di kota London tetap sibuk seolah-olah penduduknya
tidak tidur. Tidak seperti di Malaysia, pukul 11 malam, kebanyakan kedai sudah
pun tutup dan bilangan kenderaan di jalan dapat dihitung dengan jari. Agaknya,
itulah perbezaan Malaysia dan luar Negara. Bisik hati Melina sambil mengagumi
seni bina bangunan di sekitar kota itu.
Tiba-tiba
mata Melina menangkap kelibat seseorang yang sangat dikenalinya.
“Syafiq?”
hanya itu yang terkeluar dari mulut Melina. Kelihatan Syafiq sedang berjalan
dengan beberapa minah saleh ke arah sebuah kelab malam. Melina hanya mampu
beristigfar.
Dia segera berlalu
dari situ. Bimbang sekiranya Syafiq perasan akan kehadirannya. Peristiwa dua
hari lepas bermain di minda. Huh, minta dijauhkan... Bisik hatinya.
Sementara itu, Syafiq
hanya memerhati sahaja rakan-rakannya menari di bawah pengaruh alkohol. Malam
itu, dia tiada mood untuk menyertai rakannya. Dia berasa pelik. Rasanya dia
ternampak kelibat Melina memandang ke arahnya. Ah.. Mungkin pelanduk dua
serupa.. Bisik Syafiq malas memikirkan apa yang berlaku. Dia lantas meneguk alkohol
dan kemudian menyertai rakan-rakannya menari.
Melina merebahkan
badannya diatas tilam yang empuk itu. Badannya terasa sungguh penat. Sehari
suntuk dia keluar bersiar-siar di kota London. Agaknya apakah yang sedang
dilakukan oleh Lutfi? Adakah Lutfi tahu dia sedang bercuti di London? Entah
kenapa tiba-tiba dia teringat tentang Lutfi. Ah, baik aku tidur sahaja.
Entah-entah Lutfi langsung tidak memikirkan diriku.. Bisik hati Melina. Lantas
dia cuba melelapkan mata walaupun sukar.
Hati
Lutfi menjadi runsing bila memikirkan Melina berada seorang diri di negeri
orang. Hatinya menjadi takut sekiranya Melina diapa-apakan.
“Eh,
Lutfi? Kamu buat apa kat sini?” soal Datin Zaleha. Hairan dengan kehadiran
Lutfi.
“Saya
datang nak jumpa dengan Melina. Boleh saya jumpa dia?” soal Lutfi sopan. Lutfi
sedar, dengan orang yang lebih tua dia perlu bersopan.
“Eh?
Melina pergi bercuti di London. Dia tak beritahu kamu apa-apa ke?” kata Datin
Zaleha dengan nada hairan. Takkan Melina tidak beritahu Lutfi tentang hal itu.
Musykil ni. Hati Datin Zaleha berbicara.
“Hurm.
Tak. Tak apalah. Kalau macam itu, saya pulang dulu ya,” kata Lutfi lalu terus
pergi dari situ.
Kejadian
petang itu berlegar-legar di minda Lutfi. Dia tidak dapat melelapkan matanya.
Kebimbangan makin menjadi-jadi. Lalu, dia cuba sedaya upaya untuk menghilangkan
perasaan runsing itu. Lutfi segera mengambil wuduk dan membaca al-Quran.
Hatinya menjadi tenang apabila membaca al-Quran. Benarlah kata orang, sekiranya
hati kita tidak tenang, bacalah dan hayatilah isi kandungan al-Quran.
InsyaAllah, hati kita akan menjadi tenang dengan izin-Nya.
Melina
sudah hilang arah. Kemana lagi tempat yang ingin ditujui? Seolah-olah kota
London sudah hilang daya tarikan. Entahlah, sebelum tiba di London, dirinya
sudah memikirkan tempat yang akan dilawati. Tetapi entah kenapa setelah kakinya
memijak bumi London, dia sudah lupa tempat-tempat yang menarik di London.
Hatinya menjadi kosong dan sunyi.
“Welcome
to Kuala Lumpur International Airport,” kedengaran suara seorang wanita sebaik
sahaja penumpang kapal terbang memasuki KLIA.
Melina
hanya mampu mengeluh panjang. Percutiannya di London sangat bosan. Rasa seperti
tidak berbaloi menghabiskan masanya di sana. Kaki Melina melangkah perlahan
berjalan di sekitar kawasan KLIA. Kemudian, dia duduk di salah sebuah bangku
sambil termenung jauh.
“Lina!”
kedengaran seseorang memanggil namanya. Melina segera bingkas melihat siapakah
yang memanggilnya. Namun, hampa. Hanya kelihatan seorang perempuan warga
Amerika berpelukan dengan teman lelakinya. Melina mendengus geram sambil
memandang kakinya.
“Assalamualaikum,
Melina,” kali ini kedengaran suara seseorang memberi salam. Melina tidak
mengendahkan suara itu. Dia menyangka salam itu ditujukan kepada orang lain
yang mempunyai nama yang sama dengannya.
Lutfi
berasa pelik melihat Melina tidak mengendahkannya. Lalu dia segera berjalan dan
berdiri di hadapan Melina.
Melina
yang sedang merenung kakinya merasakan ada seseorang berdiri di hadapannya. Lantas
dia segera mengangkat muka dan alangkah terkejutnya dia melihat Lutfi sedang
berdiri di hadapannya. Melina yang terkejut terus bangun tanpa disuruh.
“Melina,
jom kita balik,” kata Lutfi sambil mengangkat beg Melina. Melina hanya berdiri
sahaja.
