Salam~~~
Woa~~ Dah lame tak update blog nie.. huhuhu.. malasnya nak update blog... hurm... nak cerita ape ye? Lepas dah graduate from degree, sekarang ni aku terus sambung Master in Engineering.. Kiranya, direct sambung. Dan, aku tak tahu samada keputusan aku ni betul ke tak.. Sebab sampai sekarang hati aku rasa berat sangat dengan tindakan aku..
Lepas tu, bila check email last week, aku dapat invitation untuk interview.. Adess, lagilah rasa macam ruginya sambung Master.. Tapi, bila fikir balik, tak apalah.. Teruskanlah perjalanan yang aku pilih ni. Habiskan apa yang aku start, jangan buat kerja separuh jalan..
Kalau bab kerja ni, InsyaAllah akan adalah rezeki tu pada masa akan datang. Sekarang ni, aku cuma nak fokus dalam 1 benda je.. Kenapa tak study secara part time? Kiranya bekerja sambil belajar.. Hurm, entahlah. Bagi aku, semua orang ada tahap masing2. Dan aku tahu diri aku macam tak mampu nak buat 2 benda dalam masa yang sama. Mungkin korang akan rasa aku ni tak kuat. Well, aku tahu tahap diri aku sampai mana.
Hurm..... itu ajelah kot nak share... hehehe.. rasa macam luah perasaan pulak.. hehe.
nah, gambar Izaya.. Mungkin tengah merancang masa depan.. hihihi.. gurau jeee...
Tuesday, January 12, 2016
Sunday, October 25, 2015
Malas~~~
Salam, all..
Huhuhu.. sekarang nie aku malas sangat nak update blog.. so, cerpen 2 aku tue, kirenya part 8 tue part last.. aku malas dah nak upload. hehehe.. nanti korang sambung sendiri la cerita tue berdasarkan imaginasi korang. heeee...
Hurm.. dah berapa lama aku tak update blog ni. even blod ameba aku pon aku dah tak update. entahlah, rasa malas plak. Sebab sekarang nie aku da busy sambung masters. hehehe.... Ingat nak sambung master oversea tapi, bila check, dah terlepas tarikh mohon. So, aku just mohon masters dalam negara je.
Oklah. setakat ni, semua test yang aku buat, hancur.. huhuhu.. entahlah.. mungkin perangai degree masih terbawa-bawa sampai ke master.. hehehe... tapi, dengar kata senior, semua tests, assignments, etc kena score. huhuh.. nervous la plak... dha la requirement untuk pass subject tu tinggi. bukan macam degree.. adess... sabar jelah..
hahaha.. kan aku dah luah perasaan kat sini. hurm... ok, tue jer aku nak bagitau. aku nak stop upload cerpen aku... oklah, kalau ada apa2 hal, aku share..
p/s: aku share gambar aku konvo bulan lepas.. enjoy... heehehehe..
Wednesday, August 19, 2015
Cerpen 2... Part 8
“Hah?? I’m sorry. I didn’t mean to slap you. I though....”
“It’s ok. But please, don’t just simply slap people. I didn’t do
anything to you. I just hold your arm. Oh, just forget it. Anyway, why are you
running away from me?” soal Jeremy yang masih memegang pipinya. Sakit yang
dirasanya sangat perit seolah-olah disengat oleh tebuan. Wajah panic wanita di
hadapannya itu membuatkan dia lupa akan kesakitannya.
“I’m sorry,” hanya itu yang mampu keluar dari mulut Farhana. Perasaan
serba salahnya semakin menebal dalam diri. Kenapa aku pulak yang perlu rasa
bersalah? Yang dia pegang lengan aku tu kenapa? Kan dah rasa penampar free...
Tapi, kalau setakat pegang tangan bagi diorang tak ada apa-apa pun. Getus hati
Farhana.
“It’s ok. I forgive you. You know what, I think we have met before,
right?” soal Jeremy sambil mengamati wajah Farhana. Memang betul tekaannya.
Gadis di hadapannya ini merupakan gadis yang dicarinya selama 5 tahun ini.
Alangkah gembiranya hatinya masa ini.
