Wednesday, July 25, 2012

Kisah Bulan Ramadhan 2...

Assalam..


Masa Ramadhan tahun lepas, aku ader post kisah Ramadhan. Tentang perangai2 umat Islam Melayu mase org berbuka puase di sebuah klinik... Hurm.. Entah la, aku pon x tau.. Tahun nie ade jugak segelintir (atau patut ke aku cakap kebanyakan???) orang Melayu yang beragama Islam bersikap biadap (aku rase ayat nie memang sesuai tuk korang) sebab tak menghormati org lain berbuka puase...


Ok, dari cerita kawan akulah, alu tertanya-tanya... Ader orang datang melawat pesakit time maghrib. OK, then aku terpikir diorang tue tak berbuka ke? takkan la diorg berbuka dalam kereta ngan air kotak jer kot? Agak2 la.. Pesakit tue bukannye sakit teruk pon sampai diorg rushing nak p melawat.. Kot ye pun, x leh ke g melawat lepas maghrib? dalam kul 8 ke? 


Lepas tue, mcm yg aku citer dlm post aku yg dulu, ader lak yg panggil para nurse yg tgh berbuka semata-mata benda yg remeh temeh.. Haish... aku pon da jadi keliru dengan perangai orang Melayu Islam nie.... Sepatutnye, sebagai umat Islam anda2 semua kenalah faham.. Time maghrib adalah masa untuk berbuka puasa.. So, bagilah masa untuk para nurse berbuka dan solat. Diorang pon manusia gak.. Umat Islam gak.. 


Entah la.. Aku harap kepada sesiapa yg membaca post nie, tolonglah.. Tegur sikap kawan2, saudara-mara dan sbgnya... Hurm, aku x nklah membebel panjang2.. Nanti korang bosan lak kan? So, aku harap sangat agar korang semua ubah sikap korang... Sekiranya terkasar bahasa, aku mintak maaf banyak2.. Aku harap korang akan sedar bila baca post nie.... Sekian....

Monday, July 23, 2012

Resepi Fresh Oren

Assalam...


Hari nie nak post resepi fresh oren ala2 mamak... Alah, mamak kat wat fresh oren yg pekat tue.. haa, resepi nie lebih kurang camtue la...


Bahan2:


sebiji oren
1 atau 2 sudu gula
beberapa ketul ais
1/2 cwn air


Cara:

  1. Kupas kulit oren sampai tinggal isi dan kulit warna putih tue...
  2. Pastue, potong kpd beberapa bahagian kecil, senang nk blender nanti.
  3. Masukkan dalam blender.
  4. then, masukkan gula ngn ais... Ais tue, masukkan ikut selera korang... Then, masukkan air
  5. Blender smpai semua hancur.....
  6. Da siap leh la enjoy fresh oren tue.... ^^
Resepi nie, rase2nyer utk 2 atau seorg jer kot.. nth la, aku pon x sure.. tp, memang sedap.. so, try la.. ^^


Friday, July 20, 2012

Ramadhan datang lagi..

Assalam semua... 


Alhamdulillah, tahun nie aku dapat bertemu lg dengan Ramadhan yang mulia dan penuh dengan keberkatan. Jadi, aku ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Kepada muslimin dan musliman, ayuhlah kita merebut ganjaran yang melimpah-ruah di bulan ini serta meningkatkan ibadah kita kepadaNya. 
So, hayatilah lirik lagu Raihan , Harapan Ramadhan.. ^^


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Monday, July 16, 2012

CerKon 1...


“Keluar!” kedengaran suara seorang lelaki menjerit.
“Tapi, saya tak buat apa-apa pun,” kedengaran pula suara seorang wanita merayu.
“Ah, aku tak peduli. Kau keluar sekarang!” lelaki itu terus menghalau tanpa ada belas.
“Bang, dengarlah dulu penjelasan saya,” rayu wanita itu lagi.
“Ah, aku tak nak dengar penjelasan kau. Kata-kata kau tu semuanya dusta! Keluar sekarang!”
“WOI!! Ape jerit-jerit kat luar tu? Mak suruh korang kemas rumah, ada orang nak datang tapi korang dok berdrama pulak kat luar tue. Nak kena ni!” bebel  mak sambil keluar dari dapur dengan rotan di tangannya. Aku dan abang terkaku sebentar melihat mak ingin merotan kami.
“Alamak, mak dah marah. Tunggu apa lagi? Lari!” jerit abang dan kami pun terus melarikan diri dari mak.
“Kau nak pergi mana? Susah betullah bila terpengaruh dengan drama tv ni. Sini! Aku nak ajar korang satu-satu,” bebel mak sambil mengejar kami.
Tapi, last-last kena rotan jugak. Huhuhu…

Wednesday, July 11, 2012

Drama Melayu Sekarang...

