Majlis perkahwinan Melina dan Lutfi
telah selesai. Segala-galanya berjalan dengan lancar. Hampir semua tetamu telah
pulang.
“Wah,
penatnya,” kata Melina sambil berjalan ke dapur, membantu apa yang patut.
“Sayang,
sini sekejap,” panggil Lutfi.
“Ada
apa?” soal Melina. Mukanya merona kemerahan sebaik sahaja mendengar Lutfi
memanggilnya sayang.
“Sinilah,”
kata Lutfi, tidak sabar. Melina hanya mengikut saja.
“Ada
apa?” soal Melina sebaik sahaja mereka masuk ke bilik tidur mereka.
“Tak
ada apa. Saja nak kacau sayang,” kata Lutfi sambil merangkul pinggang Melina.
Melina yang terkejut dengan tingkah laku Lutfi menjerit kecil.
“Apa
ni? Lepaslah. Malulah,” kata Melina sambil cuba melepaskan diri namun Lutfi
mengemaskan lagi rangkulannya.
“Sabarlah..
Saya ada banyak kerja ni,” kata Melina cuba meminta simpati.
“Baiklah.
Abang bagi masa 5 minit untuk sayang siapkan kerja-kerja sayang,” kata Lutfi
sambil tersenyum mesra lalu terus melepaskan rangkulannya.
“Eh,
mana sempat. Bagilah 1 jam,” kata Melina.
“Tak
boleh. Hanya 5 minit masa di beri dan bermula sekarang!” kata Lutfi seolah-olah
pengacara acara sukan. Melina yang mendengar kata-kata Lutfi segera berjalan
keluar.
“Sayang,
sini kejap,” panggil Lutfi apabila Melina ingin membuka pintu.
“Ada
apa lagi? Nanti habislah masa 5 minit saya,” kata Melina lembut sambil
tersenyum mesra. Lutfi hanya berdiam diri dan berjalan menghampiri Melina, lalu
segera mencium pipi Melina. Melina terkaku sebentar.
“Apa
yang sayang buat tu? Tutup mulut tu. Nanti lalat masuk. Eh, tinggal 3 minit
jer,” kata Lutfi sambil tersenyum nakal. Melina yang baru sedar dari khayalan
segera berjalan keluar dari bilik dengan muka yang merona kemerahannya. Lutfi
hanya mampu ketawa melihat tingkah laku isterinya itu.
No comments:
Post a Comment