Saturday, August 10, 2013

Korea Day at Mid Valley, Kuala Lumpur

Assalam~

Berdasarkan tajuk di atas, aku dengan adik aku pergi ke Korea Day yang dianjurkan oleh Korean Society in Malaysia. Tapi, banyak jugak dugaan yang kitorang terpaksa tempuhi mase otw nak pergi ke Mid nie. Ya Allah, dalam KTM, orang ramai sangat.. Rase macam dok dalam tin sardin.. Dalam pukul 12, kitorang sampai kat Mid. So, ape lagi? Kaki nie laju jer melangkah p tingkat 3. Hohoho...


Hah, tue dia...  Pastue, masuk jer dalam tue, ader banyak booth makanan... Antaranya ader ddeokbukki, korean pancake, set nasi korea (aku tak tau name die per), keropok2 dari korea dan macam2 lagi..


kat booth nie die ader jual buah melon n kalau tak silap Fuji Apple... Selain tue, booth nie ader gak jual paste2 from korea...


kat booth nie plak jual keropok2 dari korea.. Ader keropok yang dibuat dari seaweed..


Hah, nie makanan korea yang femes tue... ddeokbukki.. Aku nak try, tapi takut tak halal... hurmm...



ok, gerai nie ader jual set nasi korea.... 1 set rm 15....


Hah, nie plak wat korean tradisional pancake... da tertulis da halal... dibuat ngan sayur... So, korang leh la try... ^^


Yang nie... Aku x sure die wat ape... Rasenye macam pancake jugak.. ntah la..

Lepas surveyu makanan, kitorang p tengok barang2 kraftangan yang dipamerkan.. Hurm, tak der lah banyak sangat... Tapi, oklah... At least kiter bleh kenal dengan barang kraftangan diorang.. Oh ya, ade jugak booth yang jual alat pertukangan..




Antara patung2 yang comel yang dipamerkan.... Cute kan? Sorry, gambar kurang jelas...


Kat sini ader dipamerkan kipas buatan tangan dan kalau tak silap, kiter boleh melukis kat kipas nie...


Hah, nie diorang tengah buat rice cake... Ingatkan senang jer nak buat rice cake.. Tapi, dari demonstrasi yang ditunjukkan, fuhh... agak susah jugak la.. 

Lepas tengok pameran, aku dengan adik aku pergi cuba baju tradisional korea, Hanbok.. Hehehe....







Hahah.. Itu sajalah aku nak citer.. Oh ya, kat sini pon ader jual paste untuk buat kimchi.. So, kepada sesapa yang berminat ingin membuat atau mencuba sample kimchi, boleh la datang kat sini... Then, ader jugak fashion show berdasarkan korea... hohoho

Thursday, August 8, 2013

Raya 2013

Assalam~

Selamat Hari Raya Aidilfitri aku ucapkan kepada seluruh umat Islam di dunia.. Ok, tahun nie aku tak beraya kat kampung sebab mak ayah aku kerja... Huhuhu.. Agak sedih jugak sebab takder saudara kat sini. Tapi, raya tahun nie lain skit sebab kitorang pergi ke Istana Negara.. Kirenya, pagi tue pergi beraya kat sanelah. Walaupon dah brape tahun kitorang tinggal kat sini, tapi tak pernah pergi mana-mana rumah terbuka yang dianjurkan oleh PM ataupun YDPA....

Jadi, dipendekkan cerita, mase kitorang sampai kat depan pintu pagar istana, dah nampak banyak kereta parking kat kiri kanan bahu jalan dan kitorang ternampak orang ramai beratur nak masuk dalam istana tue..


Hah, nampak tak? Lepas tue, kitorang parking kereta jauh dari pintu pagar istana nie. Then, mak ayah pun tanyelah nak pergi ke tak? Sebab kena jalan jauh. Last2, kitorang pon pergi jelah. Huh, terpaksa bersabar jelah sebab kena beratur panjang dibawah panas terik.... huhuhuhu... Tunggu dalam hampir sejam lebih, barulah sampai giliran kitorang. Rupa2nya ade bas rapid K.L yang disewa untuk mengangkut para tetamu yang hadir. Oklah, kirenya tak payah nak kena jalan naik bukit nak pergi open house kat istana nie. hihihi




Ok, sampai jer kat dalam istana tue, wow... memang ramai orang... hampir semua meja makan penuh.. Nak amik makanan pon kena beratur panjang... Dan ade jugak persembahan tapi aku tak pasti saper yang buat persembahan. Yang aku tau, ader RTM. Tue jer.. Mak aku kater die nampak Shila Amzah.. Tapi tak taulah betul ke x... 




Hurm, disebabkan orang ramai sangat, kitorang sempat makan mee goreng jer. Ingat nak try lagi makanan yang lain. Tapi disebabkan kekangan masa sebab mak aku kena kerja, so kitorang terus balik... 

 

ayah dok makan mee goreng.. p/s, makcik baju ungu tue bukan mak aku yer.. hihihi



Menikmati mee goreng... hohoho


Hurm, yang ramai orang beratur nie, diorang nak p bersalam dengan YDPA.. Aku ingat nak pergi jugak.. Tapi, itulah.. disebabkan kekangan masa, so aku tak dapat pergi bersalam dengan YDPA.. Kalau tak, boleh dapat biskut raya dengan duit raya... hihihi...




Ok, time nie kitorang dah nak balik... So, aper lagi? Pakat posing la depan sign Istana Negara tue... Oh, klu korang perasan, huruf T tue agak pelik skit kan? Hohoho..