Assalam sumer... Dah lame x post kt blog.. Penyakit M dah mule melanda diri.. hehehe.. Ok, berdasarkan tajuk diatas, aku nak share pendapat aku tentang drama-drama melayu sekarang...Setelah 2 bulan tak tengok tv, aku hanya mampu beristigfar dan menggeleng kepala bile melihat drama melayu... ish3.. dah x macam drama melayu.. aku rase macam tengok drama omputih plak.. ok, nie antara apa yg aku rase pasal drama melayu sekarang..


  1. Watak bukan main baik, tapi berpakaian seksi dan mendedah aurat.... 
  2. Bile stress jer, watak pegi minum arak, mabuk dan balik dengan perempuan asing sambil berpelukan.. 
  3. Watak utama lepak kat kelab atau pub dengan selamba rock jer.. macam da biase jer lepak kat situ.
  4. watak lelaki dan perempuan duduk berdua-duaan dalam rumah, tanpa ada muhrim...
  5. Kalau untuk cerita lawak pulak, watak perempuan tergedik-gedik dan over reaction... aku pon x tau la.. lawakkah macam tue?
  6. Memaparkan gaya hidup ala-ala mat saleh.... minum arak, dadah, bunuh-membunuh dan etc...
hurm, stakat nie, tue jer la yang aku mampu listkan... klu ader lagi, maybe aku tambah (kot??).. well, aku rase lah, bagi para pelakon melayu Islam, rasenyer ader batas jugak la walaupun anda berlakon... aurat tetap aurat.. dalam Islam, hukum2 nie bukan boleh wat main-main..... so, aku harap, untuk masa akan datang, elakkanlah berlakon macam tue.. sakit mata aku tengok... sekian.. kalau terkasar bahasa, minta maaf... 
p/s: gambar nie sekadar hiasan jer...

Sunday, May 13, 2012

Cerpen 1.... Final..


Majlis perkahwinan Melina dan Lutfi telah selesai. Segala-galanya berjalan dengan lancar. Hampir semua tetamu telah pulang.
            “Wah, penatnya,” kata Melina sambil berjalan ke dapur, membantu apa yang patut.
            “Sayang, sini sekejap,” panggil Lutfi.
            “Ada apa?” soal Melina. Mukanya merona kemerahan sebaik sahaja mendengar Lutfi memanggilnya sayang.
            “Sinilah,” kata Lutfi, tidak sabar. Melina hanya mengikut saja.
            “Ada apa?” soal Melina sebaik sahaja mereka masuk ke bilik tidur mereka.
            “Tak ada apa. Saja nak kacau sayang,” kata Lutfi sambil merangkul pinggang Melina. Melina yang terkejut dengan tingkah laku Lutfi menjerit kecil.
            “Apa ni? Lepaslah. Malulah,” kata Melina sambil cuba melepaskan diri namun Lutfi mengemaskan lagi rangkulannya.
            “Sabarlah.. Saya ada banyak kerja ni,” kata Melina cuba meminta simpati.
            “Baiklah. Abang bagi masa 5 minit untuk sayang siapkan kerja-kerja sayang,” kata Lutfi sambil tersenyum mesra lalu terus melepaskan rangkulannya.
            “Eh, mana sempat. Bagilah 1 jam,” kata Melina.
            “Tak boleh. Hanya 5 minit masa di beri dan bermula sekarang!” kata Lutfi seolah-olah pengacara acara sukan. Melina yang mendengar kata-kata Lutfi segera berjalan keluar.
            “Sayang, sini kejap,” panggil Lutfi apabila Melina ingin membuka pintu.
            “Ada apa lagi? Nanti habislah masa 5 minit saya,” kata Melina lembut sambil tersenyum mesra. Lutfi hanya berdiam diri dan berjalan menghampiri Melina, lalu segera mencium pipi Melina. Melina terkaku sebentar.
            “Apa yang sayang buat tu? Tutup mulut tu. Nanti lalat masuk. Eh, tinggal 3 minit jer,” kata Lutfi sambil tersenyum nakal. Melina yang baru sedar dari khayalan segera berjalan keluar dari bilik dengan muka yang merona kemerahannya. Lutfi hanya mampu ketawa melihat tingkah laku isterinya itu.