“Huh? Really?” soal Farhana, berpura-pura lupa. Malas mahu melayan
kerenah lelaki ini.
“Oh, please. I still remember you because I am the one bring you to my
room,” kata Jeremy sambil tersenyum. Namun, kata-kata Jeremy menyebabkan hati
Farhana menjadi sedih.
“Then, I had to sleep at the living room because of you,” kata Jeremy
sambil ketawa apabila mengingati kenangan lalu.
“What? That mean, you didn’t slept with me?” soal Farhana yang terkejut
dengan cerita Jeremy. Jadi, selama ini dia salah sangka terhadap lelaki ini?
“What? Of course not. I didn’t even touch you. Anyway, what is your
name?” soal Jeremy. Kali ini Farhana dan Jeremy melabuhkan punggung di lobi
hotel.
“Farhana. Just call me Hana. I’m sorry for thinking nonsense about you.
Anyway, thank you for helping me that night. If not....”
“Shh.. Don’t think about it anymore. Anyway, my name is Jeremy,” kata
Jeremy sambil meletakkan jari tunjuknya di bibir Farhana. Farhana menjadi kaku
sebentar. Terkejut dengan tindakan Jeremy.
“Er, I need to go to my room now. I’m tired,” kata Farhana cuba
melarikan diri.
“Ok. See you again tomorrow,” kata Jeremy gembira. Farhana hanya
tersenyum lalu terus berjalan menuju ke biliknya.
Sunday, May 10, 2015
gambar...
Sebenarnya, aku tgh bosan ni + pening nk pikir ayat tuk thesis aku.. adesss... so, just update some story pics.. hehehe
Saturday, May 9, 2015
Tokyo Ghoul
Yeah...
sejak kebelakangn nie, aku da ketagih dengan anime nie...
jalan cerita menarik.. tapi kesian dengn nasib watak utama.. macam2 yg dia lalui..
especially part seksaan tue.. huhuhu...
dan, aku ambil masa 2 hari utk habiskan anime nie.. season 1 ngn 2.. hehehe...
tp, memang aku tak puas ati dgn ending die.. mcm tergantung!!! huhuhu...
Tapi, nasihat aku, utk sesapa yg x leh tgk part2 mcm bunuh2, tak digalakkan sgt tgk anime nie.. (walaupun aku tgk x de rase menakutkn sgt)
oh yeah. some quotes from kaneki-kun!! (sumber dari uncle google)
sejak kebelakangn nie, aku da ketagih dengan anime nie...
jalan cerita menarik.. tapi kesian dengn nasib watak utama.. macam2 yg dia lalui..
especially part seksaan tue.. huhuhu...
dan, aku ambil masa 2 hari utk habiskan anime nie.. season 1 ngn 2.. hehehe...
tp, memang aku tak puas ati dgn ending die.. mcm tergantung!!! huhuhu...
Tapi, nasihat aku, utk sesapa yg x leh tgk part2 mcm bunuh2, tak digalakkan sgt tgk anime nie.. (walaupun aku tgk x de rase menakutkn sgt)
oh yeah. some quotes from kaneki-kun!! (sumber dari uncle google)
Thursday, May 7, 2015
Cerpen 2.. Part 7
Setelah tiba di Pulau Jeju, Jeremy terus diserbu oleh peminatnya
sehingga dia tidak boleh berjalan. Farhana yang kehairanan melihat sekumpulan
orang berkumpul dan terjerit-jerit segera menghampiri kumpulan tersebut dan
melihat apa yang berlaku. Sangkanya ada persembahan namun, tiada apa pun. Dia
segera berlalu pergi.
Ketika sedang sibuk memberi autograf, Jeremy ternampak kelibat perempuan
Malaysia itu. Dia cuba mengejar perempuan itu namun gagal kerana perempuan itu
telah pergi. Jeremy segera menuju ke hotel. Setelah check-in, dia segera
menghempaskan badannya di atas tilam yang empuk itu sambil memikirkan kejadian
sebentar tadi. Sambil berfikir, dia terlelap kepenatan.
