Sebenarnya, aku tgh bosan ni + pening nk pikir ayat tuk thesis aku.. adesss... so, just update some story pics.. hehehe
Sunday, May 10, 2015
Saturday, May 9, 2015
Tokyo Ghoul
Yeah...
sejak kebelakangn nie, aku da ketagih dengan anime nie...
jalan cerita menarik.. tapi kesian dengn nasib watak utama.. macam2 yg dia lalui..
especially part seksaan tue.. huhuhu...
dan, aku ambil masa 2 hari utk habiskan anime nie.. season 1 ngn 2.. hehehe...
tp, memang aku tak puas ati dgn ending die.. mcm tergantung!!! huhuhu...
Tapi, nasihat aku, utk sesapa yg x leh tgk part2 mcm bunuh2, tak digalakkan sgt tgk anime nie.. (walaupun aku tgk x de rase menakutkn sgt)
oh yeah. some quotes from kaneki-kun!! (sumber dari uncle google)
sejak kebelakangn nie, aku da ketagih dengan anime nie...
jalan cerita menarik.. tapi kesian dengn nasib watak utama.. macam2 yg dia lalui..
especially part seksaan tue.. huhuhu...
dan, aku ambil masa 2 hari utk habiskan anime nie.. season 1 ngn 2.. hehehe...
tp, memang aku tak puas ati dgn ending die.. mcm tergantung!!! huhuhu...
Tapi, nasihat aku, utk sesapa yg x leh tgk part2 mcm bunuh2, tak digalakkan sgt tgk anime nie.. (walaupun aku tgk x de rase menakutkn sgt)
oh yeah. some quotes from kaneki-kun!! (sumber dari uncle google)
Thursday, May 7, 2015
Cerpen 2.. Part 7
Setelah tiba di Pulau Jeju, Jeremy terus diserbu oleh peminatnya
sehingga dia tidak boleh berjalan. Farhana yang kehairanan melihat sekumpulan
orang berkumpul dan terjerit-jerit segera menghampiri kumpulan tersebut dan
melihat apa yang berlaku. Sangkanya ada persembahan namun, tiada apa pun. Dia
segera berlalu pergi.
Ketika sedang sibuk memberi autograf, Jeremy ternampak kelibat perempuan
Malaysia itu. Dia cuba mengejar perempuan itu namun gagal kerana perempuan itu
telah pergi. Jeremy segera menuju ke hotel. Setelah check-in, dia segera
menghempaskan badannya di atas tilam yang empuk itu sambil memikirkan kejadian
sebentar tadi. Sambil berfikir, dia terlelap kepenatan.
Malam itu, Farhana hanya mampu merenung kosong makanan tradisional Korea
yang terhidang di hadapannya. Sejak tiba di Korea Selatan, hatinya sentiasa
berasa kosong, seolah-olah ada sebahagian dari dirinya yang hilang. Ketika ini,
dia teringat nasihat yang diberikan oleh ibunya agar mencari pasangan hidup. Pasangan
hidup? Huh, tak mungkin aku nak cari lagi. Aku dah serik dengan lelaki seperti
Khai. Bisik hati Farhana sambil tersenyum sinis.
Hidangan yang terpampang di depan mata amat menarik. Dirinya sudah tidak
sabar lagi menikmati hidangan tersebut. Dalam masa beberapa minit saja, Jeremy
telah menghabiskan makan malamnya. Mana tidaknya, sejak dia sampai di Pulau
Jeju petang tadi, dia tidur sehingga malam. Setelah selesai menjamu selera, dia
mengambil keputusan untuk keluar menikmati angin malam Jeju.
“How much is this?” soal Farhana sambil matanya melilau
sekeliling kedai. Malu sekiranya ada orang lelaki di dalam kedai. Entah kenapa
dia tidak terfikir untuk membawa tuala wanita. Sudahnya, dia terpaksa membeli
barang itu di sini.
“5000 won,” kata jurujual itu, acuh tak acuh saja.
“Oh, ok.” Farhana segera mengambil dompetnya di dalam tas tangan. 100 00
won dihulurkan kepada jurujual itu.
“Er, you.. Small money?” soal jurujual itu dengan bahasa Inggeris yang
tunggang-langgang. Farhana tersenyum melihat gelagat jurujual itu. Bukannya dia
tidak tahu bahawa kebanyakan rakyat Korea tidak mahir berbahasa Inggeris.
“Sorry, I don’t have small money,” kata Farhana. Aduh, masalah pula.
Kenapa kedai runcit tak ada duit kecil? Sekarang macamana? Bisik hati Farhana.
Bimbang dengan keadaan itu.
“How much is it?” kedengaran suara seorang lelaki bercakap dengan
jurujual itu. Farhana segera berpaling, melihat siapa lelaki itu.
Sebaik saja melihat wajah lelaki Korea itu, Farhana kaget. Bukankah
lelaki itu lelaki yang pernah membawanya ke bilik hotel milik lelaki itu 5
tahun yang lalu? Apabila teringat peristiwa tersebut, mukanya segera menjadi
merah. Malu dan geram dengan lelaki itu. Kenapalah lelaki itu perlu berada di
sini dan mengganggu ketenangannya?
“5000 won. This lady doesn’t have small money and I don’t have the
change,” kata jurujual itu. Farhana hanya memandang jurujual itu dengan
wajah keliru kerana tidak faham apa yang mereka bercakap.
“It’s ok. I’ll pay for her,” kata Jeremy lalu segera mengeluarkan
not 5000 won. Dia segera mengambil barang wanita itu dan menghulurkan kepada
Farhana. Sempat lagi dia melihat barang apa yang dibeli oleh Farhana. Dia hanya
tersenyum melihat tuala wanita. Farhana segera mengambil barangnya dengan muka
yang merah.