Monday, May 7, 2012

Cerpen 1... Part 8


8

            “Sayang, bangun. Kita dah sampai,” kejut Syafiq. Melina terpinga-pinga sebentar.
            “Sayang, ni baju pengantin. Sayang pergi tukar dulu ya,” kata Syafiq lembut sambil menyerahkan sepasang baju pengantin yang cukup indah. Melina hanya menurut.
            “Apa yang perlu aku lakukan ni? Aku mesti melengah-lengahkan masa,” bisik Melina sambil menyarungkan baju pengantin ke badannya.
            “Wah, cantiknya. Macam bidadari dari kayangan. Ok, jom masuk,” kata Syafiq sambil tersenyum girang. Hari ini, Melina akan jadi milik aku buat selama-lamanya. Bisik hati Syafiq.
            Melina hanya tersenyum tawar. Dia tidak mahu menghabiskan seluruh hidupnya dengan orang yang tidak dicintai.
            “Syafiq, I nak ke toilet sekejap,” kata Melina.
            “Ok. Cepat sikit tau,”

            ‘Lutfi, where are you? Sekarang saya kat Masjid Rantau Panjang. Syafiq dah bersedia untuk majlis pernikahan ni,’

            Sebaik sahaja Lutfi membaca mesej daripada Melina, dia segera memecut laju keretanya. Polis telah pun dihubungi.
            “Melina, come here. You duduk sini,” kata Syafiq. Melina menurut dengan berat hati.
            “Baiklah. Pengantin lelaki, kamu dah sedia?” soal tok imam.
            “Saya dah sedia,” kata Syafiq.
            “Baiklah. Kita boleh mulakan sekarang,” kata tok imam lalu segera bersalam dengan Syafiq.
            Tiba-tiba Melina bangun. Semua mata tertumpu kepadanya. Syafiq yang hairan dengan tingkah laku Melina segera bangun.
            “Sayang, kenapa ni? Duduklah,” bisik Syafiq.
            “Tak nak! I tak nak kahwin dengan you!” kata Melina tegas.
            “Apa yang you cakap ni? Baik you duduk diam-diam agar majlis ni cepat selesai,” kata Syafiq berang dengan perubahan sikap Melina.
            “I don’t want to!” kata Melina lalu segera berlari keluar dari masjid.
            “Melina! Wait! Jangan lari!” kejar Syafiq.
            Sebaik sahaja Melina keluar dari masjid, kelihatan sebuah kereta memasuki kawasan masjid. Melina amat mengenali kereta itu.
            “Lutfi!” jerit Melina sebaik sahaja melihat Lutfi keluar dari kereta. Tanpa membuang masa, dia segera berlari mendapatkan Lutfi.
            “Melina, datang sini! Lelaki tu bukan untuk you! Hanya I yang boleh menjadi suami you!” jerit Syafiq.
            “Tak mahu! I tak cintakan you. I hanya cintakan dia! Hanya dia yang berada di hati I,” kata Melina sambil berdiri di belakang Lutfi.
            “Syafiq, sudah lah. Terimalah kenyataan bahawa Melina tidak ditakdirkan untuk kau,” kata Lutfi lembut tetapi tegas.
            “Wei, kau diam! Aku tak bercakap dengan kau pun,” marah Syafiq. Dia segera berjalan mendapatkan Melina. Melina segera memeluk kuat Lutfi, berharap agar Syafiq tidak mendekatinya.
            Tidak lama kemudian, muncul sebuah kereta polis. Masing-masing terkejut dengan keadaan sekarang. Beberapa orang polis segera menahan Syafiq.
            “Eh, apa ni encik? Saya tak buat apa-apa,” kata Syafiq sebaik sahaja ditahan.
            “Kami menerima laporan mengatakan bahawa encik telah menculik seorang wanita,” terang salah seorang pegawai polis.
            “Eh, mana ada encik. Perempuan itu yang rela mengikut saya,” kata Syafiq sambil menuding jari ke arah Melina. Melina hanya menyorok di belakang Lutfi. Bimbang sekiranya Syafiq mengapa-apakannya.
            “Sayang, kenapa buat abang macam ni? Hahaha.. Melina! Sampai hati kau buat aku macam ni? Hahaha,” jerit Syafiq sambil berjalan menuju ke kereta polis.
            “Nampaknya dia dah tak siuman,” kedengaran salah seorang anggota polis berkata kepada anak buahnya.
            Setelah polis pergi, keadaan menjadi tenang. Hanya tinggal Melina dan Lutfi.
            “Melina, sampai bila awak nak peluk saya macam ni?” soal Lutfi sambil menahan malu. Melina seolah-olah baru sedar segera melepaskan pelukannya. Kedua-duanya menahan malu. Muka Lutfi sudah memerah.
            “Jomlah balik. Semua orang bimbangkan awak,” kata Lutfi lalu segera menaiki keretanya dan memandu ke lapangan terbang.