Malam itu, Farhana hanya mampu merenung kosong makanan tradisional Korea
yang terhidang di hadapannya. Sejak tiba di Korea Selatan, hatinya sentiasa
berasa kosong, seolah-olah ada sebahagian dari dirinya yang hilang. Ketika ini,
dia teringat nasihat yang diberikan oleh ibunya agar mencari pasangan hidup. Pasangan
hidup? Huh, tak mungkin aku nak cari lagi. Aku dah serik dengan lelaki seperti
Khai. Bisik hati Farhana sambil tersenyum sinis.
Hidangan yang terpampang di depan mata amat menarik. Dirinya sudah tidak
sabar lagi menikmati hidangan tersebut. Dalam masa beberapa minit saja, Jeremy
telah menghabiskan makan malamnya. Mana tidaknya, sejak dia sampai di Pulau
Jeju petang tadi, dia tidur sehingga malam. Setelah selesai menjamu selera, dia
mengambil keputusan untuk keluar menikmati angin malam Jeju.
“How much is this?” soal Farhana sambil matanya melilau
sekeliling kedai. Malu sekiranya ada orang lelaki di dalam kedai. Entah kenapa
dia tidak terfikir untuk membawa tuala wanita. Sudahnya, dia terpaksa membeli
barang itu di sini.
“5000 won,” kata jurujual itu, acuh tak acuh saja.
“Oh, ok.” Farhana segera mengambil dompetnya di dalam tas tangan. 100 00
won dihulurkan kepada jurujual itu.
“Er, you.. Small money?” soal jurujual itu dengan bahasa Inggeris yang
tunggang-langgang. Farhana tersenyum melihat gelagat jurujual itu. Bukannya dia
tidak tahu bahawa kebanyakan rakyat Korea tidak mahir berbahasa Inggeris.
“Sorry, I don’t have small money,” kata Farhana. Aduh, masalah pula.
Kenapa kedai runcit tak ada duit kecil? Sekarang macamana? Bisik hati Farhana.
Bimbang dengan keadaan itu.
“How much is it?” kedengaran suara seorang lelaki bercakap dengan
jurujual itu. Farhana segera berpaling, melihat siapa lelaki itu.
Sebaik saja melihat wajah lelaki Korea itu, Farhana kaget. Bukankah
lelaki itu lelaki yang pernah membawanya ke bilik hotel milik lelaki itu 5
tahun yang lalu? Apabila teringat peristiwa tersebut, mukanya segera menjadi
merah. Malu dan geram dengan lelaki itu. Kenapalah lelaki itu perlu berada di
sini dan mengganggu ketenangannya?
“5000 won. This lady doesn’t have small money and I don’t have the
change,” kata jurujual itu. Farhana hanya memandang jurujual itu dengan
wajah keliru kerana tidak faham apa yang mereka bercakap.
“It’s ok. I’ll pay for her,” kata Jeremy lalu segera mengeluarkan
not 5000 won. Dia segera mengambil barang wanita itu dan menghulurkan kepada
Farhana. Sempat lagi dia melihat barang apa yang dibeli oleh Farhana. Dia hanya
tersenyum melihat tuala wanita. Farhana segera mengambil barangnya dengan muka
yang merah.
“Thank you,” kata Farhana ringkas lalu segera berjalan keluar dari kedai
itu. Dia cuba mengelak dari memandang muka lelaki itu.
“Wait! I know you!” jerit Jeremy sambil mengejar Farhana. Langkah
Farhana terhenti sebaik saja mendengar jeritan Jeremy.
Alamak,
dia panggil akulah. Apa yang aku nak buat sekarang ini? Baik aku lari sebelum
dia datang... Bisik hati Farhana. Lalu, dia segera berlari menuju ke hotel.
Sebaik saja sampai di lobi hotel, dia berehat sebentar. Penat berlari dalam
sejuk malam. Apabila pasti lelaki itu tidak lagi mengejarnya, dia berjalan
dengan tenang menuju ke lif. Apabila sedang menunggu lif, dia terasa seseorang
sedang memegang lengannya. Terkejut dengan tindakan itu, dia segera menampar
orang itu. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat lelaki tadi yang
ditamparnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)









