“Im sorry.
Can we share the taxi? I really need the taxi. Please,” rayu seorang wanita
yang berusia dalam lingkungan 20-an, bertudung lingkup dan berpakaian sopan.
“Oh. Sure.
Please, come in,” jawab seorang lelaki berbangsa Korea sambil keluar dari
tempat duduk belakang dan mengambil tempat di sebelah pemandu. Buat seketika,
lelaki itu terpesona memandang dirinya. Terutamanya wajahnya yang kelihatan
manis dengan adanya tahi lalat kecil di bawah bibirnya.
“Thank
you,” kata wanita itu dengan wajah gembira lalu terus melabuhkan punggungnya di
tempat duduk belakang.
Semasa
dalam perjalanan ke The Louvre,
suasana di dalam teksi sunyi sepi. Masing-masing hanya merenung ke luar
tingkap, tenggelam dalam khayalan masing-masing.
“Suasana malam nie gelap seolah-olah
memahami apa yang terbuku di hati saya. Cahaya-cahaya dari bangunan pun tak
mampu menerangi waktu malam nie,” kedengaran wanita tersebut bercakap
seolah-olah meluahkan perasaan yang terbuku di hatinya.
Maybe she is talking to
herself.... Hati pemuda itu
berkata-kata.
“Hurm, malam nie gelap mungkin kerana bintang-bintang terlindung
disebalik awan,” laju saja mulut pemuda itu menuturkan ayat tersebut walaupun
ada sedikit pelat korea.
“Hurm. Betul jugak,” kata wanita itu. Entah kenapa suaranya kedengaran
sedih sahaja. Pemuda itu cuba melihat wajah wanita itu. Kelihatan wanita itu
meletakkan tapak tangannya ke tingkap teksi dan merenung jauh. Wajahnya
kelihatan sedih. Entah kenapa hati pemuda itu turut berasa sedih. Entah apa
yang dilaluinya di sini, sehingga membuatkannya begitu sedih.
“Sir, I want to stop here. Thank you,” kata wanita itu setelah tiba di
destinasinya.
“Miss, are you Malaysian?” soal
pemuda tersebut sebelum wanita itu turun dari teksi. Wanita itu hanya mengangguk
dan berlalu pergi dalam kegelapan malam. Matanya terus melihat kelibat wanita
itu hilang dalam kegelapan malam.
Semasa dalam perjalanan ke
The Louvre, wajah sedih wanita itu terbayang-bayang di mindaku. Tanpa aku
sedari, tapak tanganku telah berada di kaca tingkap dan aku hanya memerhati
suasana di luar tingkap dengan pandangan kosong. Siapakah wanita itu? Kenapa
wajahnya kelihatan sedih? Apa yang telah berlaku kepadanya? Pelbagai soalan
yang berlegar-legar di mindaku.
“Kau ingat aku kahwin dengan kau
sebab aku cintakan kau? Heh, jangan mimpilah! Aku kahwin dengan kau sebab mak
ayah aku paksa. Jadi, aku nak kau keluar dari hotel ni dan berambus. Aku tak
nak tengok muka kau! Keluar!” tengking Khai kepada Farhana.
“Sampai hati abang buat Hana macam
ni. Kalau abang tak mahu kahwin dengan Hana, kenapa abang tak bantah?” soal
Farhana sambil menahan esak tangis. Tidak
sangka, bulan madu yang dianggap indah bertukar menjadi mimpi ngeri.
“Wei, pompuan. Dengar sini, aku dah
puas membantah tapi mak ayah aku langsung tak nak dengar cakap aku. Jadi,
pompuan, aku nak kau dengar baik-baik apa yang aku nak cakap nie. Sekarang, aku
ceraikan kau dengan talak tiga! Dah, sekarang kau boleh berambus dari sini,”
kata Khai. Bulat mata Farhana sebaik sahaja mendengar kata-kata Khai.
“Wei, kau termenung apa lagi kat
situ? Kau dah tak jumpe jalan keluar ek? Mari sini aku bukakan pintu khas untuk
kau ye. Sekarang, dipersilakan berambus,” kata Khai.
Farhana tidak mampu berkata apa-apa.
Kata-kata Khai amat sukar untuk di terima. Begitu mudah dia diceraikan. Tanpa
membuang masa, dia segera mengambil tas tangannya dan keluar dari bilik
tersebut.
Kakinya melangkah tanpa arah. Dia
berjalan dan berjalan selagi kakinya masih berdaya untuk melangkah. Sudah puas
dia menitiskan air mata setiap kali peristiwa sebentar tadi bermain di
fikirannya. Setelah lama berjalan, dia berehat sebentar di salah sebuah bangku.
Sungguh, hatinya sangat sedih. Begitu senang dia diceraikan dan dihalau keluar
pada malam buta tanpa mengetahui tempat yang selamat untuknya berlindung.
Kemudian, dia teringat lelaki tadi
yang sanggup berkongsi teksi dengannya. Dia amat berterima kasih dengan lelaki
tadi. Kalau tidak, dia terpaksa menunggu lebih lama di hadapan hotel tempat
Khai menginap. Tidak sanggup dia berlama di situ. Semakin lama dia menunggu di
situ, semakin sakit hatinya.
Dirinya terasa sejuk. Baru dia
teringat, ketika keluar dari bilik hotel, dia langsung tidak membawa beg
pakaiannya. Dia Cuma membawa tas tangannya sahaja. Aduh, kenapalah masa seperti
ni dia terlupa membawa beg pakaiannya? Rungut hatinya.
Farhana memerhati keadaan di
sekelilingnya. Suasana sunyi sepi dan gelap gelita. Dirinya menggigil
kesejukan. Keadaan pada malam itu sungguh sejuk. Dia hanya memeluk tubuhnya
menahan sejuk.
“Hey, lady. What are you doing here,
alone? Wanna come home with me?” tegur seorang lelaki asing yang mabuk.
“No thank you,” kata Farhana lalu
segera bangun dan beredar dari situ.
“Hey, come on. I know you cold here.
I’ll make you hot,” kata lelaki itu sambil tersenyum sumbing. Farhana hanya
melihat lelaki itu dengan sinis. Geli melihat wajah lelaki itu.
“Oh, come on baby. Dont leave me.
Let’s go to my house,” kata lelaki itu lalu terus memegang tangan Farhana dan
mengheretnya mengikuti langkah lelaki itu.
“Hey, what are you doing? Let me
go!” jerit Farhana sambil cuba melepaskan pegangan lelaki itu.
“Just shut up and follow me. I’ll
make you hot,” kata lelaki itu.
“I don’t want to follow you!” jerit
Farhana lalu segera menyepak lelaki itu di bahagian yang sensitif.
Lelaki itu mengaduh kesakitan. Tanpa
membuang masa, Farhana segera melarikan diri jauh daripada lelaki itu. Setelah
penat berlari, dia berehat sebentar. Entah apa yang tidak kena dengan dirinya
malam ni. Mula-mula diceraikan oleh suaminya, kemudian diganggu oleh orang
mabuk.
No comments:
Post a Comment