Ok, itu jelah yang aku nak share hari nie... Huhuhu... agak penat jugak la.... 

Monday, July 29, 2013

Photos~

Assalam...

Hurm.. Hari nie aku x tau nak post ape.. so, aku just post gambar2 dari band fav. aku iaitu the Gazette and SID... hohoho... enjoy... (^_^)

Oh ya, sumber2 gambar nie semuanya dari Google... 


The Gazette~~



Ruki


Reita




Kai (Suke tengok die senyum...)





Mao (SID)


SID

Thursday, July 25, 2013

SID new single, Summer Lover (Samaraba)~~~

Assalam~~

24 hb 7 iaitu semalam, dengan rasminye group fav aku, SID keluarkan single baru diorg.... hohoho... So~ excited dan aku dah download single baru diorang... Hurm, patut ke aku bagitau tracklist single diorg? Tak pelah... Korang leh carik kt mr. google... hehehe...

Cume satu jer... Aku tak brape suke lagu yang di'remix'kan... entah lah... rase macam tak original... lagi suke non remix version... hohohoh.. itu pendapat akulah... well, itu jer yang aku nak share hari nie..... 


Oh ya, nie link tuk download single diorang... Enjoy... (^_^)




Monday, July 22, 2013

Cerpen 2.... Part 5

Farhana semakin rimas dengan bekas suaminya itu. Saban hari, dia sering di ganggu oleh Khai. Entah apa yang lelaki itu mahukan dari dirinya. Bahkan, di pejabatnya pun Khai boleh mengganggunya sehingga tumpuan terhadap kerja terganggu.
“Cik Farhana, ada orang ingin berjumpa dengan cik,” kedengaran suara setiausahanya melalui intercom.
“Saya sibuk,” kata Farhana ringkas.
“Tapi cik, lelaki ini bertegas ingin berjumpa dengan cik,” kedengaran lagi suara setiausahanya.
“Baiklah, suruh dia masuk,” kata Farhana yang rimas dengan gangguan bekas suaminya.
“Apa yang awak nak?” soal Farhana.
“Sayang, saya nak awak,” kata Khai terus terang. Sayang? Geli telinga aku mendengarnya... bisik hati Farhana.
“Tolonglah, saya dah tak ada hati pada awak, tau tak? Saya sibuk ni, tolong jangan ganggu saya,” kata Farhana tegas. Farhana ini bukan lagi Farhana yang mudah dipijak kepala.
“Ok. But I want you to remember that I won’t stop disturb you until you accept me,” kata Khai dengan nada romantis lalu segera meletakkan sejambak bunga mawar di atas meja Farhana. Setelah melemparkan sebuah senyuman, Khai segera berjalan keluar dari pejabat Farhana.

Farhana segera mengambil bunga yang diletakkan di atas mejanya dan membuangnya ke dalam tong sampah. Sayang, bunga itu memang cantik namun bunga itu dari Khai. Tidak mungkin dia akan menerima sebarang hadiah dari Khai yang dahulu sangat membencinya dan tidak memberikan peluang kepadanya untuk menjadi seorang isteri yang solehah. Lalu, manik halus turun dari kelopak matanya dan dia segera menyeka air matanya itu. Dia tidak akan membenarkan kenangan lama menghalangnya dari Berjaya. Sekarang dia sudah menjadi seorang ketua editor di salah sebuah majalah. Malah, statusnya lebih tinggi daripada Khai.

Sunday, July 21, 2013

Update?

Assalam~~

Update? hurm... yelah, setelah beberapa bulan aku tak amik tau pasal kpop nie, tetibe ari nie aku nak tau ape yang berlaku kat dunia kpop skang.. yelah, dok giler dengan pakwe2 Jepun aku... hihihi... oppss... hohoh

Ok, skarang nie aku da berkenan dengan lagu dari EXO tajuk Wolf.. Wow, not bad gaklah lagu nie. Mule2 dengar rasa macam biasa jer. Tp, lame2 dengar rase macam WOW.. especially part nega wolf... nega wolf.. auww (x tau btul ke x.. hehehe) 

Pastu, aku tertarik dengan lagu Henry tajuk Trap.. Best gak lagu nie.. N pandai gak si Henry nie main piano.. Suke sangat part piano.. (^_^)



nie lagu EXO Wolf



dan nie lak lagu Henry, Trap....

Ok... Tue jer aku nak update hari nie... Enjoylah 2 lagu nie... >.<

Comparison again...... Hohohoh

Assalam...

ok, aku bagitau saper penyanyi jepun yang aku compare dengan gambar Jae Joong tue... Namenye Yuya Matsushita... Penyanyi solo jepun.. Tapi, bagi akulah die lebih aktif dalam bidang musikal contohnya Kuroshitsuji Musical, memegang watak Sebastian Michaelis.... Hurm, kalau silap info hope dibetulkan... (^_^)

Ok, kali nie aku nak compare gambar YongHwa pulak.. Kepada fans YongHwa or CN Blue, jangan terasa or nak marah pulak bile aku compare gambar nie. Nie sumer berdasarkan pendapat aku jer.. Sebab aku tengok macam ade persamaan skit, so aku compare jelah.. Hohoho...



Hahah... Ok, skarang cube tengok and compare.. klu ader persamaan... Hohoho... OK, tue jelah aku nak post hari nie... Memang aku tak der keje nak buat... Dok compare gambar jer... hehehe... anyway, enjoy...