“Thank you,” kata Farhana ringkas lalu segera berjalan keluar dari kedai
itu. Dia cuba mengelak dari memandang muka lelaki itu.
“Wait! I know you!” jerit Jeremy sambil mengejar Farhana. Langkah
Farhana terhenti sebaik saja mendengar jeritan Jeremy.
Alamak,
dia panggil akulah. Apa yang aku nak buat sekarang ini? Baik aku lari sebelum
dia datang... Bisik hati Farhana. Lalu, dia segera berlari menuju ke hotel.
Sebaik saja sampai di lobi hotel, dia berehat sebentar. Penat berlari dalam
sejuk malam. Apabila pasti lelaki itu tidak lagi mengejarnya, dia berjalan
dengan tenang menuju ke lif. Apabila sedang menunggu lif, dia terasa seseorang
sedang memegang lengannya. Terkejut dengan tindakan itu, dia segera menampar
orang itu. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat lelaki tadi yang
ditamparnya.
Sunday, February 16, 2014
Apa yang aku buat bile Bosan???? 0.o
Salam and hi~~
Hahaha.. Berdasarkan tajuk blog tue, nie aku nak post gambar2 yang aku buat mase aku tengah bosan2 + tension study....
Aku buat ala2 meme gitu... hehehehe
Hahaha.. Berdasarkan tajuk blog tue, nie aku nak post gambar2 yang aku buat mase aku tengah bosan2 + tension study....
Aku buat ala2 meme gitu... hehehehe
Tengok, apa yang aku buat kat lecture note.. Nielah keje aku bile da tension study... hehehe
Ok. Tue jer yang aku nak tunjuk. Aku buat nie untuk suka2 jer.. Aku harap tak de yang terasa....
p/s: kawan aku cakap gambar yang kedua tue menakutkan... pastu, aku salah eja serius.. aku eja kot Bm.. Spatutnye serious.... Sorry~~~
Welcome Back~~~
Salam and hi~~~
Wahh~~ dah lame giler aku tak update blog nie... Hehehe.. Ok, now im back.. Hurm... nak share ape ye? Sebenarnya, aku sekarang nie dok aktif kat blog lain. Tapi, blog nie hanya khas untuk orang Jepun.. Eh, klu camtu camner aku leh wat blog kat situ? Hurm.. Camni, blog tue memang khas untuk orang Jepun tapi orang lain pun boleh jer nak join.. Bukannya die mintak no.i/c etc untuk buat blog tue. Cume, korang kena pandai la baca tulisan Jepun ataupun gune google translate.. Klu aku, slalunya guna google translate.. heheh.. Tapi ader jer perkataan simple yang aku leh bace.. hehehe
And~~~ Kat situ aku boleh tengok blog update dari artis favorite aku~~ hohoho.. Tue jer motif aku join blog tue.. hehehe... Oh, pastu aku rase bagi sesiapa yang nak belajar bahasa Jepun, blog nie agak membantu jugak. Sebabnya, kita akan cuba baca tulisan Hiragana dengan Katakana then, gune translator atau kamus. Dari situ kita dah boleh belajar perkataan2 yang simple. Hurm, nie tips untuk aku belajar bahasa Jepun. Kalau korang x taulah... Tapi, kalau kanji, aku x jaminlah. Sebabnya, aku pun tak tau camner nak belajar kanji nie... Adessss....
Hurm.. tue jelah kot.. Oh, name blog tue, Ameba... cuber try search kat google.. well... selamat maju jaya... hehehe...
Oh ya, SID nak kluarkan album baru.... Kyahhh~~~ >.< (jadi fangirl jap... hehehe) Tajuk album tue Outsider, akan dikluarkan secara rasmi pada 12.3.14..... Can't wait for this album....
Saturday, September 14, 2013
Larian Utara 2013
Assalam....
Ok, berdasarkan tajuk diatas (cehh.. skema tak ayat? Hihihi) aku nak citer pasal event yang aku join. Serba sedikit maklumat tentang Larian Utara nie, program nie dianjurkan oleh UniMAP dengan kerjasama dari pihak Utusan Malaysia dan Persatuan Olahraga Amatur Malaysia..
Starting point die dari Kampus UniMAP Kubang Gajah dan berakhir di Dataran Keris, Kangar. Hurm, jarak die sejauh 10km kalau tak silap.
Ok, berdasarkan tajuk diatas (cehh.. skema tak ayat? Hihihi) aku nak citer pasal event yang aku join. Serba sedikit maklumat tentang Larian Utara nie, program nie dianjurkan oleh UniMAP dengan kerjasama dari pihak Utusan Malaysia dan Persatuan Olahraga Amatur Malaysia..
Starting point die dari Kampus UniMAP Kubang Gajah dan berakhir di Dataran Keris, Kangar. Hurm, jarak die sejauh 10km kalau tak silap.
Ok, nie gambar peta laluan untuk Larian Utara.
Rasenye dah cukup ngan info tentang Larian Utara nie. Well, disebabkan aku nie jarang pergi bersenam or jogging petang2, kena pulak dah hampir 2-3 bulan aku cuti memang keje makan tido jelah time cuti nie. Kitorang berlepas dalam pukul 8.15 pagi dan aku smpai kat Dataran Keris dalam pukul 11 kot.
Ok, nielah nombor bertuah aku... hehehe... bertuah la sangat.
Menuju ke garisan penamat, yeah..... Letihnye.. Huhuhu
Itu ajelah yang aku nak share kali nie. Ok, selamat menyambut hari 1 Malaysia.. heheheh
Subscribe to:
Posts (Atom)