“Melina,
jom,” kata Lutfi sekali lagi dan Melina terus sedar dari berkhayal dan segera
mengikut Lutfi.
“Mana
awak tahu saya balik hari ini?” soal Melina.
“Ibu
awak yang beritahu saya. Awak selamatkan di sana?” soal Lutfi. Matanya fokus ke
arah jalan raya.
Melina
hanya mendiamkan diri. Entah kenapa sejak pulang dari London, hatinya menjadi
resah gelisah. Suasana di dalam kereta sunyi sepi. Diam-diam, Melina cuba
melihat wajah yang dirinduinya. Tetapi matanya bertembung dengan mata Lutfi.
Dengan pantas, Melina segera mengalihkan pandangannya. Mukanya terasa merah.
Lutfi pula hanya mampu berdehem sambil menahan malu. Kedua-duanya berdiam diri
sambil menahan malu.
Tinggal
beberapa hari lagi majlis pernikahan Melina dan Lutfi akan berlangsung. Mereka
berdua sibuk menguruskan majlis pernikahan mereka. Manakala Datin Zaleha sibuk
menguruskan tempat majlis perkahwinan anaknya. Melina dan Lutfi pula tidak
dibenarkan untuk berjumpa. Apabila ditanya, Datin Zaleha hanya tersenyum.
Entah
kenapa hati Melina berasa resah pabila tarikh keramat semakin hampir. Adakah
kerana dirinya bakal menjadi isteri orang? Atau ada sesuatu yang akan berlaku
pada hari itu?
“Alah.
Tak ada apa-apalah. Biasalah tu bila kamu nak berkahwin, macam-macam perasaan
datang. Mak dulu, masa nak kahwin dengan ayah kamu tue, takut macam nak kena
hukuman gantung,” kata Datin Zaleha apabila Melina meluahkan perasaannya.
Melina hanya mampu mendiamkan diri. Malas dia mendengar cerita zaman muda
ibunya itu.
Tinggal
sehari sebelum majlis perkahwinan berlangsung, majlis berinai dijalankan. Semua
yang hadir sibuk menyediakan inai daun. Melina hanya mampu melihat sahaja apa
yang berlaku kerana dia tidak dibenarkan membuat sebarang kerja.
“Mak
cik, saya nak tumbuk inai pula. Mak cik pergilah rehat sekejap,” kata Melina
apabila tiada orang di sekeliling. Mak cik itu segera bangun.
“Baiklah.
Kamu tumbuk sampai daun itu lumat,” pesan mak cik itu lalu terus berjalan ke
dapur, menyertai mak cik- mak cik yang lain. Hati Melina sangat gembira kerana
dia dapat menghilangkan bosan dengan mencuba benda baru. Sebelum ini, dia tidak
pernah melihat proses membuat inai daun. Dia selalunya menggunakan inai moden.
Ketika
dia sedang asyik menumbuk inai, Datin Zaleha datang dan menyergahnya dari
belakang. Hati Melina berasa kecut dan badannya sejuk seolah-olah ternampak
hantu.
“Mak!
Kenapa buat macam tu? Buat Mel terkejut jer,” kata Melina. Kerjanya terhenti
sebentar.
“Mak
kata apa? Mel tak boleh buat kerja ni. Nanti Mel penat. Bila Mel penat, muka
Mel tak lawa. Tau tak? Dah, kamu pergi kedai sekejap ambil barang hantaran
kamu,” kata Datin Zaleha lantas mengambilalih kerja Melina.
“Tapi,
mak tak bagi Mel keluar,” kata Melina lurus.
“Mak
tak bagi kamu keluar merayap. Dah, pergi cepat,” kata Datin Zaleha sambil asyik
menumbuk inai. Melina hanya mencebih dan segera mengambil kunci keretanya dan
memandu pergi ke kedai yang dimaksudkan.
Melina
memandu sambil melayan lagu kegemarannya untuk menghilangkan bosan. Tanpa
disedari, dia telah diekori oleh seseorang. Sebaik sahaja tiba di kedai barang
pengantin, Melina segera keluar dan berjalan memasuki kedai itu untuk mengambil
barang hantarannya. Setelah segala urusannya selesai, Melina segera berjalan ke
keretanya untuk menyimpan barang-barangnya. Sebaik sahaja Melina membuka pintu bahagian
pemandu, tiba-tiba bahunya ditepuk oleh seseorang. Melina segera menoleh.
“Kau?”
hanya itu yang terkeluar dari mulut Melina sebaik sahaja melihat wajah yang
amat dikenalinya itu.
“Mel,
tolonglah jangan teruskan majlis. Aku tau kau takkan bahagia dengan laki tu.
Mel, jom ikut aku. Aku tahu kau sebenarnya kena paksa dengan ibu bapa kau kan?”
rayu Syafiq sambil memegang kemas tangan Melina agar Melina tidak melepaskan
dirinya.
“Eh,
apa ni? Lepaskan tangan aku! Dah berapa kali aku cakap kat kau, perkahwinan
bukannya paksaan tapi atas kerelaan aku! Maaf, aku ada banyak kerja yang perlu
disiapkan,” kata Melina tegas sambil melepaskan pegangan Syafiq.
Namun,
kali ini Syafiq bertindak dengan pantas. Dia segera menarik Melina mengikutnya
ke keretanya yang terletak berhampiran dengan kereta Melina. Melina cuba
melepaskan diri namun tindakannya tidak berhasil kerana pegangan Syafiq semakin
kuat. Melina cuba menjerit namun hampa kerana tiada sesiapa yang mendengar
jeritannya. Syafiq hanya tersenyum. Kali ini rancangannya Berjaya.
No comments:
Post a Comment