Ketika sedang asyik
mengenang nasibnya, hujan turun dengan lebat. Kali ini Farhana sudah tidak
mampu berlari. Dia hanya mampu menangis di dalam hujan lebat itu sehingga
pengsan.
“Yu Na, where have you been the
whole night? You made me worry, you know?” soal Jeremy sebaik sahaja
melihat wajah kekasihnya di depan pintu bilik hotelnya.
“I’m sorry darling. My friend
invited me to a party. I can’t make her disappointed. So, i just went to the
party with her,” terang Yu Na sambil berjalan masuk ke dalam bilik hotel.
“A party? Why you didn’t tell me?
Or asked me to join too? I can accompany you to the party. But you just left me
alone last night. That make me so sad,” kata Jeremy.
“Oh, please. Stop the nagging.
I’m tired now. Can you please let me sleep for a while?” kata Yu Na sambil
berjalan masuk ke dalam bilik.
“Wait!” belum sempat Jeremy
melarang Yu Na, kekasihnya sudahpun membuka pintu bilik tidurnya.
“Jeremy, who is she? Are you....”
Yu Na tidak mampu menghabiskan ayatnya. Bimbang sekiranya apa yang difikirnya
betul.
“No. Please listen to me,”
kata Jeremy lembut. Dia berharap agar Yu Na mendengar penjelasannya dahulu.
“No! You lie to me! How could you
sleep with... Urgh.. I cant say it,” kata Yu Na sedikit menjerit. Siapa
tidak terkejut melihat perempuan lain di dalam bilik tidur teman lelaki.
Suasana bising membuatkan Farhana
terjaga. Siapa pula yang memekik di waktu pagi. Kepalanya sedikit sakit apabila
dia cuba bangun. Apabila mata terbuka, dia terkejut melihat suasana di
sekelilingnya. Ini bukan bilik hotelnya. Keadaan ini menyebabkan Farhana
sedikit panik. Dia cuba mengingati peristiwa semalam. Selepas turun dari teksi,
dia berjalan di sekitar taman. Kemudian, hujan turun dengan lebat. Selepas itu,
dia langsung tidak ingat apa-apa.
“Starting from today, we are not
lovers any more. So, goodbye. I don’t want to see your face again,” kata Yu
Na lalu terus keluar dari bilik hotel itu. Hatinya sungguh sedih dan sakit.
Sakit dengan perbuatan Jeremy yang sanggup menduakannya.
Farhana terkejut mendengar pintu
bilik dihempas. Dia segera keluar untuk melihat apa yang berlaku. Di ruang
tamu, kelihatan seorang lelaki sedang duduk termenung. Farhana terkejut melihat
lelaki itu.
“You awake now?” soal lelaki itu
seolah sedar akan kehadirannya.
“Yes. Anyway, who are you?” soal
Farhana.
Langsung tiada balasan daripada
lelaki itu. Mungkin mood lelaki itu tidak baik. Mungkin juga, dia baru bergaduh
dengan kekasihnya itu. Hati Farhana berteka-teki. Apabila dia mahu berjalan ke
dalam bilik semula, baru dia teringat sesuatu. Bagaimana dia boleh berada di
sini? Adakah lelaki itu yang membawanya ke sini? Adakah sesuatu telah terjadi
antaranya dan lelaki itu? Hatinya menjadi resah pabila memikirkan sebarang
kejadian yang tidak diingini berlaku semalam.
Tanpa membuang masa, Farhana segera
berlari masuk ke dalam bilik dan mengambil barangnya lalu terus berjalan ke
arah pintu utama. Sebelum dia melangkah keluar, dia sempat menjeling lelaki
itu.
“Thanks for everything last night
even though I am not sure what have you done with me,” setelah usai berkata,
Farhana segera berjalan keluar.
Jeremy yang sedang bingung
memikirkan status hubungannya dengan Yu Na baru tersedar akan apa yang
dikatakan oleh perempuan itu. Dia bingkas bangun dan cuba mengejar perempuan
itu namun, usahanya gagal. Dia dapat melihat kelibat perempuan itu menaiki
teksi dari ruang lobi hotel. Jeremy tidak sempat mengejar perempuan itu setelah
teksi tersebut bergerak menghilang dari pandangannya.
Kini, menyesal pun sudah tiada
gunanya. Jeremy langsung tidak sempat bertanya akan nama perempuan tersebut.
Apa yang dia tahu tentang perempuan itu hanyalah perempuan itu merupakan
seorang rakyat Malaysia. Jeremy segera berjalan semula ke biliknya dengan
perasaan kecewa.