Monday, April 29, 2013

Cerpen 2... Part 2


Ketika sedang asyik mengenang nasibnya, hujan turun dengan lebat. Kali ini Farhana sudah tidak mampu berlari. Dia hanya mampu menangis di dalam hujan lebat itu sehingga pengsan.
            “Yu Na, where have you been the whole night? You made me worry, you know?” soal Jeremy sebaik sahaja melihat wajah kekasihnya di depan pintu bilik hotelnya.
            “I’m sorry darling. My friend invited me to a party. I can’t make her disappointed. So, i just went to the party with her,” terang Yu Na sambil berjalan masuk ke dalam bilik hotel.
            “A party? Why you didn’t tell me? Or asked me to join too? I can accompany you to the party. But you just left me alone last night. That make me so sad,” kata Jeremy.
            “Oh, please. Stop the nagging. I’m tired now. Can you please let me sleep for a while?” kata Yu Na sambil berjalan masuk ke dalam bilik.
            “Wait!” belum sempat Jeremy melarang Yu Na, kekasihnya sudahpun membuka pintu bilik tidurnya.
            “Jeremy, who is she? Are you....” Yu Na tidak mampu menghabiskan ayatnya. Bimbang sekiranya apa yang difikirnya betul.
            “No. Please listen to me,” kata Jeremy lembut. Dia berharap agar Yu Na mendengar penjelasannya dahulu.
            “No! You lie to me! How could you sleep with... Urgh.. I cant say it,” kata Yu Na sedikit menjerit. Siapa tidak terkejut melihat perempuan lain di dalam bilik tidur teman lelaki.
            Suasana bising membuatkan Farhana terjaga. Siapa pula yang memekik di waktu pagi. Kepalanya sedikit sakit apabila dia cuba bangun. Apabila mata terbuka, dia terkejut melihat suasana di sekelilingnya. Ini bukan bilik hotelnya. Keadaan ini menyebabkan Farhana sedikit panik. Dia cuba mengingati peristiwa semalam. Selepas turun dari teksi, dia berjalan di sekitar taman. Kemudian, hujan turun dengan lebat. Selepas itu, dia langsung tidak ingat apa-apa.
            “Starting from today, we are not lovers any more. So, goodbye. I don’t want to see your face again,” kata Yu Na lalu terus keluar dari bilik hotel itu. Hatinya sungguh sedih dan sakit. Sakit dengan perbuatan Jeremy yang sanggup menduakannya.
            Farhana terkejut mendengar pintu bilik dihempas. Dia segera keluar untuk melihat apa yang berlaku. Di ruang tamu, kelihatan seorang lelaki sedang duduk termenung. Farhana terkejut melihat lelaki itu.
            “You awake now?” soal lelaki itu seolah sedar akan kehadirannya.
            “Yes. Anyway, who are you?” soal Farhana.
            Langsung tiada balasan daripada lelaki itu. Mungkin mood lelaki itu tidak baik. Mungkin juga, dia baru bergaduh dengan kekasihnya itu. Hati Farhana berteka-teki. Apabila dia mahu berjalan ke dalam bilik semula, baru dia teringat sesuatu. Bagaimana dia boleh berada di sini? Adakah lelaki itu yang membawanya ke sini? Adakah sesuatu telah terjadi antaranya dan lelaki itu? Hatinya menjadi resah pabila memikirkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku semalam.
            Tanpa membuang masa, Farhana segera berlari masuk ke dalam bilik dan mengambil barangnya lalu terus berjalan ke arah pintu utama. Sebelum dia melangkah keluar, dia sempat menjeling lelaki itu.
            “Thanks for everything last night even though I am not sure what have you done with me,” setelah usai berkata, Farhana segera berjalan keluar.
            Jeremy yang sedang bingung memikirkan status hubungannya dengan Yu Na baru tersedar akan apa yang dikatakan oleh perempuan itu. Dia bingkas bangun dan cuba mengejar perempuan itu namun, usahanya gagal. Dia dapat melihat kelibat perempuan itu menaiki teksi dari ruang lobi hotel. Jeremy tidak sempat mengejar perempuan itu setelah teksi tersebut bergerak menghilang dari pandangannya.
            Kini, menyesal pun sudah tiada gunanya. Jeremy langsung tidak sempat bertanya akan nama perempuan tersebut. Apa yang dia tahu tentang perempuan itu hanyalah perempuan itu merupakan seorang rakyat Malaysia. Jeremy segera berjalan semula ke biliknya dengan perasaan kecewa.

No comments:

Post a Comment